CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Nak, Saya Sibuk Sekarang,” Noh Salleh Enggan Komen Tuntutan Ibu Kandung Musa

25-1-2024 07:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 43356| Komen: 641

Description: Penyanyi Noh Salleh menolak untuk memberikan respons terhadap tiga tuntutan yang diajukan oleh seorang wanita bernama Athira, yang mengklaim sebagai ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa.


Penyanyi Noh Salleh menolak untuk memberikan respons terhadap tiga tuntutan yang diajukan oleh seorang wanita bernama Athira, yang mengklaim sebagai ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa.

Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 39, ketika dihubungi memberitahu dia sedang sibuk sebelum mematikan panggilan telefon.

“Tak nak, saya busy (sibuk) sekarang,” katanya ringkas sebelum mematikan panggilan telefon.

Kosmo! Online hari ini melaporkan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Athira membuat tiga tuntutan terhadap vokalis kumpulan Hujan itu.

Antara tuntutan yang dibuat adalah mahu Noh menarik balik kenyataan yang dikongsikan dalam media sosial, membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam gambar yang mendedahkan wajah anaknya bernama Musa itu dalam tempoh 24 jam.

Kata Athira lagi, Noh juga perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya menerusi program Melodi yang disiarkan pada 14 Januari lalu.



Menerusi temu bual yang disiarkan dalam program hiburan itu, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.

Susulan itu, Athira sewaktu ditemui Kosmo! Online mendakwa dirinya dimanipulasi oleh penyanyi tersebut.

“Apa yang mahu saya kongsikan di sini, sebagai ibu kandung kepada Musa, saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan untuk kepentingan dia (Noh).


“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Disebabkan itu, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya dalam media.

“Saya mahu Noh membuat permohonan maaf secara terbuka. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” katanya.

Terdahulu, Noh membuat kenyataan menerusi program Melodi bahawa tiada unsur penculikan seperti yang didakwa, malah dia sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung kanak-kanak berusia dua tahun itu untuk menjaganya.

“Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertakan dengan dokumen.

“Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk,” katanya.

Sebelum ini, berlaku kekecohan apabila satu laporan polis dibuat bekas isterinya iaitu Mizz Nina yang mendakwa Noh menculik Musa daripada jagaannya dengan bantuan pembantu rumah.

Begitupun, Noh menangkis tuduhan tersebut dengan menegaskan tiada unsur penculikan seperti didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.


Pada Disember lalu, Noh meluahkan rasa rindu terhadap Musa bersempena ulang tahun keduanya, sekali gus buat kali pertama mendedahkan wajah anak kecil itu.

Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022 tetapi tidak dikurniakan zuriat sebelum sepakat mengambil Musa sebagai anak angkat.

