CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Bertudung Amerika Syarikat Tidak Rela Tinggal Puasa

18-6-2016 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14191| Komen: 131


Oleh : Dean BZ


Atlet pedang Amerika Syarikat yang pertama bertudung ke sukan Olimpik di Rio nanti memberi jawapan yang mengujakan apabila ditanya mengenai puasa.

“Agama saya yang pertama dan paling utama. Ia keutamaan teratas,” kata Ibtihaj Muhammad kepada portal tersohor The Huffington Post semalam apabila ditanya rentak latihannya sebagai seorang yang berpuasa.

“Jadi tidak timbul dilema sama ada saya berlatih atau berpuasa. Saya kena berpuasa dan terus berlatih selagi tanggungjawab saya untuk bersaing di peringkat ini,” kata wanita 30 tahun itu.

Latihannya bersama pasukan negara itu Team USA bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, kemudian latihan meningkatkan jasmani diteruskan lagi antara 4 petang hingga 9 malam.

Selepas bersahur dan solat subuh, wanita berasal dari New Jersey ini paling bertenaga untuk senaman prestasi 6.45 pagi hingga 8 pagi dan cuba menghabiskan latihan pedang pula menjelang 1 tengah hari atau 2 petang.

Namun beliau mengakui harus mengenali bagaimana badannya berfungsi sewaktu berpuasa dan tidak memaksa untuk berlatih tanpa sela rehat yang sewajarnya.

Bagi memberikannya tenaga di siang hari, Ibtihaj berkata, ketika sahur, beliau meminum “smoothies" buah, sayuran, bijirin-bijirin chia dan flaks yang membekal banyak khasiat.

Beliau mengambil tembikai atau makanan banyak air bagi mengelak kekejangan atau keletihan melampau ketika latihan.

“Pada masa lalu, saya pernah mengalami kecederaan otot di bulan Ramadan, dan ia masih menimbulkan rasa risau berpuasa dan pada masa sama terpaksa berlatih,” katanya kepada The Huffington Post.

Beliau kekal bersolat berjemaah, termasuk tarawih, dan membaca al-Quran sehingga 11.30 malam walau badannya letih dan terpaksa pula bangun awal untuk bersahur.

"Hanya pada bulan Ramadan, kami boleh solat tarawih," katanya.

Beliau mendapat pengiktirafan Barack Obama semasa lawatan bersejarah beliau ke sebuah masjid di Baltimore, awal Februari lepas.

“Seorang warga Amerika dengan warna merah, putih dan biru akan menjadi juara lawan pedang sambil memakai hijab di Olimpik,” kata presiden.

Kecekalan Ibtihaj Muhammad yang sentiasa mengutamakan tuntutan agama wajar dijadikan contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam. Ada dikalangan kita yang sihat tubuh badan dan tidak bekerja keras pun masih ponteng puasa secara sengaja, semoga diberikan hidayah di bulan yang mula ini. - CARI Infonet.
33

Bagus
24

Marah
40

Terkejut
26

Sedih
49

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (202 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 18-6-2016 06:46 AM
BaguZlaj.

....
Quote cecite 18-6-2016 06:52 AM
Edited by cecite at 18-6-2016 07:38 AM











Meet the First Olympic Athlete to Compete in A Hijab


Quote cmf_almondpecan 18-6-2016 07:13 AM
Menurut satu kajian berkenaan fasting diet, pemain bola Tunisia yg berpuasa dan meneruskan tugas seperti biasa nampaknya sama saja performance. Boleh baca salah satu abstract di sini http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19085449
Quote jojoba_beads 18-6-2016 07:22 AM
cmf_almondpecan replied at 18-6-2016 07:13 AM
Menurut satu kajian berkenaan fasting diet, pemain bola Tunisia yg berpuasa dan meneruskan tugas sep ...

Setuju.

