CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kim Rae Won Pilih Malaysia Sebagai Destinasi Berlakon Seterusnya

14-10-2016 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4926| Komen: 2

Description: Susulan daripada sidang media 'A Date With Kim Rae Won' yang diadakan di Double Tree Hilton Kuala Lumpur 10 Oktober lalu, bintang drama Korea, Doctors, Kim Rae Won, 35, juga ditemubual secara eksklusi ...
Susulan daripada sidang media 'A Date With Kim Rae Won' yang diadakan di Double Tree Hilton Kuala Lumpur, 10 Oktober lalu, bintang drama Korea,  Kim Rae Won, 35, juga ditemubual secara eksklusif bersama Astro Gempakdi mana dia menyatakan hasratnya untuk berlakon di Malaysia.



Sumber foto: Cari

“Sekiranya saya berpeluang untuk berlakon selain di Korea, destinasi pilihan saya adalah Malaysia," katanya.

Apabila ditanya mengenai watak pilihan, dia menjawab dengan jujur yang pelbagai watak telah dilakonkannya.

“Saya percaya semuanya bergantung kepada skrip dan juga jalan cerita, sebagai seorang pelakon perkara utama yang saya lakukan adalah memahami dan meneliti watak yang diberikan.


“Dengan itu barulah saya dapat menjiwai karakter yang diberikan selain skrip yang bagus dan juga pengarah yang hebat, saya rasa hasil pasti akan memberangsangkan,” jawabnya.

Sepertimana artis lain, Kim Rae Won juga menyatakan yang dia pasti lebih gembira jika berjaya menghidupkan watak yang dibawa seperti mana dinginkan pengarah.

“Ada beberapa perkara yang membuatkan saya gembira ketika berlakon antaranya jika lakonan saya berjaya memberi kesan kepada penonton.

“Ada juga beberapa watak yang saya dapat memang menunjukkan kehebatan karakter itu tapi saya tetap lakukan kajian terlebih dahulu dan berbincang mengenai peranan watak diberi," jelas Kim Rae Won

Pelakon mana tidak mahu menghidupkan watak yang dibawa. Begitu juga dengan Kim Rae Won yang mahu menjiwai watak dibawa dan menghidupkannya di mana penonton boleh ‘merasai’ keberkesanan lakonannya.


Sumber foto: Soompi

Dia juga menzahirkan perasaan terharu melihat peminat yang hadir ketika sesi bertemu peminat di sidang media pada Isnin lepas.

“Ini pertama kali saya datang ke Malaysia dan terima kasih kerana sudi hadir untuk bertemu saya. Begitu ramai sekali yang datang dan seronok dapat bertemu anda semua. Secara jujurnya saya terharu melihat sambutan peminat.

“Terima kasih sekali lagi dan semoga kita bertemu lagi,” katanya sambil tersenyum.

Kepada peminat drama Korea terutamanya yang dibintangi Kim Rae Won,  saksikan drama Doctors yang akan ditayangkan dua episod sekaligus bermula 30 October ini, setiap Ahad, jam 12.45 petang di ONE HD (saluran 393). - CARI

Sumber foto: Carian Google

24

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
28

Sedih
13

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milot 14-10-2016 07:50 PM
Dduk diam2 kt Korea sudahhh
Quote cicicumel 14-10-2016 08:27 PM
Propa je..mulut manis ye la wartawan Mlysia tanya kan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064512 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top