CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cheng Beng - Tradisi Orang Cina Untuk Memperingati Leluhur

24-3-2016 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12419| Komen: 28

Description: Cheng Beng lebih dikenal dalam bahasa Hokkien bermaksud terang dan cerah, juga disebut Qing Ming dalam bahasa Mandarin merupakan hari penting dalam budaya dan tradisi kaum Tionghua untuk menghormati p ...


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://2.bp.blogspot.com/


Cheng Beng lebih dikenal dalam bahasa Hokkien bermaksud terang dan cerah, juga disebut Qing Ming dalam bahasa Mandarin merupakan hari penting dalam budaya dan tradisi kaum Tionghua untuk menghormati para leluhur dan sanak keluarga yang meninggal dunia setiap tahun.

Doa dan upacara sembahyang dilakukan kepada yang sudah meninggal dunia meskipun bukan keluarga sendiri. Tahun ini, Hari Cheng Beng jatuh pada 4 April dan upacara sembahyang boleh dilakukan awal 10 hari atau lewat 10 hari dari tarikh 4 April.


sumber foto: http://www.theworldofchinese.com/


Sepanjang tempoh Hari Cheng Beng, masyarakat Cina akan ziarah ke tapak perkuburan semestinya dengan pembersihan kubur dan mengecat semula tulisan nama yang diukir pada batu nisan serta menambahkan tanah baru pada kubur yang sudah lama. 

Anak lelaki wajib melakukan segala penghormatan dan memberi wang sewa tanah kubur dan pembersihan kubur namun anak perempuan yang sudah berkahwin masih digalakkan menjalankan segala tanggungjawab ini.


sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/


Pada hari ini, kawasan tanah kubur yang berkurangan menyebabkan ramai masyarakat Tionghua memilih meletakkan abu mayat di kuil-kuil namun Hari Cheng Beng tetap dilakukan di kuil dengan penuh penghormatan. Upacara sembahyang khas juga dilakukan oleh sami-sami sepanjang bulan Cheng Beng dengan bacaan doa.

Tradisi yang murni ini diteruskan setiap tahun. Pembacaan doa ditujukan kepada Dewa Bumi (Thu Thi Kung) yang menyatakan bahawa pihak keluarga sudah datang ke makam leluhur untuk bersembahyang. 

Selepas itu, ia diikuti dengan upacara pemujaan kepada patung Dewa Penjaga Kubur Tertentu (Hou Tu Shen) yang terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. 


sumber foto: http://2.bp.blogspot.com/


Duit kertas putih dan duit kertas kuning diletakkan di atas tanah kubur Cina sebagai tanda simbolik pemberian duit kepada nenek moyang dan menandakan tanah kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh keturunannya.

Sembahyang dengan membawa pelbagai juadah berbeza yang mengandungi kuih muih, buah-buahan dan makanan sayuran dan yang penting kertas sembahyang berwarna emas dan perak dibakar untuk menerangi roh leluhur serta pakaian kertas juga dibakar untuk disedekahkan kepada leluhur.


sumber foto: http://www.indonesia.travel/


Kaum Tionghua mempercayai jika membudayakan Cheng Beng ini, kebaikannya adalah menghormati orang tua selagi mereka masih hidup dan tetap menghargai jasa dan pengorbanan mereka walaupun mereka sudah tiada lagi.

Erti pengorbanan memang tidak ada nilainya dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit apatah lagi jika berkorban untuk bangsa dan negara. 

Salam takziah kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban di Lahad Datu. Jasa mereka tiada nilainya dan dikenang selamanya. - CARI Infonet



19

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 24-3-2016 06:49 PM
tradisi bodoh ni patut dihapuskan      
Quote pearl.silver 24-3-2016 06:57 PM
Saya rasa reporter cari sgt cepat berasimilasi dgn bhs forum..
Tahniah..
Quote mbhcsf 24-3-2016 07:25 PM
may i ask you something , dalam perayaan kebudayaan masyarakat Cina , saya kerap nampakbuah limau - may i ask , apa signifikan buat limau dalam perayaan atau upacara tertentu ?

dan i asked my CHinese colleague from china -  dia ni  dari PRC dan speaks mandarin well ya, mana buah limau - masa Chinese new year lepas ...saja bercanda je, dia terkebil kebil - sebab dia kata  oh ada buah limau ka? sebab dia pun sambut dan dia kata no oranges...ni bukan merujuk pada buah limau jenis mandarin tapi juga satsumas etc etc . so i berkongsi pengalaman yg perayaan di malaysia ada  macam satu  perkaitan rapat antara limau dan Chinese new year ...dan ang pau ...u know that sorts , dia macam  hmm...hmm gitu

so , ada perbezaan dari segi praktis masyarakat Cina Malaysia or SEA in general compared to your Mainland Chinese counterparts ? atau i cakap dengan generasi Y yg hidup bawah pengaruh dasar liberal komunis China yg tak amalkan ini ke? or macam mane?

ada pengaruh budaya atau kelainan ke?

