CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Sedih Anak Dah Pandai Tinggikan Suara - "Entah Kenapa Kebelakangan Ini Dia Bercakap Suka Tinggi Suara And Agak Kasar"

4-3-2024 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16829| Komen: 97

Description: Pelakon Shakilla Khoriri, 34, risau apabila anaknya, Ameena Sofia, 5, bercakap suka tinggi suara dan agak kasar kebelakangan ini.



Pelakon Shakilla Khoriri, 34, risau apabila anaknya, Ameena Sofia, 5, bercakap suka tinggi suara dan agak kasar kebelakangan ini.

Shakilla berkata sebagai ibu dia perlu mencari penyelesaian perubahan sikap anaknya itu supaya tidak terbawa-bawa dan berlanjutan.

"Aku ni tengok saja macam pengkid. Kerja berat boleh buat, uruskan segalanya pasal anak seorang-seorang boleh buat tapi aku lemah bab hati. Ada macam-macam bunga.

"Pantanglah orang kasar atau tinggi sikit suara itu bila bercakap dengan aku mesti terasa 'kaw kaw'. Termasuklah dengan Ameena sekali. Entah kenapa kebelakangan ini dia bercakap suka tinggi suara and agak kasar. Berkali-kali tegur.

"Malas nak babitkan pergaulan dia dengan kawan-kawan atau sesiapa saja. Bagi saya, saya emak, saya kena cari penyelesaian. Macam mana cara nak ajar atau buang cara percakapan macam itu pada Ameena. Takut terbiasa and bawa sampai ke besar atau pada orang luar," katanya.


Shakilla bagaimanapun tidak akan penat melayan dan manfaatkan masanya bersama Ameena. Katanya, kadang hatinya juga rapuh memikirkan apabila anaknya itu sudah membesar.

"Tapi tak apa biarlah nak mengada pun, bukan banyak masa lagi dengan Ameena. Nanti sudah besar nak peluk cium pun sudah tak nak kot. Selagi ada masa dan peluang, umi manfaatkan.

"Beratnya rasa bila anak-anak sudah besar ini. Saya tak pernah meninggi suara pada Ameena, itu yang sentap sampai tak tertanggung rasa sedih itu. Akhirnya jatuh juga airmata umi pagi-pagi hari sambil memandu ke sekolah semalam.

"Susah. Aku memang susah! Sampai hari ini dia punya minta maaf itu. Harap dia ingat sampai bila-bila sebab tak ada orang mampu faham aku setakat ni kecuali Ameena. Hidup dengan aku masuk lima tahun tapi macam sudah berpuluh tahun," katanya.

Shakilla akui momen itu pasti akan dirinduinya dan reda terpaksa melepaskan Ameena bila sampai waktunya dia mendewasa.

"Saya tak sabar tunggu Ameena besar. Banyak cerita nak saya sembang dan kongsikan," katanya.

Ameena adalah anak tunggal hasil perkahwinan dengan penyampai radio Fizi Ali, namun rumah tangga yang dibina pada 2018 hanya bertahan selama tiga tahun.

Pada 24 Februari lalu, Shakilla bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.

Manakala, bekas suaminya pula terlebih dulu bertemu jodoh dengan usahawan yang juga ibu tunggal anak satu pada 23 Oktober tahun lalu.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 2-3-2024 09:41 AM
Haaa…dia dah mula dahhhh
Quote telracs 2-3-2024 09:47 AM
Edited by telracs at 2-3-2024 03:10 AM

Anak² saya sampai dah besar dah jadi bini orang, dah jadi laki orang, kalau jumpa saya masih peluk cium, walaupun depan publik... dah tentu saya ibunya, buat apa diorang nak malu ke hapa ke...

Didikan bermula di rumah... apa yang ibu bapa (family) buat/cakap, mereka akan ikut. Bukan ke Ameena ni lebih banyak bersama dengan Shakilla.
Quote yondu 2-3-2024 09:50 AM
monkey see, monkey do githuuuu..anak tu cerminan kita mak bapak..tengok kau pun boleh tahan mulutnya bercakap..taknak cermin diri ke
Quote tuttt 2-3-2024 09:51 AM
Ikut perangai hang la kot. Dh sah2 anak tu mmg banyak dgn hang
Quote bazlina 2-3-2024 09:51 AM
yondu replied at 2-3-2024 09:50 AM
monkey see, monkey do githuuuu..anak tu cerminan kita mak bapak..tengok kau pun boleh tahan mulutnya ...

true 150% , tak abis2 mnyindir n nak salahkan org
Quote Binodino 2-3-2024 09:54 AM
Anak yang 5 tahun pulak kena paham & jaga perasaan kau yang dah berbulu tu. Patutnya kau tu yang kena paham perasaan anak. Kau ni pun takde beza dengan si ngai tu, dua2 acah terpaling ibu mithali, dua2 gunakan anak, dua2 tak habis2 merempan nak salahkan ex. Dah dapat batang baru pun masih nak merempan.

