CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Park Shin Hye Berkunjung Ke Malaysia Sebagai Duta Mamonde

17-10-2016 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5542| Komen: 15

Description: Gadis cilik Cha Jung Suh yang dikenali menerusi drama " Stairway in Heaven "...

Kredit foto - Random Thoughts - WordPress.com


Gadis cilik Cha Jung Suh yang dikenali menerusi drama " Stairway in Heaven " terbitan SBS siapa sangka orangnya sudah dewasa dan terus memacu populariti ke hadapan. 

Digelar sebagai ‘Nation Little Sister’ oleh peminatnya, Park Shin Hye diminati oleh berbagai lapisan masyarakat kerana bakat dan kecantikanya. Shin Hye juga pernah tersenarai didalam ’40 Most Powerful Celebrities’ di korea.

Masih hangat dengan drama terkini yang dilakonkan iaitu Doctors, Park Shin Hye juga disambut meriah seperti Kim Rea Won tempoh hari.


Setelah ditunggu lama oleh peminatnya di Malaysia, akhirnya Park Shin Hye hadir di One Utama, Kuala Lumpur pada 14 October 2016 sebagai duta butik kosmetik terkenal di Korea iaitu Mamonde. Semenjak 2014 lagi Park Shin Hye menjadi duta untuk jenama Mamonde ini. Dan kali ini berpeluang melancarkan pembukaan butik Mamonde terbaru di sini.

Sambutan sangat meriah diterima oleh Park Shin Hye kali ini membuatkan ruang legar dipusat membeli belah itu riuh rendah dengan sorak dari peminat yang menunggu pelakon terkenal itu sejak dari awal pagi. Beberapa peminat bertuah berpeluang tampil diatas pentas dan berjumpa dengan lebih dekat dengan Park Shin Hye.


Walaupun kemunculan Park Shin Hye hanya sebentar tetapi masih dapat memuaskan hati semua peminatnya yang hadir. Diakhir perjumpaan itu, Park Shin Hye mengatakan bertapa terharunya beliau kerana mempunyai ramai peminat yang menyokongnya selama ini. - CARI



10

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jajahoney 17-10-2016 10:52 AM
alaa bila maii.. tak tau pun
Quote DeeHanania 17-10-2016 01:16 PM
Suka watak dia blakon sbagai Ye-seung dlm  filem Miracle in Cell No.7 bersama plakon Ryu Seung-ryong sbgai watak bapa yer Yong-Goo dlm filem tu...gara2 nak beg Sailormoon...ngok bkali2 filem tu,meleleh air mata
Quote kuewTiau 19-10-2016 03:49 PM
Cantik sangat minah ni.manis je dia senyum.start kenal pn dari Running Man.
nak buat camne memang korea aku layan running man je.
Quote forselab 22-10-2016 03:21 PM
DeeHanania replied at 17-10-2016 01:16 PM
Suka watak dia blakon sbagai Ye-seung dlm  filem Miracle in Cell No.7 bersama plakon Ryu Seung-ryong ...

Penampilan dia dlm filem tu skit je..paling best budak pempuan yg bwk watak dia masa kecik tu..sgt comel & pandai berlakon..mmg best filem tu..!
Quote zie_indah 25-10-2016 11:00 PM
Comel....
Quote EsToEs 27-10-2016 10:25 PM
Sejak bila plak stairway in heaven? Stairway to heaven la TT
Quote lolz91 11-11-2016 09:08 AM
Wah suke die ni dgn yoo eun hye
Quote Mokiyota 11-11-2016 10:16 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote kerepektempe 12-11-2016 08:10 PM
cantik dia ni.. suka tengok drama dia the heirs tu..
Quote Xoppie 17-11-2016 09:33 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044237 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top