CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bismillah. Babai Syaitan" Taubat Jutawan Maknyah, Nekad Buang 'Payudara'

18-4-2016 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 18184| Komen: 70|Original author: FOTHER-MUCKER

Description: Kerana Terikut Hasutan Syaitan Dia Yang Dilahirkan Sebagai Lelaki Terpesona...


Oleh Fyruz Hanna

PADA usia 19 tahun dia sudah bergelar jutawan dan namanya disebut-sebut kerana memiliki segala-galanya, nama, harta dan juga rupa.


Namun dalam kejayaan seseorang yang bernama manusia, tak siapa yang dapat terlepas daripada godaan syaitan dan ini yang terjadi kepada pemuda yang dikenali sebagai Safiey Ilias.


Ketika dibangku sekolah lagi dia sememangnya seorang yang pintar apabila meraih semua A dalam UPSR dan PMR.

Dia yang bukan datang daripada keluarga yang senang mula mencari duit poket setelah menjadi agen dropship produk kecantikan hanya dalam Facebook.

Pendapatannya pernah mencecah puluhan ribu ringgit sehinggakan simpanannya selama berniaga sebanyak RM200,000 semasa tinggal di asrama sekolah lagi.

Jun 2013, dia memiliki simpanan bersih RM1 Juta. Kerana terikut hasutan syaitan dia yang dilahirkan sebagai lelaki terpesona dengan kehidupan sebagai seorang wanita dan mengubah dirinya kepada wanita.

Lebih ektrem apabila dia mengubah cipataan Allah dengan mempunyai payudara. Namun apabila sudah sampai seruan kesedaran, dia sedar dia selama ini telah melangkah jauh dari agamanya.

Tekad untuk kembali ke pangkal jalan dia buang 'payudara' yang dulu pernah menjadi kebanggaan dirinya.


"Assalamualaikum WBT dan selamat pagi semua . Saya tak nak ulas apa2 . Saya cuma takut pada Allah dan buat semua benda kerana Allah . Esok lusa saya sendiri tak tahu saya jadi apa dan saya dimana . Biarlah Allah tentukan . Saya tidak blame mana2 org dan jgn samakan saya dgn makhluq lain . 
.
Bagi saya , tidak perlu berdebat dgn org yg tak faham . Saya juga xnk org gunakan saya sebagai point perdebatan . Tugas agama cuma mengajak yakni dakwah . Kita tiada hak untuk paksa setelah berdakwah kita paksa org berubah ! Yg memegang hati kita adalah Allah . 
.
Saya doakan semua kita diberi hidayah yg mana dlu saya tak percaya pada hidayah dan x yakin saya boleh berubah . Saya suka cabar Allah . Bila nak tukar saya jadi lelaki ? Bila nk buang naluri saya ? Bila nk bawa saya ke jalan benar ?? Ada puluhan ribu org menghina tatkala itu . Ada juga puluhan ribu org yg berdakwah secara kasar mahupun halus . Dan ratusan ribu org mungkin mendoakan saya termasok diri sendiri yg sentiasa bersangka baik pada Allah . Ini belom campor mak dan ayah yg mendoakan .
.
Nahhh Allah jentik sekali sahaja , dan ini saya sekarang . Saya tidak ada kuasa upaya malah x pernah termimpi akan jadi begini . Sukar untuk saya ulas . Byk kali saya kirim doa pada rakan di Mekkah . 
.
"Gilaaa kau aku cantik kot x perlu jadi laki ! Suara pun prmpuan . Bulu pon x ada . Sayang gila kan lepaskan dunia ni betol x ?? Nak dpt lelaki petik jari je uollsss lagi2 aku kaya" Itu yg selalu saya ungkapkan pada org . Tapi harini , dunia saksi perubahan saya tanpa paksaan atau sbrg sebab selain Allah . Org akan tanya "macam mana?", "betulke?" . Malah saya sendiri tertanya tanya . Tpi bg yg faham akan apa itu "hidayah" mereka akan faham . Allah kata "kun fayakun" , maka jadilah ! 
.
Bagi saya , perubahan ini tidak boleh dipaksa , ia perlu dari hati . Dan hati itu Allah yg pegang . Maafkan saya jika ada melukakan hati sesiapa . Saya tidak pernah ingin menjadi munafik . Iolls lg cntik drpd uollss kot . Xpyh berubah jd lelaki pon x apa , rugi ! Tpi itulah , siapa yg boleh lawan kuasa Allah ?? Saya tetap lembut juga dan suka apa yg wanita suka . Mgkin one day Allah switch off naluri ini . Bersangka baik . Husnuzon . 
."

Walaupun bukan mudah dan apatah lagi dia yang kini memilki segala-galanya pastinya cabaran tidak pernah akan terhenti buat Safiey atau nama sebenar Safiudin.

