CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dikecam Akibat Mewarnakan Rambut Anaknya, Pereka Rambut Bertindak 'Ajar' Netizen

26-9-2016 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8943| Komen: 28|Original author: TS LOO

Description: Mary Thomaston yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat, kebelakangan ini sibuk berkongsi gambar gaya rambut yang direka oleh dirinya ke atas anak perempuannya, Lyra yang berumur 6 tahun di laman i ...


sumber foto: Instagram Mary 


Tercetus pertelingkahan antara seorang ibu dengan netizen hanya kerana ibu terbabit bertindak mewarnakan rambut anaknya.

Mary Thomaston yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat, kebelakangan ini sibuk berkongsi gambar gaya rambut yang direka oleh dirinya ke atas anak perempuannya, Lyra yang berumur 6 tahun di laman instagram. 

Paparan gambar menunjukkan, seluruh rambut Lyra diwarnakan dengan warna hijau, rambut di sebelah kanan kepalanya dibotakkan dan diwarnakan dengan warna ungu dan kuning, dan hasilnya anaknya kelihatan seperti seekor Unicorn yang berwarna-warni. 

Sebagai seorang pereka rambut, Mary berpendapat, gaya rambut tersebut dari segi warna dan rekaan semuanya adalah idea asal anaknya, dan anak perempuannya amat menantikan saat menyelesaikannya. 



sumber foto: Instagram Mary 
sumber foto: Instagram Mary 


Tanpa diduga, tindakan Mary dikecam oleh netizen, ada yang bimbang perwarna yang digunakan itu akan mendatangkan kesan buruk ke atas anaknya, sekaligus menjejaskan kesihatan dan tumbesaran Lyra. 

Ada juga netizen beranggapan ibu berkenaan sanggup menjadikan anaknya sebagai alat permainan dan membiarkannya duduk di kerusi dalam tempoh masa yang panjang. 

Geram dengan kecaman yang sesuka hati, Mary menjelaskan pewarna yang digunakan bukanlah pewarna yang kekal lama, jadi warna yang diwarnakan pada rambut anaknya itu akan luntur mengikut peralihan masa, lagipun rambut sebenarnya akan semakin hari semakin tumbuh, tiada yang perlu dirisaukan. 

Mary juga menyatakan, "anak sepanjang masa duduk adalah kerana dia hendak proses mewarnakan rambutnya itu segera diselesaikan, dia asyik tanya bilakah akan siap, sambil dia main komputer tabletnya sehinggalah siap rambutnya diwarnakan."

"Dia tidak dipaksa membuat perkara yang tidak disukainya, dia seorang anak yang comel, tapi saya tidak pernah anggap dia sebagai alat permainan"


sumber foto: Instagram Mary 

Adakah pihak sekolah benarkan gaya rambut sedemikian?

Mary berkata, dia telah mendapatkan nasihat pihak sekolah sebelum mewarnakan rambut anaknya, bagi memastikan tiada melaggar peraturan cara pemakaian yang ditetapkan pihak sekolah, dia berpendapat gaya rambut itu adalah cara Lyra meluahkan perasaan dirinya. 

Disebabkan terlalu banyak komen yang negatif, Mary memilih menjawab terhadap mereka yang mengecam secara tulisan, dengan mengatakan apa yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri anaknya, sekaligus membolehkan anak meluahkan perasaan dalam hatinya secara bebas. 

" Apabila anak saya meminta saya mewarnakan rambutnya dengan warna biru, saya akan beritahunya, saya suka pilihannya kerana ianya sangat cantik."

" Saya tidak tahu macam mana anda mendidik anak, tetapi sila tinggalkan pandangan yang anda tidak suka pada diri sendiri, dan bukan kepada anak saya. Awak tidak suka biru, anda cakap terus terang saja, awak tidak suka rambut jenis pelangi, suarakan, anda mempunyai hak untuk luahkan pandangan anda, tetapi jangan mengkritik anak saya."

