CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkhidmatan Percubaan Bas Elektrik Di Melaka Rabu Ini !

7-1-2014 03:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4329| Komen: 3

Description: Katanya, Bas Yang Beroperasi Di Bawah Anak Syarikat Kerajaan Negeri Panorama Melaka Sdn. Bhd. Akan Melalui Kawasan Bersejarah Dan Tarikan Pelancong Di Bandar Hilir Seperti Bangunan Stadhuys, Dataran P ...

MELAKA - Melaka akan memulakan perkhidmatan percubaan bas elektrik di Bandar Hilir selama tiga bulan bermula Rabu ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, tiada sebarang bayaran dikenakan sepanjang tempoh percubaan sebagai promosi kepada pengguna di samping untuk mengkaji laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan.

Katanya, bas yang beroperasi di bawah anak syarikat kerajaan negeri Panorama Melaka Sdn. Bhd. akan melalui kawasan bersejarah dan tarikan pelancong di Bandar Hilir seperti Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana.

"Apabila kita dapat laluan yang sesuai, kita terus tentukan berapa unit bas yang kita akan gunakan di masa depan. Buat masa ini kita mula dengan sebuah dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas memandu uji bas tersebut di Seri Negeri di sini hari ini.

Idris berkata, bas yang mengguna pakai teknologi hijau daripada China itu boleh bergerak sejauh 300 kilometer sebelum perlu dicas semula serta ia boleh memuatkan maksimum 60 penumpang pada satu-satu masa.

Ia berharga RM1.35 juta sebuah, katanya.

"Kerajaan negeri juga akan mewujudkan polisi yang mana kenderaan yang menggunakan teknologi hijau akan dibenarkan merentasi kawasan warisan terutamanya di hadapan Kota Porte de Santiago (A-Famosa) dan juga bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan,” kata beliau. 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shogun77 6-1-2014 04:39 PM
tarif elektik naik, harga minyak pon naik..
tambang jdi double kah?

bas solar?
Quote tongkatwaran75 6-1-2014 09:26 PM




Quote batmana 6-1-2014 10:28 PM
ptut panggil sultan melaka rasmikn.
xpun offer keje driver kt dia, msti dia sanggup..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.208578 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top