CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saham Kl Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan.

31-3-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3630| Komen: 4

Description: Naib Presiden Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan Adam Khan Berkata, Trend Jangka Pendek Bagi Penanda Aras Ftse Bursa Malaysia Klci (Fbm Klci) Menunjukkan Ke Arah Peningkatan.



KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dijangka terus mengalami peningkatan minggu depan dipacu oleh data global yang memberangsangkan setelah berkurangnya isu Ukraine-Rusia.

Naib Presiden Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, trend jangka pendek bagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukkan ke arah peningkatan.

Beliau berkata, paras sokongan segera akan berada pada paras 1,830 dan 1,820 dengan paras halangan segera pada 1,850 dan 1,880.
"Sekiranya aliran menaik ini berterusan, FBM KLCI akan selesa menguji paras  1,900 pada Oktober 2014 dan 2,000 pada Jun 2015," katanya kepadaBernama.


Kenyataan yang tidak dijangka daripada European Central Bank (ECB) dan People's Bank Of China (PBC) juga terus merangsang sentimen positif, kata Nazri.
ECB dan PBC akan meneruskan langkah kuantitatif dalam jangka terdekat, menyediakan sumber sokongan kukuh kepada saham global, katanya.

"Keadaan pasaran ekuiti global akan menyaksikan peningkatan sederhana daripada data ekonomi Eropah, dibantu oleh keyakinan pengguna yang lebih kukuh daripada dijangka dari Perancis dan Itali," kata beliau.

Bursa Malaysia berakhir kukuh pada minggu terakhir suku pertama, dengan mencatatkan kenaikan mingguan sebanyak 1.5 peratus disebabkan oleh aliran masuk asing yang membantu pelabur tempatan menolak berita ekonomi negatif di tempat lain.

Bagi asas minggu ke minggu, FBM KLCI naik 45.61 mata kepada 1,850.73. Indeks Kewangan melonjak 320.32 mata kepada 16,608.64, Indeks Perusahaan menokok 56.12 mata kepada 3,204.63 dan Indeks Perladangan menambah 152.6 mata kepada 9,038.13.

Indeks FBM Emas naik 275.93 mata kepada 12,787.92, Indeks FBMT100 meningkat 270.37 mata kepada 12,450.26, FBM 70 menambah 159.78 mata kepada 13,912.23 manakala FBM Ace menokok 65.75 mata kepada 6,698.64.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 9.92 bilion saham bernilai RM10.07 bilion berbanding 7.29 bilion saham bernilai RM10.08 bilion pada Jumaat lepas.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 5.59 bilion saham bernilai RM9.29 bilion berbanding 5.27 bilion saham bernilai RM9.47 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan waran menambah kepada 394.41 juta unit bernilai RM125.95 juta berbanding 94.04 juta unit bernilai RM10.91 juta sebelumnya.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 2.29 bilion saham bernilai RM646.67 bilion berbanding 1.9 bilion saham bernilai RM583.36 juta minggu lepas.

2

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 30-3-2014 06:01 PM
ye ke??? tepisket...aku nk gi beli saham dua kati...
Quote jengkoil 31-3-2014 01:16 AM
Saham di Bursa Malaysia dijangka terus mengalami peningkatan minggu depan dipacu oleh data global yang memberangsangkan setelah berkurangnya isu Ukraine-Rusia.

Mcm xsignificant je statement dr spekulator berlesen ni....   
Quote jengkoil 31-3-2014 01:19 AM
Saham MAS menokok seploh hinggit mggu dpn..xbeli rugi..

-spekulator xde lesen-
Quote -electrifying- 31-3-2014 03:00 PM
dijangka saham aku semakin menaik pabila aku gunting rambut ptg nanti selepas waktu bekerja.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086371 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top