CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini]: 30 Mangsa Dihantar Ke Hospital, Jumlah Kematian Tidak Pasti

14-6-2017 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11659| Komen: 84


Kemaskini : 4.45 petang 
[Kemaskini]: 30 Mangsa Dihantar Ke Hospital, Jumlah Kematian Tidak Pasti


sumber : BBC

Sekurang-kurangnya 30 mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut susulan kebakaran di Grenfell Tower, bangunan kondominium 24 tingkat di Latimer Road, West London.

"Kami mengesahkan sudah membawa 30 pesakit ke lima hospital," kata jurucakap Perkhidmatan Ambulan London."

Dalam kejadian itu, lebih 600 penghuni cuba menyelamatkan diri dengan kebanyakan mereka menjerit meminta bantuan.

Memetik laporan BBC, seorang penduduk berkata, dia percaya ada penghuni yang terpaksa terjun dari antara tingkat 10 dan 15 untuk menyelamatkan diri.

Kebakaran dikatakan bermula dari tingkat dua bangunan sebelum merebak ke bahagiian bumbung dalam masa 15 minit.


Pasukan bomba yang terdiri daripada 200 anggota berusaha memadam kebakaran dan mengawal keadaan.- CARI

sumber : Daily Mail 

sumber : BBC
sumber: BBC



Kemaskini : 01.25 petang
Kondominium 24 Tingkat Di London Habis Terbakar

Kira-kira pukul 1 awal pagi tadi waktu tempatan, berlaku satu kebakaran yang sangat menakutkan di sebuah kondominium 24 tingkat di London. 

Di lokasi kejadian kedengaran penghuni kondominium tersebut yang terkandas menjerit meminta tolong dan kelihatan juga ada yang cuba melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Add Image Caption Here

Memetik laporan Daily Mail UK, api mula terbakar dari tingkat dua dan merebak sehingga ke tingkat paling atas kondominium yang dikenali sebagai Grenfell Tower itu. Setakat ini sekurang-kurangnya 200 anggota bomba dan 40 buah kenderaan bomba telah bergegas ke lokasi untuk memadamkan api. 

Andy Moore dari BBC memaklumkan, kondominium terbabit berkemungkinan akan runtuh berikutan keseluruhan bangunan kondominium itu dijilat api. 

sumber : BBC

Menurut saksi, terdapat penghuni yang cuba mengikat selimut katil pada tingkap untuk menjadikannya sebagai tali untuk menyelamatkan diri, ada pula yang sekadar menjerit meminta tolong di tingkap. 

sumber: Twitter London Fire Brigade 

Menurut laporan terkini The Guardian, pada pukul 11.21 pagi tadi, penduduk yang berada di lokasi kejadian menerusi Twitter memberitahu anggota bomba sedang bertungkus lumus memadam api.



Setakat jam 11.33 pagi, api masih marak manakala jumlah mangsa yang tercedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan polis. 


Daily Mail mengadakan siaran langsung melalui laman Facebbok untuk membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini kejadian tersebut.- CARI


19

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fox. 14-6-2017 12:15 PM
Maraknya
Quote insulin 14-6-2017 12:17 PM
Halamak. Besar apinya.
Quote kikuri 14-6-2017 12:20 PM
iols tgh tgk fb live... dalam proses memadamkan kebakaran


https://on.rt.com/8ekn


Quote missyqaldina 14-6-2017 12:23 PM
kikuri replied at 14-6-2017 12:20 PM
iols tgh tgk fb live... dalam proses memadamkan kebakaran

aah tgk jugak live tu td...
berapa la mangsa agaknye..
dah mcm kejadian 11/9
Quote 32kW 14-6-2017 12:24 PM
Uit the tallest building kat situ. Dahsyat api dati second floor sampai ke atas. Mesti banyak casualties ni
Quote kikuri 14-6-2017 12:26 PM
missyqaldina replied at 14-6-2017 12:23 PM
aah tgk jugak live tu td...
berapa la mangsa agaknye..
dah mcm kejadian 11/9

tak tahu lah.... api macam makin marak... lepas tu ade bunyi letop letop kalo tak salah dengar
Quote hanakikan 14-6-2017 12:28 PM
macam2 bala datang lepas nenek May jadi PM
Quote missyqaldina 14-6-2017 12:34 PM
More than 200 firefighters are tackling a massive blaze at a 27-floor block of flats in London, with reports of people trapped in their homes.
Forty engines were called to the 27-storey Grenfell Tower at just after 1.15am on Wednesday, on the Lancaster West Estate, north Kensington.
Police say a "number of people are being treated for a range of injuries", including smoke inhalation, as pictures from the scene showed flames shooting metres into the sky and engulfing most of the block.
Actor and writer Tim Downie, who lives around 600 metres away told the Press Association he feared the block could collapse.
"It's horrendous. The whole building is engulfed in flames. It's gone. It's just a matter of time before this building collapses.
"I just hope they have got everyone out.
"People have been bringing water, clothes, anything they've got to help, out to the cordon.
"I have seen people coming out in their bedclothes - it's just very distressing."
Residents are being evacuated from the tower block, the Metropolitan Police said.

