CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen ‘Restu’ Raf Yaakob, Amira Othman - "Cantik Sangat Amira. Rasa Sepadan Pula Dengan Raf. Saya Suka!”

1-3-2024 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 83146| Komen: 116

Description: “Pertama kali saya berjumpa dengannya adalah dalam sebuah majlis.”


“Pertama kali saya berjumpa dengannya adalah dalam sebuah majlis.”

Demikian perkongsian bekas suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob yang seakan memberi gambaran sedang mengenali hati budi seseorang sehingga mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran dikongsi pemilik nama lengkap Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, itu, kelihatan foto seorang wanita duduk berhadapan dengannya di sebuah restoran.


Pun begitu, wajah wanita tersebut ditutup dengan emoji lambang hati berwarna putih dengan kapsyen istimewa seolah-olah memberi bayangan hatinya kini dalam fasa bahagia.


Beberapa minggu selepas itu, kami bertemu sekali lagi di sebuah pusat beli-belah. Kami sedang menaiki tangga tapi saya sempat melemparkan senyuman kepadanya.

“Saya rasa senyuman saya dibalasnya. Sejak kejadian itu, wajahnya sering bermain-main dalam Instagram saya. Mungkin kami mempunyai kenalan yang sama,” tulisnya dalam Instagram.

Semakan HibGlam menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja namun dalam masa sama terkejut adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu cepat menemui pengganti.

Seronok jadi lelaki. Cepat betul ‘move on’,” kata seorang pengikutnya.

“Dah nak kahwin ke? Cepatnya dapat pengganti,” kata seorang lagi netizen.


Dalam satu hantaran berbeza pula, teka-teki tentang wanita misteri tersebut akhirnya terjawab apabila dia rupa-rupanya penyanyi Amira Othman

Difahamkan, Amira dan Raf terlibat dalam sebuah iklan mempromosikan produk minuman, namun kemesraan yang ditunjukkan direstui netizen andai mereka menjadi pasangan kekasih.

“Kalau betul pun, sangat sesuai Raf dan Amira,” kata seorang peminatnya.

"Cantik sangat Amira. Rasa sepadan pula dengan Raf. Saya suka!” ujar seorang lagi netizen.

Pada 24 November lalu Raf dan Mawar menoktahkan tanda tanya ramai mengenai pergolakan rumah tangga mereka dengan mengumumkan perceraian.


Situasi itu tercetus susulan mereka sepatutnya hadir ke mahkamah syariah sehari sebelumnya namun kelibat masing-masing tidak kelihatan.

Terdahulu, perubahan Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid yang tidak lagi bertudung selain tindakan memadam gambar Raf membuatkan ramai menebak rumah tangga pasangan itu sedang bergolak.

Raf sah bergelar suami kepada Mawar pada 9 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, serta Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Terdahulu, Raf pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata 


Sumber– HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-3-2024 07:29 PM
Red flag betul jantan ni.

Semoga Amira friendzoned beliau.
Quote jihyomelly 1-3-2024 07:31 PM
kalau betul run amira runnnnnnnnn…kalau pompuan lain pun lari laju2 dari duda ni
Quote pocongkiutss 1-3-2024 07:32 PM
Astaghfirullahalazim..jgn jd bodoh tau dik..jgn rasa terpaling feeling2 mawar tu yg tak betul & si raf ni perlu dikasihani..jgn fefeeling ko memahami jantan ini dr ex dia..tolongg le..duda red flag selalu dpt jodoh baru sbb si bakal bini biasanya feeling terpaling
Quote noor2 1-3-2024 07:34 PM
Cepat betul jantan ni cari pengganti...esok kawin beranak bnyk lagi
Quote rayna_raynes 1-3-2024 07:34 PM
Noooo run Amira runnnn uols cantik jgn kahwin dengan muka kote ni
Quote Mekgadis16 1-3-2024 07:50 PM
Red flag gila. Sebab balas senyum je dah melting. And her face is everywhere kat ig. Nampak sangat kau stalk dia. Run sis run!
Quote sukanyanyi 1-3-2024 07:51 PM
Dah kenapa nak pedajal amira bg dgn mamat yg anak dah berapa pun aku tak ingat ni? Mira tu mmg la dah 30 blom kawin, tp belom lg andartu, belom lg despret. Bff sheols boleh dgn pilot helok n sebaya, takkan la sheols tak layak? Tahpape jeeee sape yg mengeship tu..bodo ke apa?
Quote love_warrior 1-3-2024 07:52 PM
Perangai attention seeker still tak bertabah
Quote sukanyanyi 1-3-2024 07:57 PM
rayna_raynes replied at 1-3-2024 07:34 PM
Noooo run Amira runnnn uols cantik jgn kahwin dengan muka kote ni

Aduh... chuols taktau betapa hardcore iols tergelak baca term uols muka tuut tu.. adoi i did not expect that......
Quote Rogue98 1-3-2024 08:02 PM
Laaa.. si Raf ni ke yg wartawan usik aritu...kata konon ada VIP nakkan Amira....uwekkkk
Quote izat123 1-3-2024 08:08 PM
Hahaha kalau nak kahwin free free dapat anak nak kena jaga berderet macam Mawar before cerai tu kahwin lah dengan dia ni.
Quote Thunderclouds 1-3-2024 08:12 PM
Urgghhhhh..
Quote zehra2 1-3-2024 08:16 PM
oit amira.. tolong laa cari lelaki lain..
byk masalah kalo lelaki yg dh bercerai lebih sekali ni.. dah ler anak berderet
Quote Bergosip 1-3-2024 08:16 PM
jihyomelly replied at 1-3-2024 07:31 PM
kalau betul run amira runnnnnnnnn…kalau pompuan lain pun lari laju2 dari duda ni

cuba uols tengok video tu sampai habis. marketing je ni. raf melamar amira untuk jadi affiliate produk dia je
Quote Bergosip 1-3-2024 08:16 PM
zehra2 replied at 1-3-2024 08:16 PM
oit amira.. tolong laa cari lelaki lain..
byk masalah kalo lelaki yg dh bercerai lebih sekali ni.. d ...

marketing je uols. video dan gambar tu marketing untuk produk baru raf
Quote opie5662 1-3-2024 08:36 PM
Geli ngan jantan terpaling ni
Quote MissYouSayang 1-3-2024 08:44 PM
Apa yg acik2 forum ckp tu smua betul. Aku pernah kenal beberapa duda, mmg dorg ni redflag betul....cpt ajak kawin pastu cpt gak nak bercerai kalau tak ngam nati. Bg dorg Kawin ni mcm tukar spender tp x smua la..so runnn jauh2
Quote cik_ingeniare 1-3-2024 09:00 PM
No la wehhh.. lari jauh jauh.. lantak pi la marketing ke hapee.. dah dua kali kan gagal dlm perkahwinan.. kena siasat betul betul.. netizen pun sama tolol duk restu restu
Quote menjad 1-3-2024 10:26 PM
Big no haihhh lah pompuan. Carik lah yang lain. Laki tak leh diharap yang hidup dalam socmedia jer. Didunia nyata tak main peranan pung. Ntah camna lah ngan anak2 nya. Just bagi nafkah semuo ek bini yang jaga.

Walaweiiii nih gigih carik retis jugak. Muntahhhhhh

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050762 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top