Takde pulak kau nak salahkan diri kau yang asyik mengulit jantan lain, pisahkan anak dengan ayah kandungnya that's why anak kau dah tunjuk tanda2 tantrum. Macamlah kalau kau sorang jaga budak tu, budak tu punya etiquette macam royal family, behave je semedang. Anak2 royal family pun ada yang tantrum, dah nama pun budak biasa la ada time dia tantrum. Anak kau tinggikam suara tu bukan tanda kurang ajar. Dia baru umur berapa tahun.

Drama queen much!
Quote katakauu 2-3-2024 10:03 AM
laki baru tinggi suara ke tu?
pastu salahkan amna
sindir laki baru ke tuuuu
Quote miss_jay 2-3-2024 10:16 AM
Nasib baik ameena tinggikan suara sblm p kat fizi.
Kalo tak, mula lah tu nak suruh netizen kecam fizi, wife n anak tiri konon ajar macam tu..
Quote msdummy.2018 2-3-2024 10:24 AM
Hek eleh standard ya nyah...ko pun idoklah ckp lemah lembut melayu terakhir mcm aida rahim tuh.ank2 akan ikut dgn oersekitaran yang dia sering duduk tauuu.uuu
Quote pichee 2-3-2024 10:25 AM
kau kne byk membaca pertumbuhan dan perkembangan ank2...

it's normal ank behaviour mcm tu..sbb dorg tgh belajar expresi perasaan.. so kita as parents la bgth benda tu ok or not.. yg kau nk bgth media knape.. halah!!!

xkn anak nk tumbuh gigi geraham nk bgth media
Quote doubleA 2-3-2024 10:32 AM
Tak reti cermin diri ke asyik la salahkan org lain dan sekeliling. Ko jela betul, org lain salah
Quote Barebow77 2-3-2024 10:34 AM
Dia mula dah..merempan nak cari someone to blame kherrrr..anak tu makin membesar..akal dah makin bertambah..dah mula pandai terasa..ntah2 anak ko menyampah tgk ko dengan laki baru ko..tak kuasa nak melayan..so ada lah sikit2 mula nak rebel..gitewww aku memandai mengolah peristiwa ini..
Quote newyork 2-3-2024 10:41 AM
Anak broken family ni fragile ya...jaga2 kesian depa..
Quote DukunSentet 2-3-2024 10:45 AM
Lohhh..ingatkan dah kena sontot memalam aman bahagia..chill aman sentosa serata alam.. still royanan..tak bahagiakah..kurma comes early kah..or excitement dah pudar..

Awal sangat nak merempan oiiit..enjoi la hanimum dulu..x penat ke asyik pegang enpon catat segala permasalahan di socmed..kami yang nerakazen nie pon penat tau nak membuat rumusan diatas permasalahan diatas..
Quote princessmiang 2-3-2024 10:49 AM
Ko nak ckp apak dia mengajo bukan2 ke akak tiri dia mengajo pekik2?? Bahana pompuan ni semoga kurma menyinggah cepat utk ko
Quote matjerk 2-3-2024 11:02 AM
Malas nak babitkan pergaulan dia dengan kawan-kawan atau sesiapa saja. Bagi saya, saya emak, saya kena cari penyelesaian. Macam mana cara nak ajar atau buang cara percakapan macam itu pada Ameena. Takut terbiasa and bawa sampai ke besar atau pada orang luar," katanya.


So kenapa kau merungut hal ni??? Dah kata malas nak babitkan org lain????? Bodoh
Quote matjerk 2-3-2024 11:04 AM
Shu leh ambik modal ni.. utk buat bahan caption terpaling ibu.. bila anak2 dia nanti.. dapat hak bermalam dgn apiz
Quote telracs 2-3-2024 11:13 AM
matjerk replied at 2-3-2024 03:04 AM
Shu leh ambik modal ni.. utk buat bahan caption terpaling ibu.. bila anak2 dia nanti.. dapat hak ber ...

Huwaaaaass...
Jangan dicadangkan cik mat oiiiiiii...
Naik benang baru nanti, jenuh forumer nak menghencap...
Quote Hoola 2-3-2024 11:41 AM
mai dah

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058157 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top