CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mb Arah Pkns Guna Pemilikan Saham Halang Kenaikan Tol

20-12-2013 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7790| Komen: 55

Description: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Pkns) Yang Memiliki Saham Dalam Salah Satu Syarikat Konsesi Lebuh Raya Di Negeri Ini Diarah Membuat Beberapa Cadangan Bagi Menghalang Kenaikan Kadar Tol.


KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.

“Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

“Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.

Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu  meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.


1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 19-12-2013 12:02 PM
So..saham 30% yg ada tu boleh membuat keputusan sykt konsessi tidak akan naikkan tol spt didalam perjanjian dan tidak akan menuntut sebarang bayaran eeek..
Quote namirulmukminin 19-12-2013 12:03 PM
Ok la daripada KERAjaan yang suruh orang lalu jalan lobang2 klau tak suka tol tu.....
Quote ketum 19-12-2013 12:06 PM
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 12:02 PM
So..saham 30% yg ada tu boleh membuat keputusan sykt konsessi tidak akan naikkan tol spt didalam per ...

penasehat ekonomi RM 1 kata boleh kot
Quote Equalizer 19-12-2013 12:09 PM
Seingat aku yg buat isu kenaikan tol ni bukan Selangor, tapi menteri di Jabatan Perdana Menteri...

ARKIB : 15/12/2013

RM400j jika tol tidak naik

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya jika mereka diberi kelonggaran untuk menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya disemak tiga hingga lima tahun sekali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pampasan tersebut merupakan satu jumlah yang tinggi berikutan kenaikan kadar tol telah termaktub dalam setiap perjanjian konsesi.
Katanya, kerajaan telah menangguhkan kenaikan tol sejak 2011 dan sekiranya terus tidak membenarkan sebarang kenaikan, sudah tentu pampasan yang lebih tinggi perlu dibayar apabila tiba masanya kelak.
"Bagi saya memang akan sampai masanya kita perlu mengotakan perjanjian yang telah dipersetujui dengan syarikat-syarikat konsesi ini dan perlu membenarkan mereka menaikkan kadar tol.
"Dalam konteks merasionalisasikan subsidi, kita melihat secara keseluruhan dan merasakan kerajaan perlu lebih mengoptimumkan pembiayaan dan ini termasuklah mengurangkan subsidi tol yang dibelanjakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan kadar tol yang sedang diperkatakan selepas melancarkan Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Ulang Tahun Ke-50 Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mengatakan terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, keputusan sama ada keperluan menaikkan kadar tol itu adalah bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri.
Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata, kenaikan itu akan diumumkan oleh syarikat konsesi masing-masing dan Kementerian Kerja Raya.
Kenaikan itu jelas beliau, perlu bagi mengelakkan daripada berlaku peningkatan kadar tol secara mendadak yang lebih memberi kesan kepada rakyat apabila tiba masanya disemak semula.
"Contohnya jika sebelum ini kadar dinaikkan 50 sen, namun kerajaan tidak membenarkan dan membayar pampasan hingga semakan seterusnya akan menyebabkan kadar itu meningkat lebih tinggi.
"Selain itu, kenaikan tol ini juga lebih bersikap adil kepada pembayar cukai kerana wang pampasan dibayar menggunakan wang mereka. Namun, tidak semua menggunakan laluan tol setiap hari yang sebenarnya merupakan laluan alternatif kepada orang ramai," ujarnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... jika-tol-tidak-naik
tang tajuk Selangor nak selamatkan keadaan tu mmg betul la...
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 12:10 PM
ketum posted on 19-12-2013 12:06 PM
penasehat ekonomi RM 1 kata boleh kot

Sebenarnya ni MB ni poyo je...
Quote jengkoil 19-12-2013 12:12 PM
Equalizer posted on 19-12-2013 12:09 PM
Seingat aku yg buat isu kenaikan tol ni bukan Selangor, tapi menteri di Jabatan Perdana Menteri...
...

Dik..bila dah tersepit...nga kitab utusan pun cai dah x caye lg...
Quote akughi 19-12-2013 12:19 PM
Equalizer posted on 19-12-2013 12:09 PM
Seingat aku yg buat isu kenaikan tol ni bukan Selangor, tapi menteri di Jabatan Perdana Menteri...
...

dah wartawan tanye...dia jawab la......pah tu ko pun cakap menteri JPM yg start dulu.....
Quote akughi 19-12-2013 12:20 PM
namirulmukminin posted on 19-12-2013 12:03 PM
Ok la daripada KERAjaan yang suruh orang lalu jalan lobang2 klau tak suka tol tu.....

kali ni cantik bahase ko......tapi kalo tang kerajaan pusat....

kemain lagi ayat ko kan.....


aku dah benti rokok.....
Quote hzln 19-12-2013 12:24 PM
ohhhh rupanya negeri selangor yg nak naikkan tol....pastu sendiri bantah.....lallalalallallalallaala
Quote atira 19-12-2013 12:25 PM
macai macai....
forever caprut
Quote mirage_46 19-12-2013 12:25 PM
bagus MB selangor ni... harap2 3 tol kt selangor tu tak naik.
Quote akughi 19-12-2013 12:26 PM
hzln posted on 19-12-2013 12:24 PM
ohhhh rupanya negeri selangor yg nak naikkan tol....pastu sendiri bantah.....lallalalallallalallaala

jgn la buat statment cam "org bodoh"



Quote atira 19-12-2013 12:29 PM
by de way tered dah ada la cai
Quote namirulmukminin 19-12-2013 12:30 PM
akughi posted on 19-12-2013 12:20 PM
kali ni cantik bahase ko......tapi kalo tang kerajaan pusat....

kemain lagi ayat ko kan.....
...

Alhamdulillah... Tahniah bro sebab berjaya berenti rokok... Semoga ko mendapat manafaat dan kesihatan yang baik..
Quote namirulmukminin 19-12-2013 12:31 PM
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 12:10 PM
Sebenarnya ni MB ni poyo je...

Ko 1000x lagi poyo....
Quote mirage_46 19-12-2013 12:31 PM
kenapa tipu rakyat malaysia  

Quote Anak_Nogori 19-12-2013 12:34 PM
namirulmukminin posted on 19-12-2013 12:31 PM
Ko 1000x lagi poyo....

dah dah...org syiah pi cerita pasal syiah tu..ni pasal MB Selangor yg poyo tu tengah nak kencing macai dia ni..

syioohhhhhhhhhhhhhhh syiohhhhhhhhh..
Quote asher 19-12-2013 12:35 PM
janji tinggal janji sajork..
Quote kecimpret 19-12-2013 12:35 PM
bila Selangor senyap x wat pape macai kata sbb Selangor ada saham dlm konsesi tol..bila Selangor bantah macai kata saja nak jd hero...u never win anything with the macai

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.065211 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top