CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PTPTN : Peminjam Ingkar Akan Disekat Dari Membuat Pinjaman Kenderaan, Rumah

21-4-2016 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19676| Komen: 155

Description: Ramai graduan baru yang membuat pinjaman PTPTN didapati sukar untuk mendapatkan pinjaman...

Oleh : Dean BZ



Ramai graduan baru yang membuat pinjaman PTPTN didapati sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank untuk membeli kereta atau harta, bahkan untuk mendapatkan kad kredit, disebabkan tidak mampu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara  (PTPTN).

Mereka yang telah membuat pinjaman PTPTN kini dimasukkan dalam pangkalan data Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit  (CCRIS) sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh lembaga dana pendidikan untuk mendapatkan balik RM8.3 bilion tunggakan pinjaman pelajaran.


Malah, ramai graduan baru mendapati impian mereka untuk membeli kereta dan menunggang motosikal baru terhalang selepas permohonan pinjaman mereka ditolak oleh bank.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid berkata langkah CCRIS itu perlu disebabkan oleh kadar pembayaran balik yang rendah  iaitu sebanyak 47.3% (pada bulan Februari).

Ketika ditanya sama adalah munasabah bagi peminjam disenarai hitam dalam CCRIS, beliau berkata: 

"Kami memerlukan mereka untuk membayar balik secara konsisten kerana kami hanya berjaya mengutip RM7.5 bilion daripada RM15.8 bilion. Kita memerlukan RM5 bilion setiap tahun untuk membiayai pelajar untuk pendidikan tinggi mereka. "

Kakitangan jualan Proton dan Perodua pula berkata, jualan telah terjejas dengan jumlah yang tinggi kerana banyak permohonan pinjaman ditolak. Kereta dari Proton dan Perodua merupakan pilihan pertama untuk graduan kerana harga yang berpatutan. - CARI Infonet



Sumber - TheSun
2

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 21-4-2016 09:32 AM
selama ni pun memang dah tak boleh apply loan kalau tak bayar ptptn...
Quote AMDTurion 21-4-2016 09:38 AM
org yg available utk byr bulan2 dgn potongan gaji pun x boleh. sbb dgn syarat byr 1k dulu sbg deposit pembayaran.

org kalo x dpt byr full maksudnya dia mmg xde duit. dah boleh buat pemotongan gaji buat jerlah. x paham aku.
Quote NAT_11 21-4-2016 09:44 AM
PTPTN tu pinjam duit EPF, dah cecah more than 100 BILLION.
Tetiba tak mahu bayar.
Padan muka
Quote prettyuglybabe 21-4-2016 09:45 AM
bagus pun buat gitu..
dah pinjam bayar la wei..
Quote tunaluna 21-4-2016 09:47 AM
padanlah dengan muka.dah kerja,dapat gaji,bayar la ptptn tu.
Quote kemaruk 21-4-2016 09:48 AM
Dah hutang tu bayar la..

Apa kaitan dengan politik pulak?
Quote NAT_11 21-4-2016 09:50 AM
Kerana diaorang tak bayar, Epf tak mahu bagi pinjaman lagi.
Sekarang nasiblah, PTPTN dah dihapuskan.
Pinjamlah kat bank kalau nak belajar.
Atau suruh mak bapak tanggong.
Suruh beli insuran pendidikan tak mahu.
Semua nak free.
Belajar malas.
Quote edoraixora 21-4-2016 09:53 AM
itu aku x paham mentaliti peminjam2 ni
dah name nye berhutang, bayar je lah
mase sign perjanjian, clearly state PINJAMAN, knape bile dh abes blajar, dah masenye kena bayar balik, dok create stori itu ini
henpon canggih bleh beli, head to toe bergaya sakan
tetibe hutang belajor xnak bayor
x paham aku ngan mentaliti korang

so, PTPTN dah masuk CCRIS ni, cume nk cakap, u deserved it lah
Quote dondangdendang 21-4-2016 10:13 AM
edoraixora replied at 21-4-2016 09:53 AM
itu aku x paham mentaliti peminjam2 ni
dah name nye berhutang, bayar je lah
mase sign perjanjian,  ...

dpt check online x?

Quote edoraixora 21-4-2016 10:18 AM

check ape? ccriss ke
kalo ccriss, cume bleh check di mane2 cawangan BNM sahaja thru kaunter/kiosk

Quote chinta89 21-4-2016 10:19 AM
mohon komen2 lagi pedas berbisa parking sini
Quote seri_mawr 21-4-2016 10:26 AM
klu jangka tak nak bayar hutang PTPTN tu laian kali belajar betul2...dpt 3.5 dia tukar jadi biasiswa kan..??
Quote tobby 21-4-2016 10:36 AM
klu dah berhutang tu bayar jer lah. Hutang wajib di bayar. perangai org Msia hutang dgn kawan2 lagi dia tak mau bayar.
Quote devilito2 21-4-2016 10:37 AM
bayarlah sekiranya anada berhutang....
Quote bluehedgehog 21-4-2016 10:38 AM
Quote little_sis 21-4-2016 10:40 AM
kalo hidup susah, xde keje ok la.. tapi kalo pakai keta import, gi bercuti luar negara bagai x byr ptptn mmg selayaknya la kena tahan kat imigresen..
Quote talapia 21-4-2016 10:46 AM
aku peminjam PTPTN. masa sign dolu2... masa awal2 PTPTN ditubuhkan. masa tu bukan paham sangat pon pasal caj pentadbiran 4% bagai. sebulan kene bayo berapa pon aku taktau. main sain aje. yela.. kalau tak mane nak cekau duit nak blajo. dok ramai2 kat dewan... diberi explaination pasal loan smua tu. tapi aku tetap rasakan yg aku tak aware pasal segala details.

bila dah grad... mula keje... tau kene bayo loan bulan2 sekian2 amount. Tapi kesedaran tu takde. Rasa tanggungjawab kureng. Gaji pon baru nak idop. banyak kali gakla cuti membayo. nak kawin.. nak tunang.. setahun tak bayo. selesai kawin n segala urusan duit.. aku bayo extra utk cover balik yg 2 tahun x bayar tu.

now.. dah abis bayar... pokoknye... klau ada kesedaran nak bayar... peminjam tu sepatutnya cuba utk bayar walau sikit n ponteng2.. bukannye buat2 lupa langsung sesen haram tak bayar. memang patutla diambil tindakan
Quote lazim 21-4-2016 10:47 AM
aku pon penah xmmpu uols nk bayar. tapi beza kalau ada niat nk byr dgn memang xnk. ptptn selalu je bg peluang. last sekali yg aku tau drg offer rm300 je utk bt restructure, time ni mmg berbondong2 la serbu ptptn. sampai bersila kat luar. aku g ptg pkl 10 mlm baru siap. jenuh melilau cari pintu keluar utc sbb byk pintu dh tutup

tp ramai jugak yg bt xtahu je kat tawaran ni. lepastu kalau kena byr 1k naseb ko lah. time org bt promosi ko bt pekak badak. kalau xde rm300 sekalipon pergi je la diskas, aku restructure 1 sen pon xkena byr masa g time promosi tu.
Quote wanzackraizzo 21-4-2016 10:52 AM
ptptn gampang..
kurang ajar punye skim
men ugut

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top