CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3136|Reply: 4

Melancong Sambil Bergambar, Dibayar RM8000 Seminggu

[Copy link]
Post time 4-3-2016 05:59 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO



sumber foto : google image





Adakah anda seorang yang gemar ambil gambar dan dimuatnaikkan ke laman sosial media Instagram untuk dikongsikan? Tambahan lagi adakah anda juga seorang yang suka melancong? Kalau betul, anda mempunyai ciri-ciri seperti yang tersebut di atas, wajarlah anda teruskan membaca tulisan selanjutnya.


Syarikat yang menyediakan khidmat sewa rancangan televisyen dan filem, Netflix, baru-baru ini telah bekerjasama dengan Instagram, dalam usaha mencari jurukamera yang minat melancong, dengan bayaran upahan mencecah USD2000 seminggu, atau bersamaan RM8000, dengan erti kata lain dalam tempoh dua minggu anda akan memperolehi pendapatan berjumlah RM16, 000.


Berkenaan apa pekerjaan itu, jawapannya semesti hanya melancong dan kemudian memuatnaikkan gambar yang diambil itu ke dalam instagram, itu saja! Kan mudah dan pendapatan yang agak tinggi tu juga amat menguntungkan.


Namun demikian, harus diberitahu, jawatan tersebut bukan pekerjaan jangkamasa yang panjang, ianya hanya membabitkan tempoh hanya dua minggu sahaja.


Jika anda amat bertuah terpilih, maka dalam tempoh dua minggu itu, tugasan anda adalah melancong dan mengambil gambar yang seindah mungkin.


Kemudian memuatnaikkannya di instagram untuk dikongsi bersama. Bagaimana pun, segala perjalanan akan dibiayai dan disusun atur oleh Syarikat Netflix.


Aktiviti seumpama ini bukan kali pertama dianjurkan oleh syarikat Netflix, peserta bertuah yang terpilih dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah pernah pergi ke negara Eropah dan Timur Tengah untuk mengambil bahagian dalam penggambaran filem syarikat tersebut dan sebagainya.








Macam mana permohonannya? Jangan risau, amat mudah sekali.  Anda hanya perlu meletak # tag grammasters3 pada ketiga-tiga gambar yang amat disukai anda sebelum 6hb Mac.


Walaupun, setakat ini tidak pasti cara macam mana peserta yang bertuah terpilih, tetapi yang jelas diketahui adalah mereka menekankan ingin mencari mereka yang mempunyai minat dalam penggambaran filem dan televisyen.


Untuk maklumat selanjutnya, bolehlah layari  http://grammasters.netflix.com/  -  CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 11:34 AM | Show all posts
wuuu bestnya mcm tu, tp 2mggu pon ok la kan, spe nk bg rm16k
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 12:24 PM | Show all posts
nk try la
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:22 PM | Show all posts
Wah menarik kalau minat seni photo tentu advantage buat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye travel dpt duit jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055031 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list