CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Batu Api, Shukri Yahaya Bersalah Kepada Isteri Selepas Adegan Drama "Soft Porn"

26-1-2024 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12238| Komen: 30

Description: Pelakon Shukri Yahaya mengakui dihimpit perasaan bersalah terhadap isterinya, Tya Adnan selepas melakonkan adegan ‘bilik air’ bersama Alya Iman.


Pelakon Shukri Yahaya mengakui dihimpit perasaan bersalah terhadap isterinya, Tya Adnan selepas melakonkan adegan ‘bilik air’ bersama Alya Iman.

Kata pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Yahaya itu, dia akan lebih mengutamakan sensitiviti insan tersayang mahupun penonton dengan lebih berhati-hati menjayakan sesuatu babak lakonan.

“Nak kata isteri saya okey dengan adegan antara saya dengan Alya Iman itu tidaklah, saya sendiri pun macam ‘alamak, mesti isteri aku akan terasa ni buat babak ini’. Saya memang rasa bersalah.

“Saya terus maklumkan pada dia mengenai perkara tersebut, tambahan pula itu adalah hari pertama penggambaran bagi drama bersiri 28 episod terbabit, masing-masing ikut skrip saja.

“Apa pun saya lega isteri sangat memahami, tapi selepas ini saya akan sentiasa menjaga perasaan dan sensitiviti semua pihak,” katanya kepada Kosmo! Online.


Pada masa sama, aktor yang membawakan karakter suami narsistik bernama Azim Hisbullah dalam naskhah Layang-Layang Perkahwinan itu pelik dengan tindakan segelintir individu yang menjadi batu api apabila menghantar pautan video kepada isterinya.

Shukri tertanya-tanya motif sebenar pihak terbabit yang seakan-akan sengaja menangguk di air keruh, namun percaya tindakan sedemikian bagi mencetuskan kemarahan Tya.

“Ketika babak tersebut ditularkan, saya dan Tya tidak bertelagah kerana isteri saya sejak dahulu lagi memilih untuk tidak menonton drama lakonan saya.

“Tapi ada juga segelintir pihak cuba melakukan provokasi dengan menghantar klip video tersebut ke akaun media sosial Tya.

“Mujur dia positif dengan tidak menjadikan hal sebegitu sebagai isu,” ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran Layang-Layang Perkahwinan, baru-baru ini.

Diminta berkongsi tip menjaga keharmonian rumah tangga, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui, komunikasi selain sentiasa berterus terang mampu mengelakkan salah faham.

Saya banyak bercerita dengan isteri. Contohnya kalau balik dari lokasi penggambaran saya akan maklumkan hari ini ‘shooting’ dengan siapa dan sebagainya.

“Kadang-kadang saya ambil gambar saya ketika ‘shooting’ untuk bagi perkembangan terkini supaya dia tahu apa saya selalu buat di set,” ujarnya.

Sebelum ini, video tular adegan antara Azim yang juga sebagai suami kepada Saida Amanda (Ezzanie Jasny) sedang mandi sebelum didatangi kekasih gelapnya, Tsuraya (Alya).

Shukri yang tidak mengenakan baju kemudian bertindak menarik tangan kekasihnya ke dalam bilik air sehingga mencetuskan persepsi kurang manis, sekali gus membuatkan netizen menyifatkan adegan tersebut sebagai ‘soft porn’.

Begitupun, aktor yang diperkenalkan menerusi filem Jiwa Taiko pada 2012 itu telah membuat permohonan maaf atas kekhilafannya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 26-1-2024 10:14 AM
best lh cite ni…tapi bini pertama tu make up bapak tebal…nangis pun dh ghupe joker….
Quote Diamondmoney 26-1-2024 10:17 AM
Terpaling bini
Quote red_velvet 26-1-2024 10:21 AM
Alahai.. babak dia mandi je dari belakang. Pastu alia tu masuk bilik air bgtau bini dia call tanya dia kat mana.. then SY ajak alia mandi sama.. bukan alia iman bukak baju @ berpeluk dengan SY ..dah nama pelakon , ko nak expect apa . Lainlah ustad ustazah yang buat babak tu...  
Quote red_velvet 26-1-2024 10:22 AM
Kancilkering replied at 26-1-2024 10:14 AM
best lh cite ni…tapi bini pertama tu make up bapak tebal…nangis pun dh ghupe joker….

Anak diorang si atheer tu kayu kayan sungguh... Muka macam anak joy repah.. aku ingat anak dia....
Quote telracs 26-1-2024 10:26 AM
Hmmm....

