CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Medan Mula Operasi Hari Ini, Ganti Dewan Bedah Yang Terbakar Di HSA

31-10-2016 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5452| Komen: 21

Description: Hospital Medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) telah pun memulakan operasinya secara rasmi mulai jam 8 pagi hari ini.
Sumber Foto: Harian Metro


Hospital Medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) telah pun memulakan operasinya secara rasmi mulai jam 8 pagi hari ini.

Proses pemasangan dan penyelenggaraan yang mengambil masa selama dua hari itu berjalan dengan lancar hasil kerjasama kedua belah pihak, ATM dan HSA.

Menurut kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Abdul Razak Md Yusoff kepada Harian Metro, seramai 20 hingga 30 pegawai dan anggota ATM ditempatkan di HSA bagi mengendalikan Hospital Medan.

Ia bagi membantu dari segi kemudahan, perpaipan, pembersihan, penyelenggaraan pendawaian, penyahkuman dan keperluan lain.


Lima buah kontena yang membentuk satu dewan bedah seluas 243.87 meter persegi itu menempatkan keperluan prapembedahan, ketika pembedahan, pascapembedahan, tempat simpanan peralatan serta bilik persalinan. 

Penutupan keseluruhan Blok Barat HSA termasuk wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terbakar 25 Oktober lepas telah menjejaskan perkhidmatan dewan bedah, unit tabung darah serta unit kecemasan dan trauma.

Situasi ini menyebabkan pesakit dan kakitangan bagi perkhidmatan rawatan di unit-unit berkenaan turut dipindahkan sementara. -CARI
16

Bagus
23

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
21

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swayne 31-10-2016 06:19 PM
Teringat carita DOTs
Quote adiputras 31-10-2016 07:29 PM
Tahniah ATM. Cuma musykil kenapa KKM takde Hosp Medan sendiri utk keperluan sebegini atau bencana alam?
Quote MissMamamia75 31-10-2016 09:01 PM
Memori drama DOTS...hehe
Quote mbhcsf 31-10-2016 09:15 PM
wow

bless you


now i  learnt yg kapasiti tentera kita boleh buat seperti ini ye dalam keadaan kritikal seperti yg berlaku sekarang.

hmm i dunno this... thanks ...ilearnt something...

okay ...baru aware tang peri pentingnya  ATM dalam tugas hakiki yg bersifat kemasyarakatan.
Quote mbhcsf 31-10-2016 09:16 PM
infection control team  camne pulak ye dalam situasi macam ni? anyone?
Quote kemaruk 31-10-2016 09:33 PM
cerita DOTs tu ape
Quote tungkai 31-10-2016 09:39 PM
Siot..jenuh aku pikir menatang hape hospital medan ni. Rupanya field hospital. Cakap la mobile hopsital ke site hospital ke?...Choiiiiii...
Quote exclusive_vvip 31-10-2016 10:12 PM
i ada baca komen kat ig pasal sepital ni...ada johorean bg komen, terima kasih kat sultan johor sbb ATM setup sepital sementara ni..bangga dpt sultan macam sultan johor katanya...motippp
Quote exclusive_vvip 31-10-2016 10:14 PM
mbhcsf replied at 31-10-2016 09:15 PM
wow

bless you

Mcm2 ATM leh buat sis...surau pun boleh...mcm2 la..civilian je yg xtau
Quote phonon 31-10-2016 10:16 PM
Edited by phonon at 31-10-2016 10:18 PM
adiputras replied at 31-10-2016 07:29 PM
Tahniah ATM. Cuma musykil kenapa KKM takde Hosp Medan sendiri utk keperluan sebegini atau bencana al ...

tentera dah ada... buat apa nak membazir... bukannyer tiap2 tahun ada peperangan atau bencana pon. Lagipon both adalah badan kerajaan... so saling bantu membantu laa....
Quote matamata 31-10-2016 10:34 PM
Ramai yg taktau organisasi dlm tentera mampu membentuk kerajaan......mmg diaorg direka  mcm tu
Quote matamata 31-10-2016 10:35 PM
Kalau setakat nak setup hospital medan ni celah gigi jelah, yg kes gempa bumi kat pakistan pun diaorg dah ada buat
Quote mbhcsf 31-10-2016 10:57 PM
matamata replied at 31-10-2016 10:35 PM
Kalau setakat nak setup hospital medan ni celah gigi jelah, yg kes gempa bumi kat pakistan pun diaor ...

oh you know , ye?  boleh tell  a bit more ke sebab

bebenda ni  tak diberi exposure ...yg sesi  kecemansa negara macam  kes kes pencerobohan tu kita dapat tengok depa tour of duty in ACTION...

but this one i tak nampak sehiggalah situasi ni

hmm should  do coverage lah..
Quote mbhcsf 31-10-2016 10:59 PM
Edited by mbhcsf at 31-10-2016 11:00 PM
exclusive_vvip replied at 31-10-2016 10:14 PM
Mcm2 ATM leh buat sis...surau pun boleh...mcm2 la..civilian je yg xtau

i see... this one is interesting ...though , sebab bilik bedah ni ...sterile semua benda ...macam mana ATM team up dgn  health  care team  infection control ye......hmm....i mean wow...interesting
cool guys...
Quote RatuDunia94 1-11-2016 12:00 AM
cuba la kat malaysia ni buat drama2 ketenteraan..
drama ketenteraan bukan setakat Abang Askar I love You or Suamiku Abang TLDM..
kisah cintun bbnu nya 98%.. cite pasal ketenteraannya cuma 2%!
Quote MekArchana 1-11-2016 12:36 AM
Syabas ATM.
Quote ejans 1-11-2016 01:00 AM
Interesting!! Nak sgt abg2 tentera cita benda2 mcm ni dlm forumm...
Quote kentel 1-11-2016 08:33 AM
mbhcsf replied at 31-10-2016 10:59 PM
i see... this one is interesting ...though , sebab bilik bedah ni ...sterile semua benda ...macam  ...

ATM pun ada pharmacist, MD...so xde masalah pun dorg nak setup smua bnda tu accordingly...
Quote lyza2474 1-11-2016 08:43 AM
Alhamdulillah... kagum

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055858 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top