CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hajat Wanita Ini Tak Kesampaian! Dilarang Masuk Korea Selatan Gara-Gara Tak Bawa Duit Lebih

25-1-2024 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18441| Komen: 162

Description: PETALING JAYA – Hajat seorang wanita untuk bercuti ke Korea Selatan tidak tercapai apabila gagal melepasi imigresen sebaik sahaja tiba di negara berkenaan baru-baru ini.



PETALING JAYA – Hajat seorang wanita untuk bercuti ke Korea Selatan tidak tercapai apabila gagal melepasi imigresen sebaik sahaja tiba di negara berkenaan baru-baru ini.

Menurut perkongsian wanita itu yang dikenali sebagai Sabreena Qistina, dia bersama tiga orang lagi yang mengambil pakej pelancongan di bawah syarikat sama tidak dibenarkan memasuki negara terbabit dan perlu pulang semula ke Malaysia.

Katanya, keempat-empat mereka tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak menghafal jadual perjalanan dan tidak membawa wang tunai yang mencukupi.

“Kami kena hantar balik tadi. Perempuan empat orang ambil pakej pelancongan dengan syarikat di Korea. Kami semua dalam kumpulan ada 20 orang.

“Alasan dia sebab tak hafal itenarari dan duit Won tak banyak. Pemandu pelancong ikut dari Malaysia tapi tak dapat membantu,” katanya.

Wanita itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan notis penolakan kemasukan yang diterima oleh pihak imigresen.


Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan ketegasan pihak imigresen negara terbabit selain turut berasa simpati dengan pengalaman yang dilalui wanita berkenaan.

“Kasihan rakyat Malaysia yang memang nak melancong ke Korea tapi tak lepas nak masuk. Tidak dinafikan antara sebabnya ada segelintir yang masuk ke sana untuk bekerja secara tidak sah. Kenalan saya dan suami dia bulan Disember lalu lepas masuk ke Korea dan ya mereka bekerja secara tidak sah di sana,” kata Ayu.

“Orang Malaysia nak masuk Korea Selatan untuk bercuti tak dapat, orang sana nak ke sini untuk bercuti senang saja. Siap ada yang ‘migrate’, jadi content creator dan kita sanjung mereka,” keluh Amalia.

“Rasanya dulu mudah saja nak masuk Korea Selatan. Ini semua gara-gara ramai ke sana sebab nak bekerja secara tak sah. Sama macam kes di Australia,” kata Amrie. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 25-1-2024 08:48 AM
hadap sangat nak gi negara sombong yg berlagak tu.. bkn main susah orang nak masuk negara dia. dah banyak kes macam ni aku dengar baik gi jepun aman2 je friendly menyambut touris
Quote she 25-1-2024 08:49 AM
5 tips

1. Bawa salinan tiket flight pergi balik
2. Salinan booking hotel atau tempat tumpangan
3. Bawa duit lebih dari 200k won (sorry lupa ketepatan)
4. Jangan cakap pergi dengan ejen
5. Kalau pergi bebujang kena tunjuk sebab kukuh

Tambahan
Anak macik perempuan
Dok pergi sana tengok konsert
Dia tunjuk tiket konsert je
Teda problem setakat ni
Quote bbasir 25-1-2024 08:59 AM
heran napa hadap sgt org msia nak ke korea... Korea, Australia ni aku mmg tak mau pegi.. lg best p Japan
Quote otai_g 25-1-2024 09:20 AM
Dah x da duit melancong kat hatnyai suda la. Apa psl nak pg smpi Korea. Sudahnya syarikat air liner yg untung
Quote syamzana 25-1-2024 09:30 AM
bbasir replied at 25-1-2024 08:59 AM
heran napa hadap sgt org msia nak ke korea... Korea, Australia ni aku mmg tak mau pegi.. lg best p J ...

ni bkn masalah hadap ke tak...org kalau dah suka melancong tak kira tempat semua dia nak pergi.
sama mcm u la, hadap sgt ke jepun

***lainkali nak pergi mana2 negara tlg la bawak duit lebih agak2 cukup duit beli tiket flight lagi skali+duit hotel&makan utk extend semgu.
Quote Dwdrum 25-1-2024 09:32 AM
Takkan tiada back up seperti CC or DC  untuk tunjuk ada fund
Quote becir 25-1-2024 09:33 AM
Zaman2 cashless ni apa kes nak bawak duit cash berkoyan. Korea ni mmg racist in culture so yeah
Quote Rogue98 25-1-2024 09:35 AM
Bercuti kat Langkawi jer lah....support local products...boycott jer Korea Selatan tu.
Quote edayildiz 25-1-2024 09:36 AM
alamak siannyaaaa
pergi langkawi je la kalau gitu
Quote laksmanabentan 25-1-2024 09:43 AM
experience aku pulak pergi Korea
- aku mmg tak hafal apa2 benda itinerary tu sbb kawan aku yang buat, aku nak sebut pun payah...
- tiket pergi balik ada, booking hotel ada, itinerary ada..
- kawan aku da printkan semua dan aku bawa jer
- imigration tanya aku nak pergi mana, aku hulur kertas tu...
- then settled

maybe la kan...
1- maybe sbb aku ada kredit card masa tuh
2- maybe sbb pasport aku ada ler few cop negara thailand, indonesia gitu...

ooooo.. maybe masa aku pergi Korea tu.. aku nak join Soeul Marathon kot.... tu yang dia tak cek sgt kot....
Quote Dwdrum 25-1-2024 09:45 AM
Kasihan juga heshe tiada duit cukup... Ketika ini winter di korea... If mahu experience snow better pergi ke vietnam.. Sapa... Ada winter snow tetapi tidak thick seperti korea lag... Cuma hadap rupa cina and local viets lah... Bukan korean....
Quote gekkou 25-1-2024 09:46 AM
soalan
kalau kena deport balik kan
tiket flight kena beli sendiri or imi tu sponsor?
Quote Pumpkinhead 25-1-2024 10:30 AM
pelik pelik dah syarat nak masuk korea....ikut nasib je ni lepas or not
Quote ihtisyam1 25-1-2024 10:38 AM
korea tu negara racist nak mampus..... cukup ckup la mengkayakan diaorg
Quote zuri154 25-1-2024 10:38 AM
Aku gi korea 5 taun lps under company trip. Pegi blk naik korean air. Masa tu gi musim panas. Smpi2 gi itawon mkn kt situ. Pastu nk gi solat zuhur. Mak oi masjidnyd kena mendaki jalan bertembung dgn org blk solat jumaat. Jln2 kt sana byk berbukit. Berkicap ketiak. Mgkn gi korea musim panas, aku rasa xde nk repeat blk gi korea
Quote sukacactus 25-1-2024 10:49 AM
Ntah la kalau korea, maybe nak ke jeju je
Lebih berminat dgn japan
Pergi berkali2 pun rasa nak pergi lg
Quote Decaffeinated 25-1-2024 11:08 AM
Air Asia sahaja satu hari 2 kali pagi petang hangkut ummah2 caprut ni nak rasa musim luruh, musim bunga bagai.

Baru ada 2-3 kes terus tuduh Korea rasis.

Terima kasih immi Korea tolong tapis geng2 kepam ni. Jasamu dikenang.


Quote Firenzza 25-1-2024 11:19 AM
Masuk msia jg huntong, xde tiket balik pun muntri dtg tlg setel
Quote Clan204 25-1-2024 11:25 AM
adan uke

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059603 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top