CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Melancong Sambil Bergambar, Dibayar RM8000 Seminggu

4-3-2016 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6001| Komen: 4

Description: Syarikat yang menyediakan khidmat sewa rancangan televisyen dan filem, Netflix, baru-baru ini telah bekerjasama dengan Instagram, dalam usaha mencari jurukamera yang minat melancong, dengan bayaran up ...


Oleh : TS LOO

sumber foto : google image



Adakah anda seorang yang gemar ambil gambar dan dimuatnaikkan ke laman sosial media Instagram untuk dikongsikan? Tambahan lagi adakah anda juga seorang yang suka melancong? Kalau betul, anda mempunyai ciri-ciri seperti yang tersebut di atas, wajarlah anda teruskan membaca tulisan selanjutnya.

Syarikat yang menyediakan khidmat sewa rancangan televisyen dan filem, Netflix, baru-baru ini telah bekerjasama dengan Instagram, dalam usaha mencari jurukamera yang minat melancong, dengan bayaran upahan mencecah USD2000 seminggu, atau bersamaan RM8000, dengan erti kata lain dalam tempoh dua minggu anda akan memperolehi pendapatan berjumlah RM16, 000. 


Berkenaan apa pekerjaan itu, jawapannya semesti hanya melancong dan kemudian memuatnaikkan gambar yang diambil itu ke dalam instagram, itu saja! Kan mudah dan pendapatan yang agak tinggi tu juga amat menguntungkan.

Namun demikian, harus diberitahu, jawatan tersebut bukan pekerjaan jangkamasa yang panjang, ianya hanya membabitkan tempoh hanya dua minggu sahaja. 

Jika anda amat bertuah terpilih, maka dalam tempoh dua minggu itu, tugasan anda adalah melancong dan mengambil gambar yang seindah mungkin. 

Kemudian memuatnaikkannya di instagram untuk dikongsi bersama. Bagaimana pun, segala perjalanan akan dibiayai dan disusun atur oleh Syarikat Netflix. 

Aktiviti seumpama ini bukan kali pertama dianjurkan oleh syarikat Netflix, peserta bertuah yang terpilih dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah pernah pergi ke negara Eropah dan Timur Tengah untuk mengambil bahagian dalam penggambaran filem syarikat tersebut dan sebagainya.



Macam mana permohonannya? Jangan risau, amat mudah sekali.  Anda hanya perlu meletak # tag grammasters3 pada ketiga-tiga gambar yang amat disukai anda sebelum 6hb Mac.

Walaupun, setakat ini tidak pasti cara macam mana peserta yang bertuah terpilih, tetapi yang jelas diketahui adalah mereka menekankan ingin mencari mereka yang mempunyai minat dalam penggambaran filem dan televisyen.

Untuk maklumat selanjutnya, bolehlah layari  http://grammasters.netflix.com/  -  CARI Infonet
12

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 7-3-2016 11:34 AM
wuuu bestnya mcm tu, tp 2mggu pon ok la kan, spe nk bg rm16k
Quote kumen2 7-3-2016 12:24 PM
nk try la
Quote Artemesiaa 7-3-2016 05:22 PM
Wah menarik kalau minat seni photo tentu advantage buat mereka
Quote honey_bee 8-3-2016 10:40 PM
Bestnye travel dpt duit jugak...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055721 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top