CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai 1 Jun Kadar Minimum Mas Kahwin RM100 Di Melaka

6-4-2016 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3399| Komen: 1

Description: Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menaikkan kadar minimum mas kahwin bagi seluruh negeri Melaka daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa 1 Jun ini.



sumber foto: http://vectorise.net/


Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menaikkan kadar minimum mas kahwin bagi seluruh negeri Melaka daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa 1 Jun ini.



Selain itu, kadar upah nikah wali hakim turut dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, kata MAIM dalam kenyataannya hari ini.


Kadar upah nikah pegawai syarak juga ditambah daripada RM100 kepada RM150 berdasarkan pembahagian berikut imam 1 daripada RM30 kepada RM50, imam 2 daripada RM25 kepada RM35, imam 3 daripada RM15 kepada RM25, bilal daripada RM15 kepada RM20, dan noja (penyelenggara masjid) daripada RM15 kepada RM20.


MAIM melalui mesyuarat pada 28 Disember 2015 memutuskan kadar bayaran upah nikah bagi jurunikah, upah nikah wali hakim dan mas kahwin diselaraskan bagi semua masjid seluruh negeri Melaka.



Difahamkan, kadar bayaran upah nikah antara sesebuah masjid di Melaka berbeza hasil kajian selidik Jabatan Agama Islam Melaka.- CARI Infonet



sumber berita : www.bernama.com
7

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 5-4-2016 11:28 PM
murah nya harga cekpit cikki melaka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038837 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top