CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Dah Minta Pandangan Ustaz Di Makkah – ‘Saya Tidak Ketepikan Agama’

1-3-2024 07:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9178| Komen: 91

Description: Pelakon, Shaheizy Sam menganggap setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya berjudul ‘La Luna’ yang didakwa mempunyai unsur liberal dan ‘soft porn’.


Pelakon, Shaheizy Sam menganggap setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya berjudul ‘La Luna’ yang didakwa mempunyai unsur liberal dan ‘soft porn’.

Ketika ditemui OhBulan!, Sam berkata dia menerima setiap pandangan dengan hati yang terbuka dan menyatakan hanya Allah yang tahu niatnya ketika melakonkan filem tersebut.

"Setiap pandangan manusia berbeza-beza, ustaz dan pendakwah juga ada pandangan mereka. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil dan guna pakai? Kalau bercakap tentang niat buat sesuatu perkara, hanya Allah yang tahu niat tersebut.

"Berbalik kepada seseorang individu itu bagaimana dia kaitkan dengan kehidupan sendiri atau orang lain atau dengan agama. Saya terima pandangan semua orang."

Sam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.


Dalam pada itu, isteri kepada aktres Syatilla Melvin berkata dia mengetahui mengenai isu filem tersebut ketika mengerjakan umrah di Makkah, baru-baru ini.

Menurut Sam, dia juga ada meminta pandangan daripada beberapa rakan ustaz ketika di Tanah Suci.

"Saya ada borak dengan ustaz-ustaz di Makkah, sebab ketika saya dengar isu itu timbul saya sedang di Makkah. Saya tanyakan pandangan mereka, mereka dah tengok dan kata tiada apa pun."

"Terpulang pada hati nak hukum filem itu bagaimana. Tapi ramai yang datang pada saya cakap filem itu seronok. Tapi saya sendiri sangat enjoy dengan filem ini kerana antara filem yang saya gemar.

"Fikiran saya tidak sampai ke tahap liberal atau nak mengetepikan agama. Saya sendiri beragama Islam dan saya bukan liberal."

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan semakin banyak filem didakwa berunsur liberal, Sam menjawab tugas tersebut akan dipantau oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Terus terang, perkara sebegitu saya sendiri berasa segan. Tetapi macam saya sebagai seorang pelakon dan beragama Islam, saya ada garis panduan yang diikut."

"Kadang-kadang saya punyai kajian dalam berlakon itu terhadnya sebagai pelakon sahaja. Saya pun bukan orang yang cerdik pandai dalam agama.

"Jadi saya punya kajian tentang sesuatu filem adalah sebagai pelakon, tetapi ada satu lapisan lagi yang saya rasa selamat bila ada LPF. Oleh itu, saya tak rasa LPF akan lepaskan filem yang tidak elok ditonton oleh peminat tanah air."

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 1-3-2024 07:38 PM
Siapa ustaz2 tu? [em:18:]
Quote MilanAdelynn 1-3-2024 07:41 PM
Reveal nama ustaz mana ko tanya yg benarkan cerita bangang camtu?
Quote sukanyanyi 1-3-2024 08:24 PM
Ni pilem baru ke? Tgh ada kat wayang skrg ke?
Quote Nurul_007 1-3-2024 08:27 PM
sukanyanyi replied at 1-3-2024 08:24 PM
Ni pilem baru ke? Tgh ada kat wayang skrg ke?

Ikut yg meols bca filem ni dh masuk pangung tp tk dpt sambutan tp bila msuk neflex blh tahan dpt  sambutan top 10 org tgk
Quote apedehal 1-3-2024 08:28 PM
sukanyanyi replied at 1-3-2024 08:24 PM
Ni pilem baru ke? Tgh ada kat wayang skrg ke?

Kat netflix ada dah..tp aku xabis pun tgk citer ni, xmenarik kut utk tontonanku sbb anak sezi seng dlm ni lakonan dia annoying sgt, try hard kut
Quote Perawankota 1-3-2024 08:32 PM
Ok Sam..      
Quote Pak.dolla 1-3-2024 08:34 PM
.
.
.
dua² ni haku pangkah...lagi² yg pompuan tu...menyampah tul tgk muka dan lakonan dia....watak camtu je dari dulu....
Quote imransulaiman 2-3-2024 02:36 AM
Agak terpaling ye tajuk berita - minta pandangan ustaz di Mekah.

