CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

33 Maut Dalam Kebakaran Gudang Di Oakland, AS

5-12-2016 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2849| Komen: 9

Description: Angka kematian akibat kebakaran sebuah gudang yang diubah suai ketika menganjurkan satu pesta muzik diadakan di Oakland, Amerika Syarikat (AS), kini meningkat kepada 33 orang.
Angka kematian akibat kebakaran sebuah gudang dua tingkat yang diubah suai ketika menganjurkan satu pesta muzik diadakan di Oakland, Amerika Syarikat (AS) malam Jumaat lalu, kini meningkat kepada 33 orang. 


"Angka terakhir mayat yang dikeluarkan ialah 33," kata Jabatan Sheriff Daerah Alameda, Sarjan Ray Kelly dalam sidang medianya lewat semalam.

Menurut laporan Reuters, punca kebakaran dan jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih disiasat selepas api marak hingga menyebabkan bangunan dua tingkat itu hampir musnah.

Ketua Bomba Oakland Teresa Deloach Reed dalam satu kenyataan memaklumkan, api dipercayai marak dengan cepat membakar gudang yang tidak mempunyai sistem pengesan kebakaran dan juga diubah suai secara haram.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mendakwa, sebahagian besar daripada mangsa tragedi itu terdiri daripada remaja yang berusia antara 20 hingga 30an.

Difahamkan, kebakaran itu bermula kira-kira pukul 11.30 malam waktu tempatan di kawasan Fruitvale yang majoriti penghuninya terdiri daripada kalangan artis dan orang kenamaan. 


Kebanyakan yang maut dikatakan berada di tingkat atas bangunan dikenali sebagai Oakland Ghost Ship. - CARI

sumber foto: CNN
sumber foto: CNN
Sumber foto: Reuters

18

Bagus
30

Marah
40

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayang_mulut 5-12-2016 10:00 AM
alhamdulilah..bala Allah
Quote fishcracker 5-12-2016 10:21 AM
takziah... #praytooakland
Quote damian_lee 5-12-2016 10:27 AM
takziah la ...
Quote tobby 5-12-2016 10:29 AM
kebakaran level2 di india & zimbabwe.  pengurusan kebakaran yg lemah di negara maju.
Quote helle 5-12-2016 10:33 AM
Takziah...menjawablah
Quote zorrro_03 5-12-2016 10:41 AM
masak laa chief bomba sado nak mejawab....  apa pun sejak dua menjak ni kenapa kebakaran di sana sini ya? semoga mereka yang mati terbakar aman2 saja...  bertabahlah ahli keluarga masing2....
Quote Nenasketum 5-12-2016 10:46 AM
Ramai tu sampai 33 orang. "Diubah suai secara haram" hurmmm. Ingat orang kita jer suka buat keje macam ni
Quote pearl.silver 5-12-2016 10:49 AM
Hilang lah golongan belia kat situ...
Quote airfilterkotor 5-12-2016 07:50 PM
Ketua Bomba Oakland Teresa Deloach Reed dalam satu kenyataan memaklumkan, api dipercayai marak dengan cepat membakar gudang yang tidak mempunyai sistem pengesan kebakaran dan juga diubah suai secara haram.

Cer tengok kat mesia plak, berapa banyak premis yang renovate tapi tak maklom kepada PBT.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.322215 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top