Alhamdulillah hidayah ini diberikan Allah pada mereka yang mencariNya. Semoga masyarakat membantu untuk Shafiudin lebih kuat dan istiqomah mengikut jalan yang diredai Allah s.w.t. -CARI Infonet.

sumber:fb

15

Bagus
12

Marah
21

Terkejut
9

Sedih
20

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 17-4-2016 09:23 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-4-2016 01:26 PM


Rahsia Kejayaan Gadis 19 Tahun Bergelar Jutawan, Miliki Audi & Hummer Cash!
sofeaillias

Bergelar jutawan di usia muda pastinya satu perkara yang cukup sukar untuk dicapai namun tidak mustahil.

Berbeza pula buat gadis ini yang berkongsi kisah bagaimana beliau memulakan bisnes produk kecantikan di usia seawal tingkatan 4 dan berjaya mencecah jualan sejuta ringgit pada usia 19 tahun.

Lebih mengagumkan berkat usaha gigihnya dalam bidang perniagaan, kini dia mampu memiliki 5 kereta mewah yang dibeli secara cash!

Mesti korang nak tahu kan apa rahsia gadis ini? Cuba ingat balik korang dulu masa umur 19 dalam bank ada berapa ringgit je hihi.


Mula Bisnes Ketika Umur 16 Tahun






Dulu Hari-Hari Pergi Pejabat Pos Naik Teksi


Kini Ada Camry, Audi, Mini Cooper, Hilux & Hummer



Quote Decaffeinated 17-4-2016 09:33 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-4-2016 09:23 PM
Rahsia Kejayaan Gadis 19 Tahun Bergelar Jutawan, Miliki Audi & Hummer Cash!
sofeaillias

Lid Beauty Mall?.....






Quote toxicated 17-4-2016 09:34 PM
lid beauty mall tu kak lid ke?
Quote toxicated 17-4-2016 09:37 PM
rizi biz tu funder dia dah meninggal. cancer. al-fatihah..kedainya masih ada dkt sebelah petronas roundabout UKM tu..
Quote MissNigga 17-4-2016 09:39 PM
alhamdulillah .... baguih ar...
semakin lama kita hanyut kat dunia nie ... dilimpahi ngan wang .. reta benda ... selagi jiwa tak tenteram tak guna jugak ...

peace in mind and soul tu yang penting ...
Quote hyie 17-4-2016 09:43 PM
iols pernah beli produk kak lid...x ingat apebenda hahaa...melalui agen dia lah
Quote harkktuih 17-4-2016 09:44 PM
Moga sis @kentel baca story neh dan terbuka hati utk kembali berhijab
Quote FOTHER-MUCKER 17-4-2016 09:45 PM
toxicated replied at 17-4-2016 01:34 PM
lid beauty mall tu kak lid ke?

Kak lid tu nyah juga ke? Muka semacam je, tapi menutup aurat. Sorry kalu tersilap.
Quote mak_wa95 17-4-2016 09:46 PM
citer dia ni macam dah ada..

citer yang insaf tu dah ada kat gosip..

nama jantan dia saripudin..pudin

@spiderman80
Quote CikNano 17-4-2016 09:47 PM
Alhamdulillah..cpt dia terima hidayah dari-NYA... semoga rakan2 yg sama golongan dgn dia pon berubah & menerima hidayah
Quote hungryhenry 17-4-2016 09:48 PM
Edited by hungryhenry at 17-4-2016 09:50 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-4-2016 09:45 PM
Kak lid tu nyah juga ke? Muka semacam je, tapi menutup aurat. Sorry kalu tersilap.


Tak la noks. Sheols porumer jugak. Iols ada la 2-3 kali beli glutha dgn sheols @sayawifenikmie
Quote toxicated 17-4-2016 09:49 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-4-2016 09:45 PM
Kak lid tu nyah juga ke? Muka semacam je, tapi menutup aurat. Sorry kalu tersilap.

choi carut kak lid..woman lah!
Quote menjad 17-4-2016 09:49 PM
jantan tapi panggil gadis...choiiiiii
Quote FOTHER-MUCKER 17-4-2016 09:53 PM
toxicated replied at 17-4-2016 01:49 PM
choi carut kak lid..woman lah!

Muka seperti lelaki sebab tu saaya fikir dia nyah. Sorry silap anggap.
Quote FOTHER-MUCKER 17-4-2016 09:55 PM
mak_wa95 replied at 17-4-2016 01:46 PM
citer dia ni macam dah ada..

citer yang insaf tu dah ada kat gosip..

Sorry.

.....
Quote Decaffeinated 17-4-2016 09:56 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-4-2016 09:45 PM
Kak lid tu nyah juga ke? Muka semacam je, tapi menutup aurat. Sorry kalu tersilap.

Ori lah.....

She's very open about who she is.... well known kot dalam CI ni...



Quote jetrofa 17-4-2016 09:59 PM
kisah/org yg sama kat gosip ka ni?
Quote mieymiey 17-4-2016 10:05 PM
Pudin ni baru 22 tahun??
Quote imransulaiman 17-4-2016 10:10 PM
Banyaknya duit diaaaaaa....!

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.252302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top