CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dengan Kawan-Kawan Saya Suruh Panggil Atikah Sahaja. Tak Payah Nak Datin-Datin", Atikah Suhaime Akui Rasa Janggal Dipanggil 'Datin'

25-1-2024 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8533| Komen: 38

Description: Pelakon, Atikah Suhaime yang baru mendirikan rumahtangga mengakui dirinya berasa kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datin.


Pelakon, Atikah Suhaime yang baru mendirikan rumahtangga mengakui dirinya berasa kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datin.

Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, dirinya masih mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gelaran tersebut dan hanya menggunakan panggilan Datin ketika bekerja.

“Mungkin Datin dari segi kerja, tapi dengan kawan-kawan saya suruh panggil Atikah sahaja. Tak payah nak Datin-Datin.

“Kalau contoh masuk pejabat fahamlah panggil Datin, tapi saya selesa dengan nama sendiri, peliklah bila orang panggil Datin,” katanya.

Dalam pada itu, Atikah berkongsi tidak tertekan dengan perihal berkaitan zuriat sebaliknya berasa gembira apabila ramai yang mendoakannya untuk menimang cahaya mata.

"Untuk seorang wanita mencapai kejayaan sememangnya untuk ada anak selain daripada bersuami.


“Saya gembira ramai orang nak benda tu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan Atikah untuk dapatkan zuriat,” kongsinya kepada Gempak.


Sekadar info, Atikah Suhaime selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.

Majlis mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat sahaja. 

Sumber -Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honey_yayan 26-1-2024 09:12 AM
Alahai baru2 memang macam tu lama2 mesti janggal pulak kalau orang panggil nama je
Quote Rogue98 26-1-2024 09:38 AM
Ye lah ...bukan nye ada function pun title2 ni. Malu jer muda2 kena panggil Datin. Mak2 datin activity main poco2 jer.
Quote makcun14 26-1-2024 09:54 AM
Feefeeling humble ke teww. apa je sumbangan laki sheols selain lahir jadi anak orka dan membangunkan night club ?
Quote iznanaziz 26-1-2024 10:11 AM
umo dah 33? dah tua gak
Quote sayurmayur88 26-1-2024 10:18 AM
okaylah, lagipun title dato too common dh kat msia ni..
Quote I.K.A888990 26-1-2024 10:41 AM
best pe dpt panggil datin haha
Quote esbok 26-1-2024 11:01 AM
Keje biasa pun, panggil datin, awkward betul. Kalau datuk tu paham la.
Quote pocongkiutss 26-1-2024 11:02 AM
makcun14 replied at 26-1-2024 09:54 AM
Feefeeling humble ke teww. apa je sumbangan laki sheols selain lahir jadi anak orka dan membangunkan ...

Usahawan nite club juga ke rupanya
Quote makcun14 26-1-2024 12:02 PM
pocongkiutss replied at 26-1-2024 11:02 AM
Usahawan nite club juga ke rupanya

ye chu ols. tu iols pelik nape acik porem pertikai jodoh si atikah dapat tangkap anak  jerung, kata dorang  sheols tak layak dapat suami orka sebab silap masa lampau she .. padahal pihak suami pun 2x5 sekufu gamaknya
Quote dewi_rina 26-1-2024 01:23 PM
Boleh lah masak2 dgn tin njwa lepas ni, laki pun boleh geder sesama
Quote MissVixen 26-1-2024 01:32 PM
Muka dan rambut laki dia macam tipikal gangster ah beng dalam filem solident.
Quote edayildiz 26-1-2024 01:59 PM
dia ngan nizam teh skrg dk promot zaitun
tp i suka tgk tikah ni dia nmpak ikhlas gitew
Quote edayildiz 26-1-2024 02:00 PM
makcun14 replied at 26-1-2024 12:02 PM
ye chu ols. tu iols pelik nape acik porem pertikai jodoh si atikah dapat tangkap anak  jerung, kat ...

hahaa biasa lah acik poremm
Quote Honey_Inara 26-1-2024 02:14 PM
Makin cantik plak tikoh ni . Naik seri pengantin..
Quote green~tea 26-1-2024 02:18 PM
makcun14 replied at 26-1-2024 12:02 PM
ye chu ols. tu iols pelik nape acik porem pertikai jodoh si atikah dapat tangkap anak  jerung, kat ...

Aku rasa laki bini ni betul2 sekuffu match made in H.....




Quote green~tea 26-1-2024 02:19 PM
edayildiz replied at 26-1-2024 01:59 PM
dia ngan nizam teh skrg dk promot zaitun
tp i suka tgk tikah ni dia nmpak ikhlas gitew

Laki ni bukan owner product zaitun ke
Quote missHaidiD 26-1-2024 02:27 PM
Edited by missHaidiD at 26-1-2024 09:20 PM
green~tea replied at 26-1-2024 02:19 PM
Laki ni bukan owner product zaitun ke


Founder apak mertua dia. Ceo zaitun adik ipar dia. Laki dia ada biz lain . Dia ckp dlm live

Cuba la join live dia. Tenang je hati tgk.
Quote green~tea 26-1-2024 02:57 PM
missHaidiD replied at 26-1-2024 02:27 PM
Founder apak tiri dia. Ceo zaitun adik ipar dia. Laki dia ada biz lain . Dia ckp dlm live

Cuba la ...

% % kot anak beranak tolong menolong...
Quote likilu 26-1-2024 03:10 PM
makcun14 replied at 26-1-2024 09:54 AM
Feefeeling humble ke teww. apa je sumbangan laki sheols selain lahir jadi anak orka dan membangunkan ...

Apa nama tempat dia katmana

Acik pun nak try clubbing tanpa waswas hihi

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050084 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top