CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mereka Akan Carum Dalam KWSP", Pengambilan Penjawat Awam Tetap Baharu Tidak Berpencen

25-1-2024 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15644| Komen: 148

Description: KAJANG: Pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, kata Timbalan Perdana Me ...

KAJANG: Pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ahmad Zahid berkata Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut menyatakan terdapat kekeliruan daripada kenyataan bahawa pengambilan baharu penjawat awam adalah jawatan kontrak.

"Ia tidak bermaksud begitu, ia kontrak untuk tempoh singkat sebelum Kabinet luluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.

"Mereka akan carum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kerajaan beri sumbangan seperti lazim dilakukan pada petugas swasta," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam di Sungai Merab hari ini.


Ahmad Zahid turut memaklumkan tanggungan kerajaan untuk bayaran pencen akan mencecah RM120 bilion pada 2040 sekiranya pengambilan tetap bagi penjawat awam diteruskan.

"Penjawat awam sedia ada diteruskan iaitu tetap dan berpencen... saya ingin jelaskan bahawa yang baharu sahaja (terlibat)," katanya.

Semalam, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenal bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Presiden UMNO itu berkata ia adalah tindakan yang baik dan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

"Saya fikir lebih ramai lebih baik. Itu hak ahli Parlimen sendiri secara individu dan kini kerajaan ada 153 sokongan ahli Parlimen. Semakin banyak dukung Perdana Menteri, semakin kuat beliau," katanya.

Zulkafperi hari ini berkata keputusan menyatakan sokongan kepada Anwar adalah untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasan Parlimen Tanjong Karang terus terbela selain mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur serta keperluan setempat.

Beliau menjadi wakil rakyat pembangkang keenam daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar selepas Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Sumber - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 25-1-2024 09:13 AM
Seorang presiden yg mengkhianati amanat bangsa. Semoga kubur berasap.
Quote AbukRokok 25-1-2024 09:22 AM
mgkin strategi utk fill semula kwsp
Quote putericahaya999 25-1-2024 09:26 AM
Umno pun kalah dgn ph... so PN byk point nak bangkit next pru.... pencen MP dan adun pun tlgla stop... baru adil
Quote MissYouSayang 25-1-2024 09:28 AM
Ingat ke madanon nk mansuh pencen politician tp rhopernyeh pencen acik gomen yg seciput tu yg diusik ..politician b'khidmat 5thn dah blh dpt pencen penuh tp acik gomen kena b'khidmat 30 thn dulu baru dpt.
Quote Rogue98 25-1-2024 09:31 AM
MP2 pembangkang tak bersuara langsung kat parlimen. Kos hidup semakin naik..korang diam jer..
Mana Dr Sam yg kononnye calon PM yg bombastic fantastic mr lova lova tu?
Quote edayildiz 25-1-2024 09:33 AM
jd apa beza keja gov ngn keja swasta nanti?
i teringin nk jd acik gov
Quote annehuda 25-1-2024 09:39 AM
Bagus gak aku rasa. Takdela geng doktor bbnu spm tak seberapa tapi sanggup belajar jadi doktor kt kolej swasta merempan nak jadi tetap jah
Quote annehuda 25-1-2024 09:40 AM
Also aku rasa swasta pun sbnrnye mcm keje kontrak jgk, masa awal kita masuk kan kite ada sign kontrak jugak sbnrnye. Cuma tak direnew setiap tahun je. So aku assume pelaksanaan keje kontrak ni mcm tu lah kot
Quote dio5774 25-1-2024 09:42 AM
Rogue98 replied at 25-1-2024 09:31 AM
MP2 pembangkang tak bersuara langsung kat parlimen. Kos hidup semakin naik..korang diam jer..
Mana D ...


ko 24 jam duduk dalam parlimen ke kata langsung tak bersuara.. ntah tengok ke tak


Quote dio5774 25-1-2024 09:45 AM
kesian...mesti melayu2 yg suka meloncat2 dulu masa kerjaan baru naik kini dapat menarik nafas lega bila pencen yg pekerja gomen majoriti anak melayu pun dah diusik.. hadaplah 5 tahun pun tak sampai lagi macam2 jadi

Quote supernaturalee 25-1-2024 09:49 AM
edayildiz replied at 25-1-2024 09:33 AM
jd apa beza keja gov ngn keja swasta nanti?
i teringin nk jd acik gov

Calling2 @acikgomen

Quote Pumpkinhead 25-1-2024 10:29 AM
gitu...ada pro dan kontra nya
Quote Decaffeinated 25-1-2024 10:51 AM
Pencen ni idea sosialis leaning ke kiri yang melayu2 sangat anti. Ka sebenarnya melayu2 ni sekian lama tak sedar kena tipu?

Quote Clan204 25-1-2024 10:53 AM
Rogue98 replied at 25-1-2024 09:31 AM
MP2 pembangkang tak bersuara langsung kat parlimen. Kos hidup semakin naik..korang diam jer..
Mana D ...

semua pun jenis pujimak punya wakil... janji tembolok sendiri lepas sudah la
Quote edayildiz 25-1-2024 11:07 AM
supernaturalee replied at 25-1-2024 09:49 AM
Calling2 @acikgomen


acikgomen dh lama xde kn
dh bersalin kulit kot org tua tu
Quote mojarean_X 25-1-2024 11:38 AM
dio5774 replied at 25-1-2024 09:45 AM
kesian...mesti melayu2 yg suka meloncat2 dulu masa kerjaan baru naik kini dapat menarik nafas lega b ...

Screenshot_20240123_230458_Chrome.jpg
Quote sleepandream 25-1-2024 11:47 AM
zaman2 80an dolu orang lagi prefer keje swasta sbb payment tinggi + bonus byk...
sampaila lama2 gaji penjawat awam match dgn gaji swasta... pastu ada pencen... ramai nak keje kerajaan... terjamin masa depan... lepasni pekerja gred rendah for sure lg prefer swasta... tak terikat tangga gaji... lompat2 company every 3-5 years dah dpt gaji lg banyak... yg golongan professional mcm doktor lagi la takmau... tekanan kerja patient ramai kene pulak pindah pedalaman...

tengoklah akan datang kalau still takleh sustain, subsidi hospital2 kerajaan yg acik2 forum dambakan pun bakalan ditarik... masatu baru tau saving rm100-200k taknak ambik takaful medical card tu tak banyak mana pon nilai 20-30 tahun mendatang
Quote honey_yayan 25-1-2024 11:48 AM
Dulu tony pua bentangkan nak mansuh pencen puak2 bn wak jahid la paling menentang.sekarang dia sendiri jadi juru cakap
Quote caprut 25-1-2024 12:05 PM
dio5774 replied at 25-1-2024 09:45 AM
kesian...mesti melayu2 yg suka meloncat2 dulu masa kerjaan baru naik kini dapat menarik nafas lega b ...

Aku rasa melayu PH okay je. Sbb majoriti melayu PH x kjee gomen. Ramai melayu pantai timur dan johor je kjer gomen ni

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.236814 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top