CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Abu Sayyaf Culik Lagi Warga Malaysia, Siap Muat Naik Gambar Mangsa Di Facebook

15-4-2016 12:38 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10998| Komen: 56|Original author: EJALTI

Description: Penculikan warga Malaysia oleh kumpulan Abu Sayyaf masih lagi terjadi di perairan Sabah..

Oleh : Dean BZ


Penculikan warga Malaysia oleh kumpulan Abu Sayyaf masih lagi terjadi di perairan Sabah. Walaupun dengan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 2014, kumpulan Abu Sayyaf masih dilihat berani dan semakin licik menjalankan aktiviti penculikan demi mendapatkan wang tebusan.

Memetik dari mstar, gambar empat warga Malaysia yang baru diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh kumpulan militan tersebut.

Keempat-empat mangsa culik itu dilihat mencangkung dengan salah seorang daripada mereka memegang sehelai kertas dengan tulisan 'Victor Troy' dan tarikh '8 April 2016'.

Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan baru-baru ini oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Empat warga Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, kesemuanya dari Sarawak, diculik dari sebuah kapal tunda MV Masfive 6 di Pulau Ligitan pada 1 April ketika dalam perjalanan ke Tawau selepas menghatar muatan kayu ke Manila.

Penculik menghubungi keluarga mangsa culik pada 12 April dan menuntut wang tebusan bagi pembebasan mereka. Pada 14 April keluarga mangsa bertemu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk meminta bantuan.


Hingga kini, masih belum jelas siapakah dalang disebalik aktiviti penculikan yang sering berlaku diperairan Sabah. Apa pandangan dan cadangan anda dalam membanteras aktiviti lanun ini dari berleluasa? - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

22

Bagus
17

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
24

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarika 15-4-2016 09:39 AM
Hope semua selamat kembali kepangkuan keluarga. Kesian.
Quote aurora273 15-4-2016 09:41 AM
Jadi ikan kering la..
Quote sayawifenikmie 15-4-2016 09:42 AM
Edited by sayawifenikmie at 15-4-2016 10:11 AM


..... kesian nya .... moga depa selamat kembali ke pangkuan keluarga.

PM najib .. pohon bayar kan wang tebusan ... takkan tak ada baki2 lagi.
Quote pyropura 15-4-2016 09:57 AM
sayawifenikmie replied at 15-4-2016 09:42 AM
..... kesian nya .... moga depa selamat kembalikepangkuan keluarga.

PM najib .. pohon bayar k ...


duit derma saudick untuk perangi kapir hokay, so tak boley pakai selamatkan tebusan cina DAPig kapir lahnat  
Quote Glass_shoes 15-4-2016 09:59 AM
Moga selamat
Quote little_sis 15-4-2016 10:04 AM
apa la nasib deme ni.. abu sayyaf ni nak carik dpt duit cara senang dan menganiaya org.. dah tu berrkali2 pulak tu..
Quote barfi 15-4-2016 01:01 PM
Abu sayyaf ni ala2 militan islam ke
Quote nuralisa 15-4-2016 01:08 PM
byr kang diorg buat lagi.. byar buat lagi...
susahla...
Quote OmJualGas 15-4-2016 01:11 PM
'victor troy' tu apa?...
Quote pyropura 15-4-2016 01:15 PM

nama kapal kot

Quote OmJualGas 15-4-2016 01:17 PM
abu sayap ni cari duit raya kot...
Quote nexusys 15-4-2016 01:25 PM
pi hanta Polis Evo tgk.... dalam wayang kemain...
Quote honeybee1802 15-4-2016 01:33 PM
Abu sayyaf oiii kot yer nak tayabg they all ttp le orat they all skit
Quote aHoi83 15-4-2016 01:35 PM
Kesian yg jd mangsa. Tak tau sampai bila area sempadan tu nk aman. Aku nk g pulau area semporna pun takot
Quote pr3ttytw33ty 15-4-2016 01:51 PM
ape hal lanun sgt puak2 abu sayyaf ni. memalukan agama je. kalo warrior sgt pi ha melanun si isis tuh. keji sgt
Quote oak.balustrade 15-4-2016 02:00 PM
Jahanam abu sayyaf ni, culik utk dapat duit. Keje pemalas pastu sukati nak culik/bunuh orang! :
Quote idakamaruddin 15-4-2016 02:04 PM
barfi replied at 15-4-2016 01:01 PM
Abu sayyaf ni ala2 militan islam ke

ha ah..guna kan nama islam..tp buat keje bertentangan islam..culik org dpt duit utk funder dorang beli senjata pstu buat pemberontakan..bom org sana sini...
Quote belilies 15-4-2016 02:10 PM
Asek culik rakyat marhaein je... Cer up standard sket
Quote Skuau 15-4-2016 02:14 PM
Minta Zakir Naik bg 'ceramah' kpg geng Abu Sayyaf.....mereka masih memerlukan bimbingan,agak ketara betapa ceteknya ilmu agama geng abu sayyaf ni......

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.201970 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top