September lalu, Noh bernikah dengan Fatin Athira Mustapa, manakala Mizz Nina pula mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap dan penulis lirik dari Amerika Syarikat Essam Muhammad pada suku kedua tahun lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 25-1-2024 07:53 PM
Wow plot twist..athira mana ni? Bukan Athira penyelamat hidup lelaki bipolar pujaan acik porem kan..hahaha
Quote emera 25-1-2024 08:18 PM
Masa keluar gambar musa tu, aku dah rasa mesti jd problem. Gigih ex bini sorok muka budak tu, dpt ke dia, ditayang2 pulak.
Quote Manusiabesa 25-1-2024 08:22 PM
Semak la yg mak kandong tu pon. Paras redha tu xcukup tinggi, tp ko serah anak ko kt depa... mmg mendapat la deal urusan dgn artis.... klu dh bg anak kt org, nina pun siap susukan musa.. ko dudok diam2 sudah jgn mek tau dh urusan noh nina...... selagi anak tu sihat xmati xsakit x didera ko xlayak nk mek tau urusan mah tangga depa..... jgn nk selit2 sgt.... xlarat netz nk cover smua cerita. Baru jan 2024 mcm2 dh jdi... ko bkn retis..so ko dok dendiam.
Quote pearl.silver 25-1-2024 08:27 PM
Mak kandung musa sama nama bini noh?
Quote cruz2 25-1-2024 08:30 PM
Lain mcm jer i baca statement noh dan ibu kandung tu?
Seolah2 perjanjian tu antara ibu kandung dgn NH shj? Tk disebut nama MN..
Atau betul gosip yg baby M tu darah daging NH?
Quote sphinx 25-1-2024 08:45 PM
"Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertakan dengan dokumen."
- rasanya statemenet nie merujuk pada proses mengambil anak angkat dulu tue kot, sebab tue Noh kata mengikut undang2 dan ada dokumen.
Tapi dia gunakan benda ni as justification utk kes dia culik Musa dari jagaan MN, tue yg ibu kandung, Athira tue sound balik sebab maybe Ahitra tak tau atau takde kaitan pun dgn kes Noh amik Musa tanpa pengetahuan MN, tapi Noh dah indirectly petik diri dia, so dia pun balas lah. Pastu pasal reveal muka anak tue pun, maybe before nie dah ada perjanjian antara ibu kandung and MN/Noh, yg diaorg tak leh reveal muka anak, tue yg ibu kandung minta padamkan balik gambar anak tue kot
Quote finn 25-1-2024 08:49 PM
Mak kandung nye punnn... ambik balik la bela anak sendiri tu. Dah kasik org banyak bunyi pulak.
Quote pocongkiutss 25-1-2024 08:51 PM
Eh br pasan..mak musa dgn bini NH nama athira?
Quote nena9042 25-1-2024 08:54 PM
Edited by nena9042 at 25-1-2024 08:55 PM

I rasa mak kandung musa memang dah settlekan legal documents semua dah
Cumanya yang ni dia merujuk pada statement noh, takut kang tak pepasal kena tuduh sekongkol dengan noh dalam tuduhan culik tu
Kiranya athira ni nak bersihkan nama dia dari sebarang tuduhan
Quote leena1234 25-1-2024 08:54 PM
plot twit
Quote LadyCarefree 25-1-2024 09:06 PM
Bergasaklah korang. Sedangkan piji kilah pun gaduh. Anak2 angkat belut letrik dah selamat dipulangkan. iols suka nengok Sazzy and family bela Idris. Budak tu pun dah serupa muka Nash.
Quote Duta lover 25-1-2024 09:19 PM
Hmm.
Bilaaaaa hati sudah busuk...
Quote anilanil 25-1-2024 09:45 PM
Sapa pulak bapa kandung baby musa? Mana pulak acik noh ni jumpa acik athira. Femes betol nama athira sekarang ni.
Quote uda 25-1-2024 09:57 PM
Ni leceh bela anak angkat. Dah bela penat2, pastu mak angkat nak ambil semula atau masuk campur urusan raise anak tu.
Kalau dah beri tu, anggap anak tu dah jadi anak orang yang ambil lah.
Quote slyfynx 25-1-2024 09:58 PM
Penyanyi Noh Salleh menolak untuk memberikan respons terhadap tiga tuntutan yang diajukan oleh seorang wanita bernama Athira, yang mengklaim sebagai ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa.


Ni bahasa Syaitonirrajim ape ni?
Quote telracs 25-1-2024 10:11 PM
Baca komen² ni tak tahu nak simpati atau nak gelak...
Quote mrseller 25-1-2024 10:13 PM
Aku pelik, apsal berebut anak angkat? Bukan anak sendiri pun. Ko pun mcm babi tutoh sana sini dgn bad attiude
Quote faint_heart 25-1-2024 10:14 PM
Tu la MN x nak kecoh2 .. gbr pun sipi2 n tak reveal .. ada la tu keadaan yg buatkan mak kandung ni kena lepaskan musa, jadi dah betul lah MN simpan rapi muka musa ni .. dapat kt hujan ni habis suka hati je menonong .. ni lah masalah nya deal ngn org x educated
Quote SpyLeman 25-1-2024 10:18 PM
pearl.silver replied at 25-1-2024 08:27 PM
Mak kandung musa sama nama bini noh?

Haaaaa....jgn ada plot twist mcm citer yindon pulak ye

Lihat semua komen(641)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.085489 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top