CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah IPTS Gaji Terakhir RM1,900 Berhenti Kerja & Jadi “Cleaner” Di Singapura, Kini Gaji RM10,900

23-1-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9674| Komen: 8

Description: Seorang pengguna Facebook baru-baru ini berkongsi kisahnya berhijrah dan mencari rezeki di Singapura demi masa depan yang lebih baik.


Seorang pengguna Facebook baru-baru ini berkongsi kisahnya berhijrah dan mencari rezeki di Singapura demi masa depan yang lebih baik.

Menurut pengguna tersebut, dia nekad meninggalkan pekerjaan semasanya sebagai tenaga pengajar di IPTS dan menjadi tukang cuci di negara jiran tersebut.

Keputusan untuk mencari rezeki di negara republik itu juga didorong rasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup dan beban kewangan yang lain.

Kisah perjalanan hidup itu dimuat naik pengguna FB berkenaan menerusi kumpulan Muflis Bankrupt di Malaysia.

Keputusan yang diambil itu menyaksikan pengguna FB itu dapat menikmati gaji yang berlipat kali ganda.

Katanya, dia sudah menjadi tenaga pengajar di IPTS itu selama lima tahun dan gaji terakhir yang diterima adalah RM1,900 sahaja.

Di Singapura pula, biarpun pekerjaan tersebut tidak glamour seperti kerja lamanya, gaji yang diterima cukup lumayan dan berbaloi.


“Alhamdulillah dapat kerja tukang cuci, gaji pokok S$3,100,” ujarnya.

Maka tak hairanlah, pengguna FB itu menganggap mencari rezeki di Singapura adalah jalan pintas untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

Bukan itu sahaja, dia turut menasihati orang ramai yang berdepan dengan situasi serupa untuk berani berhijrah.

“Buntu hutang berpuluh ribu, ni je la jalan pintas korang ada. Gaji pertama pun dah boleh bayar macam-macam. Korang takkan menyesal.



“Kalau orang lain kata sesak kat Singapura tu macam buat teruk. Percayalah kalau dah kerja, korang boleh hadap sebab rasa berbaloi dengan apa korang dapat,” katanya lagi.

Pengguna FB itu juga sempat menitipkan beberapa pesanan kepada mereka yang mahu mencuba nasib bekerja di negara itu.

“Mohon kerja, minta doa mak ayah dan terus cari kerja sampai dapat. Paling penting kena percaya dengan diri sendiri.

“Korang tak perlukan orang lain untuk percaya diri korang boleh kerja di Singapura.

“Gaji besar macam ni mimpi je boleh dapat, kan? Tetapi sebenarnya realiti,” kata pengguna FB itu di akhir perkongsiannya.

Sumber: Mothership.sg/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Clan204 23-1-2024 11:16 AM
kerja spore tinggal malaysia = ok
kerja spore tinggal spore = pitam dek
Quote kitaserupaaa 23-1-2024 12:48 PM
Mahal gak gaji tukang sapu kt spore. Gaji tukang sapu kat msia aku rasa gaji minimum rm1500. Dulu ade kerani kontrak tmpt aku resign 24hrs sbb nak keje kat epot spore. Tapi lepas few months cari balik keje kat msia sbb katanya tak berbaloi gaji dgn penat kene hadap nak kuar masuk spore. Sampai kat rumah kul 9/10pm, kul 4/5 am dah kene bangun gi keje.
Quote cm_vungtau 23-1-2024 12:59 PM
Membohong sangat cleaner 3k sgd. 3k ringgit ye aku percaya. Dulu masa belajar sana ada cleaner2 orang Mesia kul 4 pagi dah keluar rumah. Katanya sebab sapu sampah dapat 2000 ringgit. Sebab belajar tak tinggi, kalau kat Mesia berapa sen aje. Kalau 3k ringgit aku percaya. Kalau 3k sgd membongak.
Quote Pumpkinhead 25-1-2024 10:58 AM
ok lah rezeki dia di singapura
Quote Kipaskiok 26-1-2024 09:25 PM
klu nk cari duit..mmg kena merantau laa...kan mmg org2 dulu dh kata, jadi pendidik ni xakan kaya dari segi harta benda
Quote Kipaskiok 26-1-2024 09:25 PM
mujurla dia ada rezeki disana
Quote Kipaskiok 26-1-2024 09:25 PM
semoga urusan dia dipermudahkanlaa...dh itu pilihan dia kan
Quote laqoyah 9-2-2024 09:52 AM
staff cari forum apply le...sampai bila nak jdik batu api kannn

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.113944 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top