CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Dilayan Seperti Penjenayah, Saya Harap Polis Kita Tidak Diganggu Oleh Orang Politik" – Tun Mahathir

23-1-2024 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5527| Komen: 34

Description: PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau seolah-olah diperlakukan seperti ‘penjenayah’ selepas lebih 10 kali disoal siasat oleh polis sejak beberapa tahun lalu ke ...



PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau seolah-olah diperlakukan seperti ‘penjenayah’ selepas lebih 10 kali disoal siasat oleh polis sejak beberapa tahun lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sebulu dengan pemerintah.

“Sekejap-sekejap saya disoal polis macam saya ni ‘common criminal’ (penjenayah yang kerap melalukan kesalahan). Ada laporan je (sahaja) polis duk (asyik) tanya saya. Saya jawab la, saya seorang rakyat yang mengikut undang-undang,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai diambil keterangan polis di sini, hari ini.

Sebelum itu, tiga pegawai polis dari Bukit Aman hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini bagi mengambil keterangan Dr. Mahathir berhubung kenyataan sensitif membabitkan kaum India.

Mengulas mengenai proses keterangan tadi, Dr. Mahathir berkata, beliau ditanya 19 soalan berhubung isu berkenaan dan mendakwa berasa sedih kerana polis yang selama ini mempunyai reputasi baik diarahkan oleh ahli politik untuk memberi tekanan kepada rakyat.


“Saya harap polis kita tidak diganggu oleh orang politik. Polis ditubuhkan untuk melindungi rakyat tapi jika polis digunakan untuk tekan rakyat maka rakyat akan jadi takut,” ujarnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 23-1-2024 05:47 PM
sapa polis tu? mesti pangkat besar juga tu...
Quote Buritan 23-1-2024 06:25 PM
salimrock: sapa polis tu? mesti pangkat b ...


Malas aku org politik ni.. ko kata aku.. aku kutuk ko.. aku tipu ko.. ko dajal aku..

Yg semekin totaplee rakyat.. yg kayee tetap depa.. hahha.. so lantaklee tua ni kena hempuk dgm polis pun ade aku kisah
Quote xdielzx 23-1-2024 06:29 PM
dah mmg penjenayah pun...
Quote mojarean_X 23-1-2024 06:32 PM
f809281bafc8e836ffdfb063c216dfb5.jpeg
Quote snowflakes 23-1-2024 06:36 PM
What you give, you get back
Quote Purplehaz 23-1-2024 07:49 PM
Bertahan Tun...lg setahun lbh jer nak celebrate 100 years jubilee!

Quote Rogue98 23-1-2024 08:46 PM
Org dah advise lama dah...duk rumah main dgn cucu jer lah....atau duk kat masjid buat ibadah...tapi atok ni gigih lah sana sini menghasut rakyat...fitnah najib merata....najib dah masuk jail pun tak puas hati ....serang Anwar pulak ...
Quote dua_chzy 23-1-2024 08:48 PM
AMBOOOIIIIIIII CAKAP MACAM TERPALING VICTIMMMMMN
Quote ultra78 24-1-2024 07:07 AM
Dia dah lupa waktu dia ada kuasa dulu
Quote aint 24-1-2024 07:38 AM
dia ni takda cermin ka kt umah tu...
Quote laqoyah 24-1-2024 08:11 AM

Quote shida81 24-1-2024 08:16 AM
Ak sebenranya OK je smua taikun2 ngn menteri2 kn siasat tp klu nk siasat.. siasat smua.. Baru fair smua org nampak.. Jgn la pilih2 bulu nampak Sgt personal..... Ntah sampai bile nk mcm ni.. Sok yg ni jatuh dia pulak yg kn
Quote mayaHD 24-1-2024 09:49 AM
PMX belajar ngan ko la atok, ko ingat dia duduk dlm jel lama2 tu takde strategi ke ahahhaha yg penting geng maha kaya kena gak sama ngan rakyat besa
Quote lasagna 24-1-2024 09:52 AM
dua_chzy replied at 23-1-2024 08:48 PM
AMBOOOIIIIIIII CAKAP MACAM TERPALING VICTIMMMMMN

yezzaaa terpaling victim!


Quote mamajawie 24-1-2024 11:06 AM

Quote kucingitam 24-1-2024 11:34 AM
when pot forgot it was black, once..
Quote ifanonline 24-1-2024 11:39 AM
Quote mojarean_X 24-1-2024 11:44 AM
ifanonline replied at 24-1-2024 11:39 AM

Oh nilah yg famous mata lebam tu yg menginspirasikan bendera PKR mata satu tu
Quote mojarean_X 24-1-2024 11:45 AM
ifanonline replied at 24-1-2024 11:39 AM

Rahim noor tersenyum sinis

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052437 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top