" Tiada yang lebih cantik berbanding dengan senyuman Lyra yang penuh berkeyakinan diri, dia suka pada dirinya, dia kelihatan sangat gembira, rambutnya tetap tumbuh dengan sihat, macam ini masih tidak mencukupi lagi ke? " - CARI


sumber foto: Instagram Mary 
25

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 26-9-2016 04:33 PM
Memangla lawa, tp parenting fail.
Quote Themilo 26-9-2016 05:26 PM
iols dok verangan la nak kaler rambut camtuh.. tapi kerna bimbang dihencap acik-acik kopam, iols pendamkan aja hasrat itteeww
Quote prettyuglybabe 26-9-2016 05:31 PM
kat malaysia klu sekolah bagi kaler rambut, aku rasa kalah pelangi kat perhimpunan
Quote AyaqMeloSuam 26-9-2016 06:43 PM
Lawoooo sgt... depa kt US... klu kt cini lg hebat kecaman kalah ritrud nnti...
Quote oak.balustrade 26-9-2016 08:49 PM
Themilo replied at 26-9-2016 05:26 PM
iols dok verangan la nak kaler rambut camtuh.. tapi kerna bimbang dihencap acik-acik kopam, iols pen ...

Boleh aje kakamilo nak kaler rambut cenggitu provided tht sila berhijab kasi tutup rambut merelip bak lampu stage rtm uols tu. Rambut liplap itu hanya utk sominya saja konsepnye kaka    
Quote Inezkhalidi 26-9-2016 09:40 PM
Cantik memang cantik cuma anaknya kecil lagi... Sian kalau ada side effect.
Quote Joannalee 27-9-2016 01:49 AM
Kecian anak ko
Quote Miming2 27-9-2016 02:08 AM
org komen untuk kebaikkan... kecik lagi lah anak tu... once dah besar, pandai2 lah dia dye rmbut sendiri... ni mcm have to ikut ckp mak nya..
Quote pocongkiutss 27-9-2016 03:03 AM
Dia omputih takpa la

Tapi yang melayu gigih nak kaler rambut blonde, biru, merah bagai..mcm tak kena muka
Quote RatuDunia94 27-9-2016 04:52 AM
sementara di malaysia!



Quote ninnakarinna 27-9-2016 08:07 AM
Cantik je..tp kalau anak aku x de la nak buat camtu
Quote gosipgels 27-9-2016 08:20 AM
lawa.. ahkak suka
Quote mokcikKSKB 27-9-2016 09:45 AM
Lesian budak tu.mmg budak2 nk sgt kaler rambut nengok org dewasa ramai yg kalerful rambut tp sakit kot tang bleach rambut tu.
Anak2 aku dh penah buat...tupon takat highlight je.still x selesa..lps tu rambut rosak.terus serik sampai laa..haha..
Quote caramellatte 27-9-2016 10:07 AM
Cantikkkk rambut dia!
Tapi still, better not. Ada ke pewarna yang tak merosakkan rambut?
Quote Loloq89 27-9-2016 12:19 PM
omeynye adikk
Quote Zaien 27-9-2016 01:33 PM
Themilo replied at 26-9-2016 05:26 PM
iols dok verangan la nak kaler rambut camtuh.. tapi kerna bimbang dihencap acik-acik kopam, iols pen ...

Sme la.. Mampu verangan ja.. Slalo gtaw kwn2 nak wat rambut gini kalau dduk obersi ja wahahahaha
Quote Myrara 27-9-2016 03:02 PM
Klu warnakan rambut sah ke air wudu?
Quote aTiKah_aYuNi 28-9-2016 09:08 AM
cantik...            
Quote fishcracker 28-9-2016 11:41 AM
cantik,nasibla rambut menten sihat lepas kene kaler maler..me nak guna hair dryer kat rambut anak pun pikir banyak kali

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.125018 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top