Quote dani-rox 24-3-2016 07:45 PM
Salam takziah kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban di Lahad Datu. Jasa mereka tiada nilainya dan dikenang selamanya.


Ha'ah kan... hari ni genap 3thn berakhirnya krisis Lahad Datu. Semoga semua wira2 negara kita tenang dan aman damai di sana.
Quote PenangWin 24-3-2016 08:25 PM
Edited by PenangWin at 24-3-2016 08:27 PM

清明时节雨纷纷
路上行人欲断魂
接问酒家何处有?
路童遥指杏花村

香蕉无骨妖暗干
Quote PenangWin 24-3-2016 08:30 PM
puisi yg berkenaan dgn Cheng Beng 清明
Quote mbhcsf 24-3-2016 08:50 PM
PenangWin replied at 24-3-2016 08:30 PM
puisi yg berkenaan dgn Cheng Beng 清明

ade han yin pin yin version , tak ?

Quote sekngucing 24-3-2016 08:53 PM
ooo perayaan ni rupanya yg ada bendera kecil di tepi tepi jalan tu dia cucuk
selalu nampak masa di kedah
di kl ni pun ada nampak
Quote suefai 24-3-2016 09:10 PM
qingming shijie yu fenfen
lushang xingren yu duan hun
jie wen jiujia he chu you?
lu tong yao zhi xing hua cun

xiangjiao wu gu yao an gan
Quote mbhcsf 24-3-2016 09:47 PM
suefai replied at 24-3-2016 09:10 PM
qingming shijie yu fenfen
lushang xingren yu duan hun
jie wen jiujia he chu you?

so what is the word for word translation ?





Quote PenangWin 24-3-2016 10:45 PM
sekngucing replied at 24-3-2016 08:53 PM
ooo perayaan ni rupanya yg ada bendera kecil di tepi tepi jalan tu dia cucuk
selalu nampak masa di  ...

yup. bendera tu ada maknanya
Quote HannahMontana 24-3-2016 10:45 PM
suefai replied at 24-3-2016 09:10 PM
qingming shijie yu fenfen
lushang xingren yu duan hun
jie wen jiujia he chu you?

ming ming bai bai wo de xin



Quote PenangWin 24-3-2016 10:48 PM
mbhcsf replied at 24-3-2016 09:47 PM
so what is the word for word translation ?

masa cheng beng, hujan renai2
org dlm perjalanan amat sedih
tumpang tanya dimana ada hotel?
budak tepi jln menuding ke arah kampung bernama "xing hua"
Quote ChildrenOfBodom 24-3-2016 10:49 PM
mbhcsf replied at 24-3-2016 07:25 PM
may i ask you something , dalam perayaan kebudayaan masyarakat Cina , saya kerap nampakbuah limau -  ...

foods served as an offering to the ancestors. use in prayer etc. different foods carries different symbolism. i.e oranges for good fortune, wealth...

right or not? @spiderman80
Quote spiderman80 24-3-2016 11:05 PM

https://www.youtube.com/watch?v=HvnjyFHhysk

Lagu Jackie Chan....best lagu tu.
Quote spiderman80 24-3-2016 11:06 PM
ChildrenOfBodom replied at 24-3-2016 10:49 PM
foods served as an offering to the ancestors. use in prayer etc. different foods carries different ...

Ya....






Quote HannahMontana 24-3-2016 11:12 PM
spiderman80 replied at 24-3-2016 11:05 PM
https://www.youtube.com/watch?v=HvnjyFHhysk

Lagu Jackie Chan....best lagu tu.

I dedicate this song for u  lah
Quote spiderman80 24-3-2016 11:16 PM
HannahMontana replied at 24-3-2016 11:12 PM
I dedicate this song for u  lah

Sweetnya sayang!! I lup you!!
Quote HannahMontana 24-3-2016 11:20 PM
spiderman80 replied at 24-3-2016 11:16 PM
Sweetnya sayang!! I lup you!!

I mop u too .....,everytime *Big Time

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.354700 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top