CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dividen ASW 2020 Diumumkan, Setiap Unit RM6.30 !

26-8-2016 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4948| Komen: 21

Description: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak RM6.30 bagi unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan ...
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.bharian.com.my/



Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak RM6.30 bagi unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2016. 

Untuk tahun ini, kadar dividen berkurangan sebanyak 10 sen berbanding tahun lepas pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM6.40.

Menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar yang baru sahaja dilantik menjadi Pengerusi PNB, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM1.146 bilion yang akan dimanfaatkan oleh lebih 878,000 pemegang unit yang melanggan 18.193 bilion unit ASW 2020. 


Jelas beliau, sehingga 24 Ogos 2016, tabung ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.394 bilion dengan keuntungan penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM735.83 juta atau 52.8 peratus.

Dari jumlah pendapatan kasar juga, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang keuntungan sebanyak RM451.70 juta atau 32.4 peratus, manakala selebihnya RM206.84 juta (14.8 peratus) diperoleh menerusi pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan, tambah beliau.

Dividen terbabit akan dimasukkan ke dalam akaun pemegang unit saham masing-masing pada 1hb September, manakala bagi mereka yang melabur menerusi Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) pula akan dimasukkan terus ke dalam akaun KWSP masing-masing.-CARI




sumber berita : Bernama
6

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marumaru 26-8-2016 05:00 PM
6.3 sen sama dengan RM6.30 ek? Pening ai baca berita ekonomi gini..pls eksplen sumbody..
Quote dizzzek 26-8-2016 05:04 PM
syabas ds najib!
Quote sarahmirza 26-8-2016 05:07 PM
Edited by sarahmirza at 26-8-2016 05:08 PM

Pernah masuk duit dalam ASW2020 sejak tahun 97-98.
Tiap tahun update buku masuk dividen aje.
Menambah simpanan takde.
Sipi2 rezeki boleh la..
Quote harkktuih 26-8-2016 05:14 PM
6.3 sen seunit lah...
Quote marumaru 26-8-2016 05:53 PM
Sebenarnya menarik juga konsep gini..melabur dalam pelbagai saham..sebab waktu pengagihan dividen tak sama...so dapat collect dividen pada waktu berbeza sepanjang tahun...macam best jugak...something to wait for all year long...senang la kalau bulan ni terperlu extra money jadi tak perlu kacau saving lain..
Quote sepiITUindah 26-8-2016 05:56 PM
sarahmirza replied at 26-8-2016 05:07 PM
Pernah masuk duit dalam ASW2020 sejak tahun 97-98.
Tiap tahun update buku masuk dividen aje.
Menam ...

aku pun sama
time mula lancar jer
pas tu tak pernah topup

Quote imransulaiman 26-8-2016 06:34 PM
Biar betul wartawan ni??? 6.30SEN kot! Bukan RM6.30
Quote kemaruk 26-8-2016 06:40 PM
Sepatutnya 6.3 sen seunit, bukannya rm6.30 seunit..

Kalau labur 10k, dapat la rm630..
Quote syadq 26-8-2016 07:25 PM
Kompius lah jugak iols..beza dgn thn lepas 10 sen ke 0.1 sen? Abaikan je lah, lagipun iols tak melabur pon.
Quote munchkin 26-8-2016 08:19 PM
Eloklah spread income jika dah penuh asb and asb2. Masuk dalam asw, as1m and didik. div kutip seperti berikut

Asb dec.
asw aug.
as1m sep.
asd jun.
Quote mzzenma 26-8-2016 08:23 PM
Tergezut baca rm6.30

Wartawan oh wartawan....
Quote munchkin 26-8-2016 08:23 PM
Eh helo ni pemberita bagi berita salah. Laman web rasmi pengemuman rasmi tulis 6.3 sen seunit
Quote Lagubestbest 26-8-2016 11:47 PM
Sikitnya untung.. tunggu setahun kot.
Quote sub5zero 26-8-2016 11:51 PM
TT mabuk ketum
Quote pokokbunga 27-8-2016 12:00 AM
Adoiiiiiiiii apesal wartawan nowadays malassss nk buat homework? Takkan editor pun tak check teks balik? Byk beza tu rm6.30 dgn 6.3 sen ( rm0.063) ... Tepuk dahi aku dibuat nya
Quote cmf_WonBin 27-8-2016 01:23 AM
zore commmon sense
Quote munchkin 27-8-2016 02:08 AM
Lagubestbest replied at 26-8-2016 11:47 PM
Sikitnya untung.. tunggu setahun kot.

Cukup setahun dah lagu. Cycle dia august-august.  
Quote hanakikan 27-8-2016 02:51 AM
Hauk nya reporter cari. Mesti intern cgpa 2.21 ni yang karang berita ni
Quote sabbath_shalom 27-8-2016 09:53 PM
I ada 20k dlm asw 2020

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068260 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top