CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Akibat Tertekan Dipanggil Mahkamah

26-10-2016 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 32304| Komen: 459

Description: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, George Town, pagi tadi. Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan yang amat tertekan selepas dipanggil ke ...

sumber foto: FB Mohd Shukri Saad 


Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, George Town, pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut disedari kira-kira jam 8.30 pagi selepas motosikal dan telefon bimbit mangsa ditemui di jambatan tersebut oleh pengguna.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Shukri Saad berusia 39 tahun dipercayai terjun di kilometer 11.3 jambatan berkenaan arah Batu Maung, Pulau Pinang.

Difahamkan mangsa yang juga seorang peniaga berada dalam keadaan yang amat tertekan selepas dipanggil ke Mahkamah Majistret Butterworth bagi perbicaraan kes di bawah Akta Kastam 1967, membabitkan penjualan rokok murah (seludup) dengan nilai rampasan RM160 pada tahun 2012.


Kes berkenaan merupakan kesalahan pertamanya yang sepatutnya dibicarakan pada Isnin lalu tetapi ditunda ke hari Selasa.

Susulan tidak mahu ke mahkamah dan tidak mahu dua anak dan isterinya menanggung malu kerana dia bakal dimasukkan ke penjara, mangsa mengambil keputusan untuk membunuh diri. 

Menurut laporan Bernama, mangsa mendakwa dia terpaksa berhutang dengan rakan bagi membayar wang jaminan sebanyak RM3,000 dan terbaru dia bakal berdepan dengan denda RM4,000 atau empat bulan penjara.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dengan dibantu Pasukan Polis Marin Wilayah Satu yang membuat pencarian di laut.- CARI












19

Bagus
28

Marah
13

Terkejut
24

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 26-10-2016 02:46 PM
1st case bunuh diri pasal pemimpin & keadaan negara... kesiannya la anak bini dia...tp dr cara tulis surat mesti ada gaduh jugak dgn wife ni...mesti stress tahap maksimum ni ..dahla hidup susah, kena denda lagi ..bakal masuk penjara...org keliling pulak x byk membantu...dia nmpk mati je jalan keluar...at least dia bunuh diri dr bunuh org keliling dia....

anak2 + menteri2 bangang ni yg patut di campak masuk sungai ...

muka shukri ni takde ke...
Quote dahayu 26-10-2016 02:46 PM
banyak la hang punya 'insan terpilih'
Quote balakkampung 26-10-2016 02:48 PM
CrowneGlory replied at 26-10-2016 02:46 PM
1st case bunuh diri pasal pemimpin & keadaan negara... kesiannya la anak bini dia...tp dr cara tulis ...

ada tapi aku tak reti tempek..boleh pegi tengok terus kat facebook dia..

ni fb dia..
shukri lahar yooi
Quote kecimpret 26-10-2016 02:49 PM
dan yg terakir buat presiden pas jgn la tertipu dgn pimpinan umno depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yg nk di bawak tu agar pembangkang berpecah....


komen ni paling win!!
Quote pure_lady 26-10-2016 02:49 PM
sedih...memang la tak patut bunuh diri...tapi faham...mesti dia lost dan dah lose hope
Quote brown_pupil 26-10-2016 02:50 PM
banyak lagi cara lain kot.. tapi bunuh diri jugak yang ko pilih..
Quote pure_lady 26-10-2016 02:51 PM
dahayu replied at 26-10-2016 02:46 PM
banyak la hang punya 'insan terpilih'

part tu pun aku macam hurmzzzzzz....krik...tapi yela...kesian juga
Quote xy_daen 26-10-2016 02:51 PM
Dasar pemalas...dah terang2 ada fb dia pi la cari sendiri...:zz
Quote Bedah.Cun 26-10-2016 02:52 PM
Yang, surat online heols tue kau dapat dari mana?
Quote pure_lady 26-10-2016 02:52 PM
brown_pupil replied at 26-10-2016 02:50 PM
banyak lagi cara lain kot.. tapi bunuh diri jugak yang ko pilih..

bagi kita banyak cara lain...tp kat dia...dia tak nampak dah...thats why bunuh diri ja dia nampak...sedih la untuk orang gini...
Quote balakkampung 26-10-2016 02:54 PM
Bedah.Cun replied at 26-10-2016 02:52 PM
Yang, surat online heols tue kau dapat dari mana?

copy kat page sinar hairan uolls..dia up kat status fb dia sebelum terjun tiruk..
Quote Mary_jane 26-10-2016 02:56 PM
Sedihnya baca luahan terakhir dia.
Quote CikWaa 26-10-2016 02:57 PM
hmm takziah..

tp scroll fb dia, mcm xdelah susah mana..pkai kereta honda wish ke ape tu..

speechless ble tgk kes2 mcm ni berlaku..
Quote CrowneGlory 26-10-2016 02:58 PM
Edited by CrowneGlory at 26-10-2016 03:49 PM
balakkampung replied at 26-10-2016 02:48 PM
ada tapi aku tak reti tempek..boleh pegi tengok terus kat facebook dia..

ni fb dia..




sedih nya tgk muka bdk2 ni...




meanwhile.....



abg jibby maintain sibuk selfie

Quote balakkampung 26-10-2016 03:00 PM

haa..tq...nampak macam happy family jer kan...tauke kedai runcit katanya..
Quote Bedah.Cun 26-10-2016 03:00 PM
balakkampung replied at 25-10-2016 06:54 PM
copy kat page sinar hairan uolls..dia up kat status fb dia sebelum terjun tiruk..

I think heols maybe kena depression. Xceli kita tak boleh nak salahkan diorang sebab diorang bunuh diri. Kita takde in their shoes. Kalau kita kena kes muflis lets say as an example, then baru kita tau rasa dia. Dia tak jumpa n discuss dengan orang. So, dia tak jumpa jalan and blank ini jer lar die buat. Terjun tiruk gitue. I pegi cek kat FB Penang community tadik banyak gak yang kutuk. Tengok nanti bila diorang kena kes undang2 baru diorang tau.
Quote Anaya84 26-10-2016 03:01 PM
kesian kat anak bini dia.. awat la dia buat mcm tu... hmmm
Quote balakkampung 26-10-2016 03:04 PM
Bedah.Cun replied at 26-10-2016 03:00 PM
I think heols maybe kena depression. Xceli kita tak boleh nak salahkan diorang sebab diorang bunuh ...

tu la pasal...kena tunggu respon bini dia..baru leh tau apa sebenar masalah dia lagi...mesti byk masalah ni sampai ambil keputusan drastik camni..
Quote intan_smsb 26-10-2016 03:12 PM
haraplah kes macam ni akan menberi kesan pd kerajaan

Lihat semua komen(459)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.191245 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top