CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budak Kecil Digilis Oleh Van Tanpa Kecederaan, Sebabnya.....

17-3-2016 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6748| Komen: 8

Description: Yang paling menghairankan, budak itu selepas saja digilis oleh van, dia terus bangun. Setelah jalan beberapa langkah sambil mencangkung dan beberapa saat kemudian berdiri semula, menerusi gaya berjala ...

Oleh : TS LOO


Seorang budak berumur 4 tahun digilis oleh sebuah van, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut rata-rata beranggapan budak terbabit sekurang-kurangnya mesti mengalami kecederaan yang parah, namun berlakunya keajaiban di mana budak itu kelihatan bangun dengan sendiri. 



Paparan visual menunjukkan dua orang budak sedang bermain kerja-mengejar, sebuah van bergerak ke arah salah seorang budak dari belakang dan melanggarnya jatuh serta menggilis badan budak dari buntut sehingga ke kepala. 


Van berkenaan bukan sahaja tidak perlahankan atau menghentikan vannya, sebaliknya terus memandu meninggalkan tempat itu.


Yang paling menghairankan, budak itu selepas saja digilis oleh van, dia terus bangun. Setelah jalan beberapa langkah sambil mencangkung dan beberapa saat kemudian berdiri semula, menerusi gaya berjalannya jelas kelihatan kakinya hanya mengalami kecederaan yang ringan. 


Menurut laporan media di China, tempat kejadian adalah di Jambatan Rainbow Lorong JiangPu, kawasan Pukou, Nanjing, waktu kejadiannya adalah pada kira-kira 5 petang Rabu lalu. Saksi keseluruhan kejadian merupakan kakak kepada budak berkenaan. 


Ketika itu, setelah menyaksikan adiknya digilis oleh kereta van, kakak dengan segera melarikan ke kedai yang berhampiran untuk beritahu ibu bapa kejadian yang berlaku ke atas adiknya.


Justeru ibu bapa pun mengejar van tersebut, mujurnya tidak jauh dari kawasan itu terdapat lampu isyarat yang kebetulan pemandu van itu sedang berhenti akibat lampu merah, kemudian ibu bapa terbabit menghalang van itu dan membuat laporan polis.


Pada awalnya, ibu bapa budak itu ingat anaknya hanya mengalami kecederaan yang ringan sahaja, setelah menonton semula rakaman video CCTV, baru terkejut yang mana anaknya dilanggar dan digilis oleh van itu.


Siasatan lanjutnya masih sedang dijalankan. Menurut apa yang dikatakan oleh pemandu van terbabit ketika itu dia tidak nampak langsung budak itu, dia ingat vannya bergerak dalam keadaan terumbang-umbing hanya kerana melalui atas penutup longkang.



Kenapa Budak Itu Dapat Bangun Dengan Sendiri Biarpun Dilanggar
Menurut laporan, doktor yang merawat budak itu berkata, budak tersebut kelihatan dalam keadaan sedar diri, tiada berlaku patah tulang dan berdarah pada tengkorak kepala, cuma hanya tercalar pada kulit kepala, terdapat 8cm dan 2cm luka pada bahagian belakang kepala dan doktor telah bersihkan serta siap menjahitnya.
 

Penolong pengarah Unit Rawatan Kecemasan Kanak-kanak di Nanjing Hospital, Doktor Li Zhou setealh melihat visual kejadian, berpendapat berkemungkinan besar budak tersebut berpakaian agak banyak, dan bahagian yang digilis juga merupakan bahagian yang padat dan berisi, seperti bahagian punggung, belakang badan dan bahagian kanan bahu. Jika digilis pada bahagian muka, maka akibatnya pasti teruk. 

Selain itu, salah satu sebab juga kerana tiada barangan dalam van, berat keseluruhan van ketika itu hanya 1 tan sahaja. - CARI Infonet



15

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 17-3-2016 06:45 PM
aku nk kna gilis klo selmt cmni.kekeke.gurau je
Quote idril 17-3-2016 09:19 PM
Mmg miracle..... di cina mcm2 perkara boleh jadi
Quote pendrive 18-3-2016 12:44 AM
kesiannya budak tu..mujur takde apa
Quote bunnyhoney 18-3-2016 02:27 AM
Ini bukan ke cerita lama??
Quote barfi 18-3-2016 08:17 AM
idril replied at 17-3-2016 09:19 PM
Mmg miracle..... di cina mcm2 perkara boleh jadi

A'ah.

Budak tersepit dinding la.. macam2 jadik di china.
Quote irwansuhadi 18-3-2016 09:52 AM
kenapa banyak sangat insiden macam gampang ni kat China? Aku tak bleh blah ....
Quote Artemesiaa 18-3-2016 03:13 PM
Nasib merata2 kat sana ada cctv siapa2 yang buat kesalahan lalulintas memang susah nak pusing citer sebab rakamannya ada
Quote dusunmind 19-3-2016 05:25 PM
ngeri plak tengok video tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050450 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top