CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penting! Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

4-10-2016 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7361| Komen: 7

Description: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilihat semakin meningkat..

Kredit foto - markmedicalsupplies.com


Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilihat semakin meningkat dan direkodkan melebihi paras amaran iaitu 644 kes seminggu.

Bilangan 1,379 kes penyakit ini direkodkan di seluruh negara dari 5 Jun hingga 11 Jun iaitu peningkatan sebanyak 83 kes (6.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya (1,296 kes).

Jom kita baca apakah itu HFMD, cara jangkitan serta tanda-tanda dijangkiti.

Apa itu HFMD?
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ni adalah salah satu penyakit jangkitan pada kanak2 yang berusia bawah 10 tahun. Kebiasaannya bayi atau kanak2 akan mempunyai lepuhan berisi air yang muncul di tangan, kaki dan mulut.

Dibahagian tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil, manakala kaki, tangan dan kawasan diaper (lampir) akan mengalami sedikit ruam dan lepuhan kecil.


HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak2 boleh dijangkiti. Tetapi kebiasaannya kanak2 di bawah 5 tahun paling mudah dijangkiti.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga tahun.

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja. Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan boleh membawa kematian.

Bagaimana ia merebak?
Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Kredit foto - healthhub.sg

Tanda dan Gejala
- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper. Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri2 kemunculannya.
- Sakit kepala
- Hilang selera makan

Langkah-Langkah Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersihkan diri terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak menggunakan larutan chlorine based.

- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

- Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul. 

Jika anak-anak anda ada tanda-tanda diatas, segeralah ke klinik untuk mendapatkan nasihat doktor. - CARI
39

Bagus
25

Marah
35

Terkejut
41

Sedih
31

Lawak
43

Bosan

Friends Rank (214 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 6-10-2016 04:12 PM
thank you Editor, very good posting.. I dah lupa dah sebab jarang dah tgk kids.
this can refresh my knowledge abit
Quote Million_Lynne 8-10-2016 03:44 PM
Penyakit HFMD Mmg berbahaya,yg ade anak2 tu mesti jga kebersihan menyeluruh..
Quote fox. 9-10-2016 09:32 AM
aduh du du du takot akak tengok
Quote shark 11-10-2016 06:34 PM

anak kawan ramai kena. semua kena tahan wad

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053396 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top