The cause of the fire is not known at this stage, London Fire Brigade said.
Fabio Bebber wrote on Twitter: "More screams for help as the fire spreads to another side of the building.
"We can see how quick the fire spreads via the external panels. It's unbearable hearing someone screaming for their lives at #grenfelltower."
George Clarke, who presents the Channel 4 TV show Amazing Spaces, told Radio 5 Live: "I'm 100 metres away and I'm absolutely covered in ash.
"It's so heartbreaking, I've seen someone flashing their torches at the top level and they obviously can't get out.
Quote prettyuglybabe 14-6-2017 12:37 PM
uish.. selalu tengok kalu satu unit terbakar, dia je..
takutnya duduk condo/apartment macam ni..
sampai satu bangunan terbakar
Quote Artemesiaa 14-6-2017 12:37 PM
Api terlalu marak kejadian mula berlaku awal pagi dalam pukul 12.45  pagi katanya.  Yang pasti ramai akan jadi mangsa sebab masing2 tengah tidur time tu, siapa yang terjaga  sempat le menyelamatkan diri.  
Quote AbukRokok 14-6-2017 12:38 PM
dah runtuh lom?
WTC senang senang je terbakar runtuh
yang tak terbakar pun tetiba runtuh dibalik kegelapan asap
Quote Buritan 14-6-2017 12:40 PM
Mcm ramai je victim.. pyropura ore isle terorist jugakke yg membakor..
Quote momomikomiki 14-6-2017 12:43 PM
Edited by momomikomiki at 14-6-2017 12:46 PM

ada baca dlm twitter caused by electrical fault..
resident situ dah bangkitkan isu ni kat building owner last year
siap predict lagi benda gini akan jadi kalau xbuat apa2...tapi apa2 pun kita tunggu jelah siasatan
Residents of London building now on fire warned of negligence in this Nov 2016 post and predicted a deadly incident
https://grenfellactiongroup.word ... -playing-with-fire/


Quote Artemesiaa 14-6-2017 01:04 PM
AbukRokok replied at 14-6-2017 12:38 PM
dah runtuh lom?
WTC senang senang je terbakar runtuh
yang tak terbakar pun tetiba runtuh dibali ...

Dah lebih 5 jam terbakor tetap utuh berdiri hanya nampak hangus je
Quote missyqaldina 14-6-2017 01:10 PM
AbukRokok replied at 14-6-2017 12:38 PM
dah runtuh lom?
WTC senang senang je terbakar runtuh
yang tak terbakar pun tetiba runtuh dibali ...

kannnn...sape la yang meruntuhkan wtc tuuu..huhuhu...
Quote beautifulliar 14-6-2017 01:23 PM
Uih besarnye api abih satu bgunan tu terbakar
Quote CARI-LTS 14-6-2017 01:25 PM
Kira-kira pukul 1 awal pagi tadi waktu tempatan, berlaku satu kebakaran yang sangat menakutkan di sebuah kondominium 24 tingkat di London.


Di lokasi kejadian kedengaran penghuni kondominium tersebut yang terkandas menjerit meminta tolong dan kelihatan juga ada yang cuba melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri.



Add Image Caption Here



Memetik laporan Daily Mail UK, api mula terbakar dari tingkat dua dan merebak sehingga ke tingkat paling atas kondominium yang dikenali sebagai Grenfell Tower itu. Setakat ini sekurang-kurangnya 200 anggota bomba dan 40 buah kenderaan bomba telah bergegas ke lokasi untuk memadamkan api.


Andy Moore dari BBC memaklumkan, kondominium terbabit berkemungkinan akan runtuh berikutan keseluruhan bangunan kondominium itu dijilat api.



sumber : BBC



Menurut saksi, terdapat penghuni yang cuba mengikat selimut katil pada tingkap untuk menjadikannya sebagai tali untuk menyelamatkan diri, ada pula yang sekadar menjerit meminta tolong di tingkap.


sumber: Twitter London Fire Brigade



Menurut laporan terkini The Guardian, pada pukul 11.21 pagi tadi, penduduk yang berada di lokasi kejadian menerusi Twitter memberitahu anggota bomba sedang bertungkus lumus memadam api.




They've managed to put some of it out now. #GrenFellTower #GrenfellTowerFire #london #fire #kensington pic.twitter.com/ePLJgTPVJ8
— ✯ Natalie ✯ (@Natalie_Oxford) June 14, 2017





Setakat jam 11.33 pagi, api masih marak manakala jumlah mangsa yang tercedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan polis.


Fire has now totally consumed #GrenfellTower. @LondonFire doing absolutely heroic work in very tough circumstances. pic.twitter.com/TeL2MJeHH0
— Tim Downie (@TimDownie1) June 14, 2017





Daily Mail mengadakan siaran langsung melalui laman Facebbok untuk membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini kejadian tersebut.- CARI

[fbvlink]https://www.facebook.com/DailyMail/videos/2419807321412335/[/fbvlink]
Quote sabbath_shalom 14-6-2017 01:28 PM
Saluran gas meletup ke sis?
Quote Modngengade 14-6-2017 01:31 PM
cash ker ni uouls?

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052951 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top