Ingatkan dia tanya Abdul Rahman Al-Sudais, Abdullah Awad Al-Juhany, Saud Al-Shuraim, Salih Bin Abdullah Al-Humaid, Saleh Al-Talib, Maher Al-Mu'aiqly, Adil Al-Kabani, Yasser Al-Dosari

Terus aku teringat mula-mula kemunculan Yassin Sulaiman dengan geng Brothers dia. Kononnya Yassin tu pernah mengimami solat di Masjidil Haram..

Erm...Haraaaaaaammmmm!
Quote rayna_raynes 2-3-2024 02:51 AM
Aku suka cerita ni. Light comedy tapi dialog dia kelakar.
Quote Diamondmoney 2-3-2024 06:10 AM
Mmg soft porn pun. Bole pulak laki bini nk main ter on sound mic 1 kg dgr ko main. Citer hape tu bodo

Lepas tu 1 kg terangsng dgr ko main terus cari baju dlm supaya dpt main jgk

Mmg bebal pnye cite

Jln cite tah hape2. Pelakon semua muka cm tak mndi pagi. Toksah la korang layan cite ni. Buang masa
Quote lightheaded67 2-3-2024 08:25 AM
https://vm.tiktok.com/ZSFALg6be/
Quote MatDeghem 2-3-2024 08:36 AM
Dalam pada itu, isteri kepada aktres Syatilla Melvin berkata dia mengetahui mengenai isu filem tersebut ketika mengerjakan umrah di Makkah, baru-baru ini.



#BangangAbadi
Quote 3chanceno 2-3-2024 08:42 AM
MatDeghem replied at 2-3-2024 08:36 AM
Dalam pada itu, isteri kepada aktres Syatilla Melvin berkata dia mengetahui mengenai isu filem terse ...

Meols baca 3x nak fahamkan betul ke kebangangan reporter buat laporan  kalo kat eropiah tu dah cam lgbt kapel pulak si bini bingit nie
Quote Nurul8001 2-3-2024 08:46 AM
Ok je la citer ni. Takde la teruk naw2. Mentang2 pelakon2 tak hensem n tak lawa, jadi kejian pulak.

Ada watak Ustaz Fauzi tu, yg imamkan solat dan bagi khutbah Jumaat, dia tak tunggang agama.
Yg tunggang agama watak Wan Hanafi Su tu, siap berserban bagai, tapi amik rasuah.
Quote dua_chzy 2-3-2024 09:00 AM
Sam surprisingly hensem charming dalam filem ni. Amani macam biasa, annoying.
Quote dua_chzy 2-3-2024 09:08 AM
Cerita fiksyen lelucon sumber escapism  camni pun korang ambik serius persoal kelogikan plot ye.

7/10 dari aiols. Almost 8 tapi sebab annoyed dengan lakonan (bukan watak) Azura ngan Hanie, dapat la 7. They were good, tapi ntah la sebab terlalu banyak kali tengok lakonan si Amani tu, aiol macam eh apsal lakonan kau stereotaip ja neeehhhh pehtu si Azura ni macam nak jadik macam kau pulaakkkkk

Gitu.
Quote pichee 2-3-2024 10:34 AM
i tgk dh kt netflik.. terkjut adik die ckp yg die mengamalkan seks bebas kt abg die.. kau dh knape?

aku rse org yg mmg sleep around pn x ngaku selamba cm tu...

Quote chinchan78 2-3-2024 11:11 AM
pichee replied at 2-3-2024 10:34 AM
i tgk dh kt netflik.. terkjut adik die ckp yg die mengamalkan seks bebas kt abg die.. kau dh knape?  ...

Bukan adik tp ank die lah..
Quote chinchan78 2-3-2024 11:16 AM
dua_chzy replied at 2-3-2024 09:00 AM
Sam surprisingly hensem charming dalam filem ni. Amani macam biasa, annoying.

aku setuju sam nmpk hensem dlm cite ni.. sblm2 nih lyn gak cite yg sam berlakon tp biase2 je.. x minat.. tp lps tgk cite ni terminat plak kat sam.. mmg kena lh watak salihin tu dgn die..

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.063527 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top