Ada betulnya = batu api
Selalu sangat, orang luar ni jadi 'punca' perbalahan dalam rumahtangga.
Terutama netizen... benda tak de kaitan dengan kehidupan kau, just tengok, baca, komen sikit² cukuplah.
Tak perlu sampai nak jadi 'siaran astro' sangat.

Quote Kancilkering 26-1-2024 10:47 AM
red_velvet replied at 26-1-2024 10:22 AM
Anak diorang si atheer tu kayu kayan sungguh... Muka macam anak joy repah.. aku ingat anak dia....

filler je nih…mana ada pelakon kanak kanak bağus sekarang ni berbakat cam balkish maisarah, fimie don, asraf keli etc etc

Quote doubleA 26-1-2024 12:36 PM
Cite asal indo layangan putus lagi daring, dgn cte the wife thailand. Ala2 cerita ni la juga cuma takda la plot sisi gelap makpak. Lepas tgk cerita ni iols paham la betapa banyak sisi gelap vvip ni senang je boleh buang org yg takda kepentingan pada dorang sesuka hati
Quote gideoncross 26-1-2024 01:33 PM
Filem Mulayu Melesia pun skrg ni dah nak ada scene hot2
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:34 PM
apakah?
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:34 PM
dh slow2 ya citer mcm ni pun dh start ada kat sini..mampu geleng kepala jer
Quote mrseller 26-1-2024 09:07 PM
Bila nak sampai level vivamax pinoy? Hihihi
Quote ReginaGeorge 27-1-2024 01:11 AM
Kiranya dia tak mention langsunglah ada babak mandi?
Quote bottombikini 27-1-2024 07:15 AM
doubleA replied at 26-1-2024 12:36 PM
Cite asal indo layangan putus lagi daring, dgn cte the wife thailand. Ala2 cerita ni la juga cuma ta ...

best ke cite the wife tu uols
nak layan la karang
Quote adelea 27-1-2024 07:35 AM
Netizen mmg bengong nak suka org tu bercerai ke apa ?
Quote Perawankota 27-1-2024 01:46 PM
Rasa2 dia ni memang sebenarnya suka tak bawak watak2 mcmtu?
Quote syamzana 27-1-2024 02:04 PM
doubleA replied at 26-1-2024 12:36 PM
Cite asal indo layangan putus lagi daring, dgn cte the wife thailand. Ala2 cerita ni la juga cuma ta ...

ooo cite ni remake layangan putus ke??
i suka cite tu harap ada part 2. mcm habis gitu je last tu apa maksud masing2 ala2 kebingungan laki&pompuan simpanan tu.
Quote virgocircus 27-1-2024 06:45 PM
doubleA replied at 26-1-2024 12:36 PM
Cite asal indo layangan putus lagi daring, dgn cte the wife thailand. Ala2 cerita ni la juga cuma ta ...

Drama dorg mmg sedari dulu dah mcm tu.. setakat kiss scene ni benda biasa ajo pada dorang. Maintain professional giteww.

Sebenarnya ada segelintir fans (xnak mention melayu) yg x kisah agaknya kalo satu hari nnt ada adegan camtu dlm drama meleis. Iols rajin join porem2 n site2 asian drama (kdrama, cdrama, kdrama, lakorn etc) and yes bila baca komen2 ummah dlm tu boleh tau dorg tu org mana or dari negara mana. Not surprise at all bila baca komen2 yg suka drama bl genre. Seremmm!
Quote doubleA 27-1-2024 06:54 PM
syamzana replied at 27-1-2024 02:04 PM
ooo cite ni remake layangan putus ke??
i suka cite tu harap ada part 2. mcm habis gitu je last tu  ...

Cite ni inspirasi dari layangan putus indo tu. Cuma plot bertambah ke makpak megah holding plak masing2 ada pompuan dan laki simpanan, tapi depan kamera still laki bini for benefit dan “wajah” bisnes
Quote doubleA 27-1-2024 06:57 PM
bottombikini replied at 27-1-2024 07:15 AM
best ke cite the wife tu uols
nak layan la karang

Ok gak sebab wife tu balas dendam dgn classy la (sebab tak merempan) dan dia pakat dgn skandal2 lakinya utk jatuhkan laki tu, kira women empower, dari buang masa bercekau sesama wanita, jantan yg untung, dia ajak wanita2 tu bersatu dgn dia utk ajar laki tu. Skandal2 laki dia dari level bawah (maid) ke kerja hebat (ni kwn2 bini gak) ala sory terspoil

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046007 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top