CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melaka Maju: Bas Elektrik Mulai 2014

17-12-2013 04:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4444| Komen: 17

Description: Beliau Berkata Pada Masa Ini Syarikat Berkenaan Sedang Melakukan Kajian Peringkat Akhir Bagi Menentukan Laluan Paling Sesuai Serta Kadar Tambang Berpatutan Bagi Perkhidmatan Bas Elektrik Yang Pertama ...

Gambar hiasan


Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pada masa ini syarikat berkenaan sedang melakukan kajian peringkat akhir bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Berbanding penggunaan bas diesel syarikat itu pada masa sekarang, Idris yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat.

"Kos permulaan bas elektrik ini agak besar, tetapi saya percaya dengan penjimatan yang kita dapat dengan guna bas elektrik ini akan mendatangkan pulangan jangka panjang kepada kita," katanya kepada Bernama di Melaka hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit memandu uji sendiri bas elektrik itu di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini yang turut disertai wartawan Bernama, pegawai kanan kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.

Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.

4

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unhas 16-12-2013 11:25 PM
baguslah camni. katanya mengamalkan green technology.sesuai lah tu.
Quote airfilterkotor 16-12-2013 11:45 PM
Beliau berkata pada masa ini syarikat berkenaan sedang melakukan kajian peringkat akhir bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Masa dulu pun, sebelum monorel Melaka nak di bina, ayat yang sama gak macam di atas kann....?
Quote Anak_Nogori 16-12-2013 11:48 PM
lahabau2 Melaka pun dah nak buat Bus Letrik..Selangor Penang bila lagi?.
Quote BurningTimes 16-12-2013 11:48 PM
Jangan sembang kencang sudah dik, katanya mahu maju bagai.
Quote pakwetizzaqyah 17-12-2013 12:22 AM
kandang kambing elektrik ok?
Quote debab_78 17-12-2013 12:25 AM
tgh bcuti di melaka... ni jujur aku ckp, melaka dh jauh berubah... cantik n bersih.... Last edited by debab_78 on 17-12-2013 12:31 AM

Quote BurningTimes 17-12-2013 12:29 AM
debab_78 posted on 17-12-2013 01:25 AM
tgh bcuti melaka... ni jujur aku ckp, melaka dh jauh berubah... cantik n bersih....

Akak naik tak cruise dekat menara taming sari, airnya busuk lagi tak? Bersih dah? Haritu akak naik cruise, airnya bau macam kandang babi, lagi busuk dari jamban rumah akak.

Quote pyropura 17-12-2013 01:54 AM
Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam....

...45 km/j dengan bas? even naik keta dengan 70/jam pun rasa slow giler....



Quote dugongCute 17-12-2013 01:57 AM
Jgn jd kes airport sudah.. gudlak melaka apapun kita sokong je sbb baek tuk alamsekitar
Quote mertzxx 17-12-2013 12:54 PM
pyropura posted on 17-12-2013 01:54 AM
...45 km/j dengan bas? even naik keta dengan 70/jam pun rasa slow giler....

Yang ni aku kompius. Slow sgt kot. Kalau dlm KL ok gak lah. Tapi kalau kat MLK.
Lagi satu biarlah bas ni yg berkualiti.
Quote hyie 17-12-2013 01:10 PM
BurningTimes posted on 17-12-2013 12:29 AM
Akak naik tak cruise dekat menara taming sari, airnya busuk lagi tak? Bersih dah? Haritu akak naik ...

kan noks, sungai dia very the...oopsss gittew
Quote purpledesire 17-12-2013 01:11 PM
dah lame tak balik Melaka..
Quote tekken 17-12-2013 01:49 PM
BurningTimes posted on 17-12-2013 12:29 AM
Akak naik tak cruise dekat menara taming sari, airnya busuk lagi tak? Bersih dah? Haritu akak naik ...

yayayaya...
busuk giler hokayyyy
kalau bot kat sebelah lalu..
air akan terpercik....busuk ya amatttt

Quote ex_klia 17-12-2013 02:14 PM
Ala kat depoh aku pun dah 2 bijik elektrik bus sampai 4 bulan lepas cume belum lagi operasi. Untuk BRT sunway je electric bus tu pun.... Idris Haron KM Melaka yang baru ni ok sikit la bab teknologi dan pembangunan....dah nama pun bekas jurutera kan???? mesti more advance pasal menda2 ni
Quote ex_klia 17-12-2013 02:21 PM
Kalau taknak busuk air sungai tu kene buat base konkrit, tak cukup benteng konkrit kiri kanan...so lantai sungai pun kene konkrit gak....then air kumbahan dari rumah2 or premis2 tu kene disalurkan dulu ke saliran loji rawatan air kumbahan sebelum dilepaskan terus ke sungai....air sungai yang ada tu gunakan aja air laut yang masuk dari hilir sungai....then buat pintu air kat belah hulu sungai untuk pisahkan antara air tawar dan air masin dari terus bercampur...cara yang Singapura guna pakai untuk sungai dorang macam ni la weh...hehehehe jangan mara ehhhh
Last edited by ex_klia on 17-12-2013 02:25 PM

Quote pyropura 17-12-2013 08:29 PM
mertzxx posted on 17-12-2013 12:54 PM
Yang ni aku kompius. Slow sgt kot. Kalau dlm KL ok gak lah. Tapi kalau kat MLK.
Lagi satu biarla ...


..exactly, 45 km/j tu kelajuan masa trafik jem kat highway je tuh...memang slow sangat utk sebuah bas yang besar...
Quote R.A.M.A_mirror 19-12-2013 11:57 AM
da name pon bas sambung2... 45 km/hr tue i boleh accept laa..janji sejuk selesa kt dalam bus tue..
watpe bawak laju2 klow ad byk stop..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.190132 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top