CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Pemandu Teksi Lupa Rezeki Itu Dari Tuhan, Bukan Dari GrabCar

15-4-2016 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9188| Komen: 32

Description: Bayangkan dengan sikap sebegini, adakah orang ramai akan lebih menyokong pemandu teksi di Malaysia?
Oleh Adib Za




'Peperangan' antara pemandu teksi dan GrabCar nampaknya semakin menjadi-jadi. 

Perasaan tak puas hati pemandu teksi bila pelanggan mereka seolah-olah 'dicuri' oleh para pemandu GrabCar yang dikatakan tiada permit, insurans dan sebagainya. 

Dalam pada itu, di laman sosial satu 'screenchot' status yang dimuatnaik oleh seorang pemandu teksi telah menerima kritikan para netizen. 

Masakan tidak, mereka ini dilihat secara terang-terangan mengajak orang ramai untuk menganiaya atau menutup periuk nasi para pemandu GrabCar. 

“Takde duit nak naik teksi? Jangan risau. Download dan buka application GrabCar, book 1 GrabCar. GrabCar sampai, terus je naik. Sampai destinasi, jangan bayar.


“Kalau drebar GrabCar itu bising, suruh dia pergi buat repot polis. Tobat lahom dia tak repot. Permit teksi tarak, PSV tarak, insurans tarak. Try ler,” tulis lelaki itu. 

Cadangan yang diberikan itu jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati di samping mahu menjatuhkan pihak lain dengan cara yang tidak wajar.

Malah, ia telah disambut dengan sokongan dan juga diberikan cadangan-cadangan lain untuk memboikot pemandu GrabCar tersebut. 

Sehinggakan mahu menggunakan cara yang keras iaitu menoreh tempat duduk belakang GrabCar. 






Bayangkan dengan sikap sebegini, adakah orang ramai akan lebih menyokong pemandu teksi di Malaysia? Malah, para pemandu teksi lain juga turut menerima akibat daripada sebilangan mereka ini. 

Ingat, apa yang kita lakukan, ia akan mencerminkan diri kita dan berbalik semula kepada diri kita. 

Seharusnya mereka ini cuba memperbaiki khidmat dengan lebih baik dan juga jangan sesekali lupa rezeki itu datangnya dari tuhan bukannya disebabkan GrabCar maka rezeki mereka menjunam. - CARI Infonet
16

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missDollie 15-4-2016 12:15 PM
Bukan kena bayar online dulu ke baru grabcar datang pick up?
Quote kentel 15-4-2016 12:23 PM
missDollie replied at 15-4-2016 12:15 PM
Bukan kena bayar online dulu ke baru grabcar datang pick up?

not sure...yg ai sure, Uber dia link dgn cc...
Quote abamgemuk 15-4-2016 12:40 PM
jahat betul teksi2 ni pedajal org.
Quote Artemesiaa 15-4-2016 12:42 PM
Kejinya perangai bukan nak fikir macam mana boleh bagi perkhidmatan lebih baik dari yang uber tawarkan.  Kalau macam ni le mentalitinya sampai bila pun tak selesai masaalah.  Kuat berdendam merosakan diri sendiri juga akhirnya.
Quote dewi 15-4-2016 01:00 PM
missDollie replied at 15-4-2016 12:15 PM
Bukan kena bayar online dulu ke baru grabcar datang pick up?

uber bayar online
grab car leh pilih nak teksi ke nak car , teksi1m, teksi premier ( and payment method boleh cash)

Quote barfi 15-4-2016 01:15 PM
Setakat ni aku tak pernah lagi kena pedajal tahap teruk naik taxi di KL
Quote missDollie 15-4-2016 01:38 PM
Edited by missDollie at 15-4-2016 05:41 AM
dewi replied at 15-4-2016 05:00 AM
uber bayar online
grab car leh pilih nak teksi ke nak car , teksi1m, teksi premier ( and payment ...


Oic..thanks for the info..tapi niat nak mendajalkan grabcar ni memang keji..siap nak tores lagi apahal...nampak sangat samseng..
Quote cemp 15-4-2016 02:58 PM
laki aku merengek rengek nak wat part time grab car ni aku wat dek je..macam2 alasan aku bagi..sape tak sayang laki wey..aku ni mikir negativ dulu dari positif..
Quote ramaramu 15-4-2016 03:13 PM
nak aje aku carut bila baca betapa busuknya hati org yg nak mendajal uber or grab ni.. walhal korg yg servis hauk nak mampos.. dasar penipu.. ko ingt org semua bodo macam ko??? cilahant!
Quote prettyuglybabe 15-4-2016 03:25 PM
semoga yang bagi cadangan jahanam tu mereput dalam teksi masing-masing
Quote AisyDani13 15-4-2016 03:32 PM
kot yer pun marah nau kat GRABCAR tu..
xmaulah sampai gitu gayanya
Quote Saleh83 15-4-2016 04:31 PM
cemp replied at 15-4-2016 02:58 PM
laki aku merengek rengek nak wat part time grab car ni aku wat dek je..macam2 alasan aku bagi..sape  ...

dia nak lain kot...

Quote manehnya 15-4-2016 04:47 PM
baru ja pikir nk guna uber............

nengok cenggini rupa perangai teksi dreber takut la aku
Quote red_cattleya 15-4-2016 05:31 PM
ramai yg tak guna meter..bila sampai terus hulur duit ikut meter jgn tanya klu tanya kompom bukan harga tu dah
Quote giyomi 15-4-2016 05:45 PM
Baru tau panas ponggong, cilanat punyer teksi, selama ni menipu tak sedar lak. Bwk tak pki meter, org tahan tak berhenti, nak amik pelancong jer khennn, skrng nak bising watper. Mmg bajingan kebanyakkan pemandu teksi di Malaysia. Gara2 mereka ni gak, pemandu2 teksi yg baik turut terpalit.
Quote mizzmimi 15-4-2016 06:13 PM
kalau dah service cam lahanat
menipu tambang, tak pakai meter
pegi nusajaya pun minta tambang lebih sekali ganda
alasan susah dapat customer eeii bingainya
Quote saladin780 16-4-2016 04:06 AM
kesialan drebar taxi terserlah..makin la org boikot ko setan
Quote UmbrellaCorps 16-4-2016 12:27 PM
mostly yg pakai uber, grabcar ni expats, sebab diorg pun tau judge mana yg lebih eficient..
Quote bunnyhoney 16-4-2016 11:50 PM
Boikot teksi

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079982 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top