CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Di India Sanggup Cabut Semua Gigi, Hanya Kerana Rekod Guinness!

5-7-2016 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7719| Komen: 12

Description: Di India, New Delhi, terdapat seorang atuk tua bernama Rishi yang sudah berusia 74 tahun sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mencipta rekod dalam Buku Guinness Sedunia.
Oleh : TS LOO


Memang suatu kepuasan dan kebanggaan buat seseorang itu, sekiranya sesuatu kerja yang dilakukan memperolehi pengiktirafan daripada pihak tertentu seperti The Guinness Book Of Records yang merupakan koleksi buku rujukan yang diterbitkan setiap tahun yang mencatatkan pencapaian manusia yang luar biasa di seluruh dunia.


Justeru, macam-macam cara dilakukan oleh manusia di setiap pelusuk dunia ini semata-mata untuk mencapai impian agar namanya dapat tersenarai dalam The Guinness Book Of Records.



Di India, New Delhi, terdapat seorang atuk tua bernama Rishi yang sudah berusia 74 tahun sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mencipta rekod dalam Buku Guinness Sedunia. 

Antaranya membuat lebih 500 tatto gambar bendera penuh di seluruh badannya, termasuk sebelum ini pernah mencabut semua giginya hanya kerana ingin menyumbat 496 batang penyedut minuman dalam mulutnya.

Dia menggelar dirinya sebagai Guinness Rishi kerana dirinya telah berjaya mencatatkan lebih 20 rekod dunia. 

Antara rekod yang pernah dilakukannya termasuk menghantar roti pizza dari New Delhi India ke San Francisco di Amerika Syarikat, habis minum sebotol tomato sos dalam masa 4 minit.

Selain itu, Rishi turut mendorong ahli keluarganya menyertai pertandingan mencipta rekod dunia, di mana isterinya Bimla telah menulis satu wasiat yang pendek saja iaitu " semua untuk anak" pada tahun 1991, dan berjaya memperolehi rekod dunia untuk kata-kata wasiat terpendek.

Dan difahamkan, hajat terbaru atuk tua tersebut dalam usaha mencapai rekod dunia adalah dengan membuat tatto gambar setiap pemimpin dunia pada badannya. 


Setakat ini, gambar tatto yang sudah dibuat pada badannya adalah termasuk perdana menteri India, Narendra Modi, presiden Amerika Syarikat Barack Onama, Ratu Britain iaitu Elizabeth dan pemimpin gerakan kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.





Sumber info : www.reuters.com








14

Bagus
20

Marah
18

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 5-7-2016 01:17 PM
Tak lama lagi dia akan dapat gelaran atuk paling banyak rekod..hehe
Quote Artemesiaa 5-7-2016 03:03 PM
Gigihnya atuk ni buat record apa penyakit attention seekers juga ni
Quote oppol 5-7-2016 08:40 PM
Harap takda tatu kat alat sulit dia
Quote Andyscenes 6-7-2016 08:36 PM
ganbatte atukk
Quote farhana008 7-7-2016 10:43 PM
Dah cabut semua gigi,makin kerepot nampak
Quote DeeHanania 16-8-2016 12:30 PM
Alahai atuk...gigih nau,seram lak ngok tatu penuh kat muka&badan
Quote Daisyna 25-8-2016 02:47 PM
atuk2,nath papelah
Quote cucuq 27-8-2016 09:38 PM
gigih betul la ko atuk
Quote pocongkiutss 27-8-2016 10:55 PM
"Dan difahamkan, hajat terbaru atuk tua tersebut dalam usaha mencapai rekod dunia adalah dengan membuat tatto gambar setiap pemimpin dunia pada badannya. "

Nanti ada tattoo muka najib juga ker
Quote bianglala 28-8-2016 12:49 PM
banyak tatu bendera... dah macam pemadam bendera lekat kat badan je.
Quote aTiKah_aYuNi 29-8-2016 09:49 AM
tahniah atok.....
Quote tombolpintu 29-8-2016 01:49 PM
adoiiii la....aku nak pegi cabut sebatang pun seriau

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049377 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top