CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank ‘kejar’ pengendali AES

22-7-2013 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11239| Komen: 65

Description: PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd ...


PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.

Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.

Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.

Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.

Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta.  Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.

Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.

Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.

Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.



3

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 22-7-2013 02:30 AM
kalau jumpa  org2 ni boleh lah pancung kepala sorang2,
brp bnyak nak mentedarah duit rakyat


sape yg luluskan juga pasti ade percentage commission.
Quote airfilterbersih 22-7-2013 02:32 AM
Aku pun x bayar lagi...
Quote SulurBidar 22-7-2013 02:44 AM
Bangang!

Kontrak bagi UMNO gak.. stupid punye gomen!
Quote Acong 22-7-2013 02:55 AM
airfilterbersih posted on 22-7-2013 02:32 AM
Aku pun x bayar lagi...

ko dah kena saman ke? aku belum kena lagi... harap2 tak kena laa......
Quote mitnick 22-7-2013 02:57 AM
gali lobang tutup lobang.. haloi
Quote airfilterbersih 22-7-2013 02:58 AM
Acong posted on 22-7-2013 02:55 AM
ko dah kena saman ke? aku belum kena lagi... harap2 tak kena laa......

Kene kt taiping ke Ipoh mase new year...ala bukan laju pun aku bawak...ade se inch lagi nk abis meter..
Quote perang_sivil 22-7-2013 03:02 AM
Kesian syarikat ni... jom ramai-ramai bayar kepada pesalah speed trap...
Quote Bell 22-7-2013 06:57 AM
Spt kata Musa Hassan ex-IGP - kesilapan besar AES adalah kerana ianya diswastakan. Tujuan no 1 adalah utk keuntungan. Penguatkuasaan adalah no 2.
Quote Acong 22-7-2013 06:58 AM
airfilterbersih posted on 22-7-2013 02:58 AM
Kene kt taiping ke Ipoh mase new year...ala bukan laju pun aku bawak...ade se inch lagi nk abis me ...

tu tak laju???
Quote neotoxin 22-7-2013 07:02 AM
rozana anak tan sri redzuan salim ke?
Quote Al-Patih 22-7-2013 07:23 AM
PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.


tak apo ...jangan risau...ada nanti buy out punya .....
Quote DCrystal 22-7-2013 08:37 AM
airfilterbersih posted on 22-7-2013 02:32 AM
Aku pun x bayar lagi...

Selagi tak tukar kerajaan, cemana pun tetap kena bayar nanti. Aritu aku gi JPJ nak gi bayar (terpaksa rela bayar sebab aku sambung bayar kete bapak mertua aku), aku tanya pegawai JPJ tu, "Bukan ke kalo kena saman kat Selangor tak payah bayar ke?". Pegawai tu cakap "Nak tak nak kena bayar gak... kat mahkamah jer tanguh tak payah gi court lagi sebab masa kena gi court aritu, sesak habis mahkamah ngan pesalah AES jer. Kalo bukak court sampai malam pun tak habis"
Quote gaara_X 22-7-2013 08:44 AM
Tak de hal laa.....settle kejap je nie lepas kawtim ngan orang kuat beyend....heheheee
Quote cmf_kunyit 22-7-2013 08:50 AM
sykt AES takkan takde sign kontrak ngn gomen, sue la gomen sbb gomen put on hold benda ni..
Quote mziskandar 22-7-2013 09:02 AM
punca utama kegagalan business ini adalah kerana pemandu memandu dengan slow di kawasan aes..
Quote leylapple 22-7-2013 09:16 AM
UMNO jugak punya???
Quote namirulmukminin 22-7-2013 09:23 AM
JATI & PURKASA taknak collect derma ke utk bayar hutang syarikta kroni tu?
Quote shuksam 22-7-2013 09:50 AM
pasti pedes banget,,hahaha,,,
Quote don_quixote 22-7-2013 10:05 AM
airfilterbersih posted on 22-7-2013 02:32 AM
Aku pun x bayar lagi...

brp kali? Aku punya ada 3....

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090771 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top