CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Hasil Siasatan Menunjukkan Tiada Sebarang Kes Terhadap Anwar Ibrahim,” – SPRM

25-1-2024 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10595| Komen: 29

Description: PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa tiada siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa tiada siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPRM dalam kenyataan berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar susulan akuan bersumpah Datuk Abdul Murad yang telah dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.

Katanya, siasatan telah dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan Bank Negara Malaysia termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura.

“Hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Anwar,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, SPRM berkata, enam kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan Pejabat Peguam Negara telah memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.


“Justeru, SPRM ingin menekankan bahawa dakwaan BPR/SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah Abdul Murad adalah tidak benar sama sekali malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 25-1-2024 09:22 AM
Suruhanjaya penghabis riyal malaysia
Quote putericahaya999 25-1-2024 09:24 AM
Aman palestin bila nak didakwa
Quote dio5774 25-1-2024 09:50 AM
tak pernah lg dalam sejarah malaysia PM didapati bersalah rasuah..kecuali bila dah jadi bekas pm
Quote alesandra 25-1-2024 10:01 AM
Saka tua tu dah nyanyuk...yg gi layan gak napa.barua pencacai dia  je yg telan bulat2
Quote Pumpkinhead 25-1-2024 10:40 AM
hadir untuk membaca sajo
Quote Decaffeinated 25-1-2024 10:41 AM
berdarah mata hidung telinga haters
Quote Radzor 25-1-2024 10:44 AM
Ofis pkr ngan rumah nuart duduk tu bayar sewa ke idok. Ke cina sponsor?
Quote Clan204 25-1-2024 11:02 AM
Radzor replied at 25-1-2024 10:44 AM
Ofis pkr ngan rumah nuart duduk tu bayar sewa ke idok. Ke cina sponsor?

soalan susah jgn tanya boleh tak? kikiki
Quote Firenzza 25-1-2024 11:13 AM
Radzor replied at 25-1-2024 10:44 AM
Ofis pkr ngan rumah nuart duduk tu bayar sewa ke idok. Ke cina sponsor?

Yg tu kena tggu pmx jd xpm plk
Quote Orix 25-1-2024 11:38 AM
Radzor: Ofis pkr ngan rumah nuart dudu ...


Tggu bila pmx dh jd xpm bru kita tgok kesudahnnya
Quote mojarean_X 25-1-2024 11:39 AM
Syukur. Lindungilah susuk tubuh bernama Anwar Ibrahim dari segala fitnah jahat manusia
Quote msdummy.2018 25-1-2024 06:00 PM
dio5774: tak pernah lg dalam sejarah ma ...



Hahahahha..ni betulllll
Quote Skuau 25-1-2024 06:54 PM
Edited by Skuau at 25-1-2024 06:56 PM
dio5774 replied at 25-1-2024 09:50 AM
tak pernah lg dalam sejarah malaysia PM didapati bersalah rasuah..kecuali bila dah jadi bekas pm


SEBABnya jugok..belum pernah lg dalam sejarah negara ini... seorang PM membuat laporan kpd polis,sprm...bahawasanya diri dia tu...korup
Quote pengecatbintang 25-1-2024 07:07 PM
dio5774 replied at 25-1-2024 09:50 AM
tak pernah lg dalam sejarah malaysia PM didapati bersalah rasuah..kecuali bila dah jadi bekas pm

SPRM berkata, enam kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan Pejabat Peguam Negara telah memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.

2002 sama ada Atok or Pak Lah Pee Eem..

DSAi masa tu dalam penjara kott n dah dipecat dari Umngok n tak de pegang apa2 jawatan gomen..

so, DSAI x der kuasa masa tu utk campurtangan siasatan kes terhadap beliau




Quote pengecatbintang 25-1-2024 07:09 PM
Radzor replied at 25-1-2024 10:44 AM
Ofis pkr ngan rumah nuart duduk tu bayar sewa ke idok. Ke cina sponsor?

elok lapor ke SPRM ni..

biar DSAI kena dakwa
Quote Perwira2022 25-1-2024 07:39 PM
Tunggu next PM bukak balik kes ni. Semasa BPR siasat tahun 2002 dulu BPR buat keje sambil lewa. Kalau fitnah kenapa Nuar tak berani saman Dato Murad Khalid.
Quote febreze 25-1-2024 09:14 PM
u jaga i, i jaga u.. kata seseorang kpd pkcik sprmy
Quote alesandra 25-1-2024 10:07 PM
pengecatbintang replied at 25-1-2024 07:07 PM
SPRM berkata, enam kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12  ...

zaman si nyanyuk tu laaa.paklah  2003
Quote alesandra 25-1-2024 10:10 PM
Perwira2022 replied at 25-1-2024 07:39 PM
Tunggu next PM bukak balik kes ni. Semasa BPR siasat tahun 2002 dulu BPR buat keje sambil lewa. Kala ...

bodo nyer ko neh..... 2002 tu zaman tua celaka tu laa.fitnah sambil lewa ketttewwww.sendiri buat.. sendiri meroyan

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073390 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top