CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Dengan Baju Sama Macam 50 Tahun Lepas

12-10-2016 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9171| Komen: 28

Description: Sepasang suami isteri Carole-Ann, 71, dan Jim Stanfield, 74, telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan memakai baju yang sama mereka pakai pada 50 tahun yang lalu!

Sumber: Dailymail

Sepasang suami isteri Carole-Ann, 71, dan Jim Stanfield, 74, telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan memakai baju yang sama mereka pakai pada 50 tahun yang lalu! 

Pasangan yang berasal dari Staffordshire ini teruja kerana mereka tidak menyangka sambutan kali ini amat berbeza dan unik.

Kisah di sebalik peristiwa menarik ini apabila cucu perempuannya, Hayley dengan tidak sengaja terjumpa pakaian yang telah lama disimpan itu di stor ketika mencari beberapa keping gambar lama keluarganya. Dia kemudiannya merayu kepada pasangan tersebut untuk mencubanya lagi.

Paling kagum dan mengejutkan ialah gaun perempuan dan sut lelaki tersebut masih seperti dalam keadaan yang sangat baik sebagaimana dipakai pada hari perkahwinan mereka pada 1 October 1966.


Memetik kata-kata Carole-Ann kepada Daily Mail, "Tetamu yang hadir semuanya terkejut namun masih lagi memuji pakaian tersebut. Kami sebenarnya memiliki minat dan hobi yang berlainan tapi gelak ketawalah yang menjadikan ikatan yang terbina kekal utuh."

Sumber: OnlineNigeria
Pasangan yang kini memiliki 2 anak dan 6 cucu ini dikhabarkan mahu berbulan madu di Turki dan untuk meraikan ulang tahun tersebut, Carole-Ann and Jim telah menambah 'dua hati' di atas cincin mereka yang diperbuat daripada jenis emas yang sangat berharga.

Jim yang pernah berkerja dengan Jaguar berkata, "Ianya sesuatu yang sangat mengagumkan bila memikirkan emas yang begitu berharga yang selama ini tertanam ribuan tahun berjaya dijumpai dan digunakan untuk membuat cincin perkahwinan kami."
 
Tambah Jim lagi, "Zaman sekarang semuanya berpacaran melalui Internet, dan kalau ianya ada pada zaman dahulu, pasti saya tidak akan menemui Carole-Ann kerana minat kami amat berbeza. Namun kami amat menghormati satu sama lain, dan selalu ketawa bersama."

Carole-Ann menyatakan yang dia sangat menyukai jenaka yang selalu Jim gunakan untuk mengusiknya, manakala Jim pula menyukai rambut besar berwarna 'blonde' isterinya itu. -CARI

27

Bagus
31

Marah
31

Terkejut
29

Sedih
39

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (190 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ms.mango 12-10-2016 04:05 PM
sweetnyaaa
Quote chinta89 12-10-2016 04:12 PM
waaaawwwww sawitnya!
Quote Acik2kepam 12-10-2016 06:24 PM
Cantik lg bajunya.. Putih bersih lak tu.

Yg penting masih muat lg.
Quote siskepoh 12-10-2016 06:30 PM
badan maintain dua2. makan pa? org malaysia kawen setaun beranak dah macam peti ais
Quote mbhcsf 12-10-2016 06:53 PM
macam lagu gary barlow - forever love tu pulak....well
congratulations
Quote dani_5353 12-10-2016 10:07 PM
Sweettttnya...
Tahniah..
Quote Artemesiaa 12-10-2016 10:11 PM
Wah so sweet
Quote ReginaBeauty 13-10-2016 09:44 AM
Their love story is so inspiring
Quote tengku_anggun00 13-10-2016 11:04 AM
haishhh...best nya. Mau laki melayu.

Situasi anniversary 30thn.

Bini: Abg, nanty kita buat mcmnie yer bang..
Laki: Kau dh mampus ka Bedah, buang tabiat.
Quote lkick2113 13-10-2016 11:56 AM
yang bestnya atok dan nenek ni badan maintain je dari 50 tahun lepas, kalau pasangan melayu ko tgk lah, memang baju pengantin dah tak muat dah......
Quote Ultra 13-10-2016 12:19 PM
bestnya..so sweet
Quote tipuware 13-10-2016 12:19 PM
anak aku pun byk kali minta aku pakai baju nikah sama cam dalam photo album kawen tu.. pasal dia tak puas hati nape dia n adiknya takde dalam gambar. ..  dah jadi kerja pulak aku nak kena kurus.. dah 5 tahun ni, tak kurus2 lagi ni... camneeee
Quote -electrifying- 13-10-2016 12:52 PM
bdn still maintain
Quote martiena 13-10-2016 01:55 PM
so sawitttt .............
Quote DeeHanania 13-10-2016 03:01 PM
Waahhh!!!sweet yer,baju tu muat lagi dipakai...sayang bunga jek xde cam dlm gambo lama tu...congrats both of you granpa&granny
Quote aymanamana 13-10-2016 09:32 PM
keduanya masik segak n cantik
Quote delisha09 13-10-2016 11:16 PM
alahai sweetnyaaa
Quote Miming2 14-10-2016 01:07 AM
masa muda, dua2 cantik dn handsome... and they age gracefully juga! ska sngt tengk pasangan nie
Quote tombolpintu 14-10-2016 11:10 AM
cantik wedding bands depa

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058114 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top