Dlm bidang bina badan, sesapa kaki gym, crossfit, byk amalkan intermittent fasting. Derang pose dlm 16. Ummah kapir pn tau bagusnya berpuasa  
Quote sarahmirza 18-6-2016 07:23 AM
Edited by sarahmirza at 18-6-2016 07:26 AM

Normal la kan. Puasa seperti biasa.Pakcik Indon tukang kayu & besi kerja bawah matahari pun ada yg puasa.
Ikut keimanan dan kesedaran seseorang.

Quote susukambingbest 18-6-2016 08:07 AM
Tahniah dpt kekalkn rutin wlupun brpuasa. Bliau ckp cam tu mgkin sbb rmai atlet yg xpose agknya. 2,3 taun lpas tgok tv ada sorang atlet llaki mlayu tgh mnum air d bln ramdhan,, tp time sukan kt obersi la

pose ni buatkn kita lbih fokus sbnrnya. iol dlu2 time exam sllu puasa n iol dpati iol lbih cerdik n ingat smua yg diplajari n hafal msa jwab exam
Quote rioster 18-6-2016 08:14 AM
Munah_Sensasi replied at 18-6-2016 08:10 AM
ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEM ...

Mencarut ke ni
Quote cmf_almondpecan 18-6-2016 08:19 AM
jojoba_beads replied at 18-6-2016 07:22 AM
Setuju.

Dlm bidang bina badan, sesapa kaki gym, crossfit, byk amalkan intermittent fasting. De ...


Mmg betul. BBC ada satu rancangan tentang 5:2 diet iaitu puasa Isnin Khamis. Dlm buku pasal diet ni, doctor yg tulis buku tu ada sebut sunnah Nabi Muhammad saw.
Quote Decaffeinated 18-6-2016 08:23 AM
rioster replied at 18-6-2016 08:14 AM
Mencarut ke ni

Islamic sungguh post beliau kan...

Quote Decaffeinated 18-6-2016 08:25 AM
Apa yg article ni cuba nak prove.

Quote abangbikerz 18-6-2016 08:35 AM
jojoba_beads replied at 18-6-2016 07:22 AM
Setuju.

Dlm bidang bina badan, sesapa kaki gym, crossfit, byk amalkan intermittent fasting. De ...

Itu pose makan jer. Minum air boleh. Itu puasa yg bagus.

Puasa tak minum air ni ngarut jerr
Quote lobai_romendan 18-6-2016 08:36 AM
Kalau kalah, senang sikit nak meraih simpati org ramai.... kalah krn atlet lain x puasa
Quote CrowneGlory 18-6-2016 08:40 AM
Alhamdullilah..kuat semangat dia
Quote rosasa 18-6-2016 09:17 AM
cantiklah akak ni
Quote dodolgemok 18-6-2016 10:11 AM
abangbikerz replied at 18-6-2016 08:35 AM
Itu pose makan jer. Minum air boleh. Itu puasa yg bagus.

Puasa tak minum air ni ngarut jerr

Kesian xboleh tahan lapar dahaga 16jam cam pondan siam kepit konek jah
Quote cm_matjawasp 18-6-2016 10:18 AM
Atlet Malaysia pun ada .dulu ada pemain hoki Nor saiful Zaini   lebih kurang sama juga cerita dia..semua bergantung kepada kekuatan iman dan ketahanan badan.
Quote abangbikerz 18-6-2016 10:57 AM
dodolgemok replied at 18-6-2016 10:11 AM
Kesian xboleh tahan lapar dahaga 16jam cam pondan siam kepit konek jah

Pejuang islam sudah marah
Quote dodolgemok 18-6-2016 11:19 AM
abangbikerz replied at 18-6-2016 10:57 AM
Pejuang islam sudah marah

Marah? Pitenoh2 nii nak kena belajar merangkak dgan rakan seperjuangan atheist kau. Malu kan dah kantoi kan kan kan???
Quote zorrro_03 18-6-2016 11:38 AM
Kapir sibuk orang nak.puasa. suruh minum air bagai...  

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.127677 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top