CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berjalan Megah Lelaki Ini Dengan Baju Melayu Iring Ratu Elizabeth

18-3-2016 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6980| Komen: 9|Original author: otomatic_prince

Description: Memakai baju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II
Oleh Izzah Abbasy

Bangganya apabila seorang rakyat Malaysia, Kishva Ambigapathy telah menggayakan pakaian tradisional bangsa Melayu, iaitu baju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London baru-baru ini.

Hari lahir ratu pemerintah United Kingdom ini sebenarnya jatuh pada setiap tanggal 21 April, namun upacara ini merupakan sebahagian daripada perayaan tersebut yang diadakan pada setiap tahun.

Foto yang dikongsikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu menunjukkan Kishva berjalan megah sambil memegang cokmar diraja.

Cokmar lazimnya digunakan dengan dibawa berarak ketika memulakan sesebuah perjalanan majlis rasmi bagi menggambarkan tahap tinggi simboliknya upacara tersebut.

Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, sebuah pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Beliau malah menzahirkan perasaan teruja dengan pemilihannya itu dan berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak yang diberikan terhadap dirinya.

Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu.

Kalau Kishva berbangsa India, bangga dengan menggayakan baju Melayu, tapi orang kita pula beralih arah kepada jubah hipster. Tak bangga kot baju Melayu sebenarnya boleh dipakai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Syabas Kishva memperkenalkan baju Melayu di mata dunia! - CARI Infonet






35

Bagus
20

Marah
8

Terkejut
22

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 18-3-2016 01:43 PM
pergh!!!hebat
Quote Esmiria 18-3-2016 04:08 PM
dn melayu trus rosk.
Quote Levespa 18-3-2016 04:41 PM
Kalau persalinan songket dengan tengkoloknya sekali lagi segak
Quote Clover_Hill 18-3-2016 04:47 PM
Charles mana..?Takde plak dalam perbarisan itu.

Apakah itu tandanya william bakal heirs to the throne after the Queen bye bye?
Quote Nokiaman 18-3-2016 06:15 PM
wakakakaa.jadik Barua pon Melayu nak megah nak mamposss..
wakakakakakakakakakakkaakkkaa
Quote manjalara_01 18-3-2016 08:05 PM
Levespa replied at 18-3-2016 04:41 PM
Kalau persalinan songket dengan tengkoloknya sekali lagi segak

stuju.....mana pegi tengkoloknye?...eheheheh...
nasib baik die x pakai jubah hipster..kalau x sure teruk kena hencap netizen...
Quote misscendol 19-3-2016 11:52 AM
Lawaknye bace komen sorang tu. At least die berpeluang iring queen elizabeth. Kau hado????
Quote Nham22 20-3-2016 07:21 AM
Adohhh carikla yg sado elok sikit tegap bawak bende tu....
Quote iznanaziz 21-3-2016 12:09 PM
Levespa replied at 18-3-2016 04:41 PM
Kalau persalinan songket dengan tengkoloknya sekali lagi segak

aku pun rasa bangga
kalau ada songkoknya sekali...lagi best

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063051 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top