CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Sifat Mengikut Kedudukan Dalam Adik Beradik

21-4-2016 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26877| Komen: 18

Description: Dalam keluarga pastinya perangai antara adik-beradik adalah berbeza-beza...

Oleh : Dean BZ


Dalam keluarga pastinya perangai antara adik-beradik adalah berbeza-beza. Kalau perasan, yang sulung biasanya keras kepala berbanding yang lain tapi ada banyak juga sifat baik yang ada padanya dan tiada pada adik beradik yang lain. 

Jom kita periksa adakah tepat apa yang dikongsikan dibawah ini mengenai sifat mengikut kedudukan dalam adik-beradik.



TANAH : Anak ke 1,5,9

Sifat tanah dikaitkan dengan jenis deria. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Orang yang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya kepada benda yang boleh dicapai oleh deria, sedar mengenai hakikat diri, menilai material, tabah hati, efisyen, diberatkan oleh keperluan, kepala angin, pendiam, tidak peramah, badan kurus, kurang tidur, selalu sihat, banyak kerja.


AIR : Anak ke 6,2,10
Sifat air dikatakan jenis Perasa. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik, mudah terluka hatinya, mudah memahami perasaan orang lain, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram, Tubuhnya tembam, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas dan agak kurang faham.


API : Anak ke 3,7,11
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intiusi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan dalam sifat kelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru atau berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, menaruh harapan, cenderung atau tidak sensitif, agresif, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.


ANGIN : Anak ke 4,8,12
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. Ia digolongkan dalam sifat kelakian (masculine). Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura, sukar dipengaruhi, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin, kreatif, sederhana.


Jadi soalannya anda anak yang ke berapa dalam keluarga. Adakah semuanya tepat mengenai sifat dan ciri peribadi yang disenaraikan diatas? Mesti kebanyakannya sama dengan sifat anda betul tak. - CARI Infonet.




Sumber - girlzowey.blogspot.my/mycoretanstories.blogspot.my

59

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 21-4-2016 03:39 PM
Makcik anak bongsu
Quote sipendiam 21-4-2016 03:51 PM
aku anak ke-x tapi unsur air

Seorang yang bertanggungjawap
Didalam keluarga , dia senang untuk berjaya
Baik hati

Mudah didampingi
Sukar menunjukkan marahnya, tetapi jika kesabarannya diuji amat luar biasa sifatnya
Mudah memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja
yang mudah didampingi tu paling tak sekali...tapi mungkin sebab ada sebab2 tertentu masa kecik yang effect sekarang

baik hati tu boleh la kot (perasannnnn ko seman).. aku seorang yang takkan say no pada sape2 je..(senang kena buli)

senang untuk berjaya? - tak sangat kot.. akak aku ada lagi yang paling berjaya..tapi mengikut diorang aku senang lekat interview kerja

bertanggungjawab tu sudah pasti ya... sebab aku lelaki tunggal.. dan aku ada tahi lalat kat dua2 bahu.. orang cakap tu tanda memikul beban tanggungjawab yang besar

mudah memberi pertolongan - aku xkan say no, tempat kerja dulu sikit2 kena backup orang mc, tukar shift etc..

sukar marah - trueeeeee.. nak angkat bakul sendiri ni.. tanya kawan2 memang aku tak pemarah langsung... tak reti... tapi sekali marah......


hihi suka2 je layan benda2 camni
Quote jiwarasa 21-4-2016 03:54 PM

aku anak ke-12. angin beb... kentut pun kerap
Quote dark_night 21-4-2016 03:57 PM
Dlm adik beradik sy,start dr no.2 smpai 4 tu hampir sama..yg sulung ja jauh panggang dr punggung :

Eh..ter'emo' plak..
Quote seeriesagain 21-4-2016 04:56 PM
Anak ke 4... yes sy pemalu, but still approachable. Boros mmg x ler tp if ada something yg nak beli, aku akn beli jer tanpa pikir panjang. After dah beli baru nyesal Buat something mmg ikut mood, final decision pun slalu suka tukar2... tp nak berjaya kena usaha tu rasa apply to everyone kut... n im a sensitive person... huhuhu...
Quote Mannak 21-4-2016 05:00 PM
Perkongsian ilmu kurafat apakah ini???

@nuryakmal.....
Quote babydoll 21-4-2016 05:29 PM
sipendiam replied at 21-4-2016 03:51 PM
aku anak ke-x tapi unsur air

yang mudah didampingi tu paling tak sekali...tapi mungkin sebab ada  ...

mira filzah anak ke berapa?
Quote eileen80 21-4-2016 05:45 PM
anak sulung... hehehe...
xtau btl @ x kenyataan tu.
nanti kene tny kat opismate, betoi kaa...
Quote mak_wa95 21-4-2016 06:07 PM
khurafat bila percaya mcm ni..
orng islam kena elak sbb menjejaskan akidah
Quote mak_wa95 21-4-2016 06:07 PM
kalau xsilap khurafat termasuk dlm dosa besar
Quote 4everMore 21-4-2016 06:51 PM
Yeke..cam x kene je..
Quote UmbrellaCorps 21-4-2016 07:13 PM
hahaha.. sesuka hati je nak analisis org.. cita2 nak jadi shrink ke...
Quote mystica 21-4-2016 09:31 PM
Aku Angin.. mcm kena je heheh.. memang sensitif pun. boros.. n sgt pemalu tp dh kenal mesra..
Quote Missfadh 21-4-2016 10:25 PM
Angin juga. Mcm betul sebab selalu moody and sgt sensitif.
Quote sipendiam 22-4-2016 08:11 AM
babydoll replied at 21-4-2016 05:29 PM
mira filzah anak ke berapa?

ntah le baby..takde masa nak cek profile orang hahaha
Quote mokcikKSKB 22-4-2016 09:42 AM
Mcm tipu jah artikel ni...
Aku anak kedua...mmg sgt rebellious dan dominan...
Xsuka kena arah buat itu ini kecuali oleh mak abah dan somi terchenta...
Quote MamaMima711 23-4-2016 09:16 PM
Aku no 3..tp aku x brgantung pd org.
Quote ninja boy 23-4-2016 09:57 PM
macam tipu jah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.454015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top