CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kami Mencabar Anda", Syarikat Ini Tawar Lebih RM47,000 Jika Tak Main Telefon Pintar Selama Sebulan

23-1-2024 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10377| Komen: 46

Description: Di zaman moden ini, semakin hari semakin banyak model telefon pintar yang begitu canggih dihasilkan oleh pengeluar. Hampir setiap hari semua orang menghabiskan waktu yang agak lama menggunakan telefon ...


Di zaman moden ini, semakin hari semakin banyak model telefon pintar yang begitu canggih dihasilkan oleh pengeluar. Hampir setiap hari semua orang menghabiskan waktu yang agak lama menggunakan telefon pintar untuk pelbagai tujuan. Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai akses internet.

Walau bagaimanapun, ada kebaikan serta keburukan apabila menggunakan telefon pintar ini. Antara kebaikan mempunyai telefon pintar, kita boleh berkomunikasi dengan seseorang pada bila-bila masa dan di mana-mana kita berada. Sebagai contoh, berkomunikasi menggunakan aplikasi Whatsapp.

Namun, jika kita menggunakan telefon pintar tanpa kawalan, ia akan menyebabkan pembaziran masa dan boleh menjejaskan kesihatan. Bukan itu sahaja, hampir keseluruhan pengguna telefon pintar akan bermain telefon di kedai makan walaupun bersama keluarga. Ia memberi impak yang buruk kepada diri sendiri.


Bercakap mengenainya, baru-baru ini syarikat pembuat yogurt di Amerika Syarikat telah menawarkan hadiah sebanyak AS$10,000 (RM47,105) kepada individu yang berjaya menjalani kehidupan tanpa telefon pintar selama sebulan, lapor USA Today.

Siggi’s Dairy, atau dikenali sebagai Siggi's, juga menawarkan hadiah lain kepada 10 pemenang bertuah yang memilih untuk menyertai program detoks digital 30 hari mereka.

Menurut syarikat berkenaan, tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk membuktikan kepada orang ramai mengenai manfaat bebas digital. Selain itu, mereka juga berharap semua orang boleh memulakan tabiat sihat untuk tahun baharu.

“Kami mencabar anda untuk tidak menggunakan telefon pintar selama sebulan.

“Kami percaya pada kuasa untuk menjalani kehidupan yang lebih sederhana tanpa gangguan. Salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita hari ini ialah telefon pintar kita," jelas syarikat itu.

Dalam pada itu, sebelum dipilih, peserta perlu menghantar esei sebanyak 100 hingga 500 patah perkataan. Tajuk yang diberikan adalah "mengapa anda memerlukan detoks digital dalam hidup dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda secara positif."

Pada akhir peraduan, 10 peserta yang berjaya akan membawa pulang wang tunai dan 60 cawan yogurt keluaran syarikat itu. Tempoh pendaftaran peraduan bermula pada 17 Januari dan berakhir pada 31 Januari ini.

Peraduan tersebut hanya terbuka untuk rakyat Amerika Syarikat yang berumur 18 tahun ke atas.

Sumber: USA Today

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 23-1-2024 08:57 AM
mehhh kasi kat meols

meols pun mmg tetiap pagi makan yogurt
Quote sagiman91 23-1-2024 09:04 AM
where can i sign up?
Quote Belibis 23-1-2024 09:07 AM
Cer cabar orang tak berduit macam aku ni...setakat sebulan apa la sangat.
Quote shernazz 23-1-2024 09:22 AM
Tak tengok forum seminggu dah menggigil kan korang nak hencap
Quote chinta89 23-1-2024 11:41 AM
shernazz replied at 23-1-2024 09:22 AM
Tak tengok forum seminggu dah menggigil kan korang nak hencap

iols lama x berforum, berbulan2 x tau kenapa mcm takde mood sb otai2 mcm dah x masuk sini kan, plus Dammerung stop update dh kisah2 dia. menggigil kjp lama x menghentam dlm nih
sehinggalah kematian SS, terus log in masuk cari thread dia. n now hari2 masuk berkuntum kat sini.

Quote nikaido 23-1-2024 11:46 AM
Aku kalau bukan pasal kerja memang tak guna sgt hp. Cabaran ni aku boleh je buat
Quote Firenzza 23-1-2024 11:49 AM
Klau guna hp org lain dia blh detect ka?
Quote ezacbee 23-1-2024 11:51 AM
Sebulan x bukak forum xde hal laa..
Tengok berita ngan melodi.
Janji dapat duit... duit.. duit...

Quote kitaserupaaa 23-1-2024 12:46 PM
Aku rasa geng yg lahir sebelum 90an boleh je hidup tanpa hp sbb dah pernah lalu fasa tu & tahu alternatif to get things done tanpa hp.
Quote uori 23-1-2024 12:50 PM
sebulan je? setahun pun ezpz
Quote mikasa 23-1-2024 01:17 PM
Upah org lain utk handle hp dgn rm3k..profit 7k
Quote imransulaiman 23-1-2024 01:24 PM
Amish people relax je takde communication dengan dunia luar. Setakat sebulan tu no hal bagi dorang..
Quote gigahertz 23-1-2024 01:37 PM
Kitty_catz: mehhh kasi kat meolsmeols pun mmg tetiap pagi makan yogurt

i dah biasa set phone i silence. mmg ramai la orang komplen call x berangkat.

Quote Pumpkinhead 23-1-2024 01:40 PM
boleh try....tapi dia nak US citizen sajok
Quote Kitty_catz 23-1-2024 01:40 PM
chinta89 replied at 23-1-2024 11:41 AM
iols lama x berforum, berbulan2 x tau kenapa mcm takde mood sb otai2 mcm dah x masuk sini kan, plu ...

sapooo yg ninggal tu? ahli porem?
Quote Kitty_catz 23-1-2024 01:41 PM
shernazz replied at 23-1-2024 09:22 AM
Tak tengok forum seminggu dah menggigil kan korang nak hencap

porem pun cam dah tak best la kaka now
Quote Kitty_catz 23-1-2024 01:42 PM
gigahertz replied at 23-1-2024 01:37 PM
i dah biasa set phone i silence. mmg ramai la orang komplen call x berangkat.

eh sama la , tp during working hrs je
Quote gigahertz 23-1-2024 01:52 PM
Kitty_catz replied at 23-1-2024 05:42 AM
eh sama la , tp during working hrs je

i 24 jam . kalau gi jumaat i airplanekan je. lepas tu terlupa nak off airplane
Quote shernazz 23-1-2024 02:13 PM
chinta89 replied at 23-1-2024 11:41 AM
iols lama x berforum, berbulan2 x tau kenapa mcm takde mood sb otai2 mcm dah x masuk sini kan, plu ...

Hahaha
Kiranya suhaimi.saad punya pasal uols masuk forum EK...hahaha..
Bangun dari kuburan pakcik tu Kang..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052541 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top