CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wan Nor Azlin Belum Bersara, Kini Aktif Di Pentas Teater

27-5-2016 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10784| Komen: 37

Description: Masih ingatkah lagi pelakon Wan Nor Azlin yang terkenal...

Oleh : Dean BZ

Foto - SinarHarian


Masih ingatkah lagi pelakon Wan Nor Azlin yang terkenal dalam Telemovie Air Mata Ibu (2012) dan drama-drama era 90-an? Walaupun dilihat "tenggelam timbul" tetapi dia masih aktif dalam beberapa drama dan projek lakonan termasuk di pentas teater. 

Kini, dia  bakal membintangi sebuah teater muzikal, Setiap Derita Pasti Tiba Bahagia yang akan dipentaskan di Auditorium Taman Budaya di Jalan Tun H S Lee, di sini, selama tiga malam mulai hari ini.

"Kisahnya adalah mengenai Maya yang didera bapanya sejak kecil. Selepas berkahwin, Maya seboleh-bolehnya tidak mahu apa yang dilalui dulu terjadi pada anaknya. "Maya juga aktif membantu anak yang didera dan terbiar," kata Wan Nor Azlin yang melakonkan watak Maya. 


WAN Nor Azlin bersama tiga anaknya dan Ustaz Don


Semenjak suaminya, Allahyarham Mohd Yazli Yaacob meninggal dunia tiga tahun lalu, Wan Nor Azlin tetap cekal menyara 3 anaknya iaitu Danial Luqman, 16, Danny Iskandar, 15 dan Dania Camelia, 12.  

Katanya lagi, dia telah meninggalkan dunia lakonan selama 10 tahun iaitu pada tahun 1999 kerana berkahwin. 

"Sekarang, saya perlu kerja keras kerana sudah berstatus ibu tunggal," katanya. 

Orang ramai yang berminat menonton teater Setiap Derita Pasti Tiba Bahagia, boleh menghubungi Mawar di talian 011-23406073. Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50. 

Walaupun Wan Nor Azlin sebelum ini pernah mencetuskan pelbagai kontroversi, namun usaha gigih untuk menyara tiga anaknya harus diberi pujian dan sokongan. Semoga ibu-ibu tunggal diluar sana turut cekal menghadapi hidup. - CARI Infonet.



Sumber - bharian.com.my
14

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pngky 27-5-2016 10:39 AM
semoga tabah menjalani kehidupan
dengan status ibu tunggal
harap-harap rezeki makin mencurah
Quote mokcikKSKB 27-5-2016 10:40 AM
Pakai tudung balik dh ker?alhamdulillah
Quote barfi 27-5-2016 10:40 AM
Baguslah dah bertudung semula..

Semoga dapat melupakan unhappy past life..
Quote antidote 27-5-2016 10:45 AM
hensem anak dia
Quote FARRAZOOL 27-5-2016 11:09 AM
Hensome ank2 dia
Quote Minami2013 27-5-2016 11:44 AM
Moga dipermudahkan urusan...

Anyway, hasben die meninggal sbb ape ye?
Quote harisbee 27-5-2016 11:52 AM
Minami2013 replied at 27-5-2016 11:44 AM
Moga dipermudahkan urusan...

Anyway, hasben die meninggal sbb ape ye?

jantung sis...

Quote Minami2013 27-5-2016 12:06 PM

Oooo... innalillah... last dulu tau cite die n hasben dok gaduh2...
Quote Adeakukesah11 27-5-2016 01:08 PM
Anak dia yg masuk tahfiz muda tu ekh?

Ke salah
Quote rosasa 27-5-2016 02:20 PM
yang pompuan sebijik dia
Quote sukacactus 27-5-2016 02:39 PM
Ank yg 2nd sebijik arwah bapaknya
Sorry, tp aku terpikir camna nnt kalau ank2 dia terdiscover pasal kontroversi perhaps perhaps dulu2 tu ye
Quote Jerambut 27-5-2016 08:02 PM
sukacactus replied at 27-5-2016 02:39 PM
Ank yg 2nd sebijik arwah bapaknya
Sorry, tp aku terpikir camna nnt kalau ank2 dia terdiscover pasal ...

Tak yah pikir.. macam komen komen sebelum engkau.
Ingatkan flow komen cantik dah. Kagum la jugak..puff! Ada jugak nak mention.
Kita sangkabaik Allah dah terima taubat dia. Lain lain tu kalau dia mintak kita fikir, kita fikir. Tapi dia tak cakap apa pun.
So, kita takyah fikir.
Quote sukacactus 27-5-2016 08:33 PM
Jerambut replied at 27-5-2016 08:02 PM
Tak yah pikir.. macam komen komen sebelum engkau.
Ingatkan flow komen cantik dah. Kagum la jugak ...

Ya, baikkk...
Quote little_sis 27-5-2016 08:46 PM
tgk dia berlakon drama pujaan hati ummi, mmg elok nampak penampilan dia berpakaian, bagus la...
Quote sepitsiput 27-5-2016 09:08 PM
dia ni berbakat besar
Quote catalina 27-5-2016 09:10 PM
Lawa n hensem anak2 dia...
Quote jerukkedondong 27-5-2016 10:03 PM
Moga Allah beri kehidupan yg lebih baik utk WNA dan anak2..
Quote tomet05 28-5-2016 09:54 PM
semoga baik2 aja ya
Quote sofiazara 28-5-2016 10:30 PM
kesian tgk anak2nya bila teringat
semoga hidupnya sekarang lebih baik dgn anak2

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060009 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top