CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1326|Reply: 1

[Tempatan] Kadar minimum mas kahwin RM100 mulai 1 Jun di Melaka

[Copy link]
Post time 5-4-2016 11:19 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menaikkan kadar minimum mas kahwin bagi seluruh negeri Melaka daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa 1 Jun ini.

Selain itu, kadar upah nikah wali hakim turut dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, kata MAIM dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Kadar upah nikah pegawai syarak juga ditambah daripada RM100 kepada RM150 berdasarkan pembahagian berikut imam 1 daripada RM30 kepada RM50, imam 2 daripada RM25 kepada RM35, imam 3 daripada RM15 kepada RM25, bilal daripada RM15 kepada RM20, dan noja (penyelenggara masjid) daripada RM15 kepada RM20.

"Jabatan Agama Islam Melaka telah membuat kaji selidik berhubung perkara ini dan mendapati kadar bayaran upah nikah antara sebuah masjid dengan sebuah masjid lain di Melaka adalah berbeza.

"Sehubungan itu, MAIM melalui mesyuarat pada 28 Dis 2015 memutuskan supaya kadar bayaran upah nikah bagi jurunikah, upah nikah wali hakim dan mas kahwin diselaraskan bagi semua masjid seluruh negeri Melaka," kata MAIM.

Mereka yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan oleh MAIM. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 11:28 PM | Show all posts
murah nya harga cekpit cikki melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.116889 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list