CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hard Rock Cafe Melaka ?

9-1-2013 10:34 AM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 3522| Komen: 14

Description: SEKTOR pelancongan Melaka dijangka akan menerima kesan positif apabila sebuah kafe bertaraf antarabangsa, Hard Rock Cafe (HRC), memulakan operasinya di Banda Hilir Februari depan. HRC Melaka, cawangan ...


SEKTOR pelancongan Melaka dijangka akan menerima kesan positif apabila sebuah kafe bertaraf antarabangsa, Hard Rock Cafe (HRC), memulakan operasinya di Banda Hilir Februari depan. HRC Melaka, cawangan ketiga jenama popular ini selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dikatakan bakal menjanjikan pengalaman unik dan berbeza daripada HRC yang lain.

Ikuti laporan wartawan M JEFFRI RAZALI, SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN & AMRAN ALI berhubung pembukaan kafe terkemuka di negeri pelancongan ini. Mengambil sempena lokasinya di bandaraya
bersejarah ini, HRC Melaka bakal menjadi kafe HRC pertama yang menawarkan makanan popular Melaka seperti asam pedas, cendol, char kue tiau dan ais kacang di dalam menunya.

Malah, bagi Pengurus Besar HRC Melaka, Anderson Kandiah, keunikan dan kelainan inilah yang diyakini bakal menjadi antara faktor yang akan menarik minat pengunjung, sekaligus turut menyumbang kepada jumlah ketibaan pelancong di Melaka.

“Selain menjanjikan kepuasan kepada pengunjung serta membawa konsep makanan dan hiburan ke satu tahap baru di Melaka, saya percaya HRC Melaka akan dapat berjalan seiring dalam membantu
merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menarik lebih pengunjung, terutama pelancong luar, ke Melaka.

"Sebagai contoh, seorang di Amerika Syarikat yang melayari laman web HRC secara tidak langsung akan tahu mengenai Melaka. Mungkin selama ini mereka tidak pernah mendengar nama Melaka tetapi dengan adanya HRC, nama Melaka akan dibawa ke serata dunia.

“Dalam aspek ini, kita di HRC Melaka merasa amat teruja kerana selain membawa jenama HRC ke Melaka kita juga akan menjadi sebahagian dari pemain industri pelancongan, yang mana bagi saya
adalah sebagai membayar balik sokongan padu yang diberikan Kerajaan Negeri kepada kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tapak HRC Melaka, di sini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote perang_saudara 8-1-2013 11:16 PM
edisi spammer kumpul tacang untuk elak level beginner
Quote lavalagila 8-1-2013 11:17 PM
perang_saudara posted on 8-1-2013 11:16 PM
edisi spammer kumpul tacang untuk elak level beginner

terdesak bang...
Quote lasagnaklcc 8-1-2013 11:18 PM
Bukan dah ada ke kedainya
Quote lasagnaklcc 8-1-2013 11:18 PM
Owh spammer rupanya
Quote wafeenaulia 8-1-2013 11:19 PM
layankan ajela
Quote kelapad 8-1-2013 11:24 PM
tolong jangan post off-topic di thread saya
kalau nak berborak, pergi berborak di tempat lain

tq
Quote R2D2 8-1-2013 11:24 PM
TT dh melepasi tahap beginner
credits +1
Quote zorrro_03 8-1-2013 11:35 PM
Gigih mcm babi sondol tanah.   Spammer tak tahu ke tindakan ni nampak sgt hina. Dan memalukan.  
Quote piringterbang 9-1-2013 12:04 AM
hehehehe kutip dulu
+1
Quote airfilterkotor 9-1-2013 12:27 AM
(spammer) siap sound orang balik tu yang tak tahan.
Quote apitkl 9-1-2013 12:41 AM
gilalah siap sound 2........kutip kcg dulu
Quote rebecca_nur 9-1-2013 01:19 AM
Kutip tacang?
Quote rebecca_nur 9-1-2013 01:21 AM
oh kutip tacang jugak lahhhh
Quote cupin_cipin 9-1-2013 01:29 AM
cayalah
ni barulah dikatakan negeri maju
rakyat melaka dah boleh makan nasi berlaukkan asam pedas ikan parang + sambal belacan sambil teguk beer, vodka, wine & oth liquor
kalau tak selama ni asik asik makan nasi dgn air sirap jer

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.228730 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top