CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melaka Kurang Anggota Polis

19-12-2013 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4083| Komen: 4

Description: Menurutnya, Sasaran Kedatangan Pelancong Mencecah 14 Juta Tahun Ini Selain Pertambahan Secara Berganda Pada Cuti Persekolahan, Jelas Memberi Cabaran Besar Kepada Polis.
                                                      
Ghee Lye menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Umar kepada Mohamad di Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah, semalam.                                                                                                                                   
 ALOR GAJAH – Selari bergelar negeri pelancongan, Polis Melaka memerlukan pertambahan anggota bagi memastikan tahap keselamatan di negeri ini terus terjamin.
       
Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, setakat ini, seramai 2,400 pegawai dan anggota polis bertugas di Melaka, jumlah yang tidak mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan negeri.
       
Menurutnya, sasaran kedatangan pelancong mencecah 14 juta tahun ini selain pertambahan secara berganda pada cuti persekolahan, jelas memberi cabaran besar kepada polis.
       
“Di Melaka setiap tahun jumlah penduduk meningkat. Walaupun tak sampai sejuta tetapi apabila cuti negeri ini dipenuhi pelancong dua kali ganda.
       
“Bagaimanapun, perjawatan setiap negeri berdasarkan jumlah penduduk yang ada. Harapan kerajaan negeri adalah sangat tinggi mahu melihat Melaka menjadi negeri berlaku jenayah paling rendah,” katanya.
       
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Alor Gajah di Ibu Pejabat Polis daerah di sini, semalam.
       
Gee Lye berkata, kira-kira 20 polis pelancong bertugas mengendalikan tahap keselamatan pengunjung di Melaka selain seseorang anggota dibebani dengan pelbagai tugasan rentetan perjawatan tidak mencukupi.
       
Bagaimanapun, Melaka terus mencatatkan jenayah indeks di bawah 12 peratus selain mengharapkan masyarakat bersama-sama membantu mencegah jenayah.
       
Terdahulu, Superintendan Mohamad Laham menjadi Ketua Polis Daerah menggantikan Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin yang akan menggalas tanggungjawab selaku Komandan Pusat Latihan Polis Pasukan Gerakan Am Briged Utara, Ulu Kinta, Perak.
       
Sementara itu, Mohamad sebelum ini bertugas Pegawai Turus Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang menggantikan Umar yang pernah bertugas selama tujuh tahun di daerah berkenaan.
       
“Terima kasih di atas segala kerjasama dan sifat tanggungjawab menjalankan tugas semasa bersama saya. Mohon maaf di atas segala kesilapan sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini,” kata Umar.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 19-12-2013 12:15 PM
Melaka darul pedo tak perlukan bapak2 polisi. Aman aman adja dibumi hang tuah ini
Quote hzln 19-12-2013 12:21 PM
ya lah mana nak cukup utk jaga keamanan..buat poco2 depan pelancong lebih penting dari jaga keamanan


SEBAHAGIAN pelancong yang menyaksikan persembahan tarian poco-poco oleh sekumpulan polis pelancong pada program ramah mesra polis dengan orang awam di Melaka, kelmarin. – Gambar GAIE UCHEL
Quote Kassim_Patalon 19-12-2013 12:27 PM
melaka darul tak cukup
Quote asher 19-12-2013 12:36 PM
kalo x ckup amik jer la rekrut baru..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047239 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top