CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Terkejut, Sedih Tyzo Kata Begitu..Saya Telah Menganggap Tyzo Seperti Adik Sendiri" – DJ Lin

20-1-2024 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18339| Komen: 123

Description: Pengurus Besar dan juga penyampai radio Suria FM, DJ Lin mengakui sedih dan tergamam dengan ayat yang terpancul keluar dari mulut bekas penyampai, Tyzo pada hari terakhir kontraknya di tamatkan pada 1 ...


Pengurus Besar dan juga penyampai radio Suria FM, DJ Lin mengakui sedih dan tergamam dengan ayat yang terpancul keluar dari mulut bekas penyampai, Tyzo pada hari terakhir kontraknya di tamatkan pada 12 Januari lalu.

Ujar DJ Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid, dia sedih dan terkejut dengan kenyataan Tyzo apabila mengatakan dirinya dianiaya semasa mengucapkan terima kasih pada hari terakhir dia ke udara.

Lebih membuatkan wanita berusia 49 tahun itu sedih apabila selama ini, hubungannya bersama Tyzo sangat rapat umpama adik beradik.

“Saya sangat sedih dan tidak sangka Tyzo tergamak keluarkan kata-kata sebegitu (dianiaya). Selama ini hubungan kami ibarat adik beradik.

“Saya tidak tahu masalah dia sehingga sanggup mengeluarkan perkataan itu.

“Saya telah menganggap Tyzo seperti adik sendiri kerana kami sudah saling mengenali sejak 2006 lagi sewaktu dia bertugas di Suria FM sehingga tamat kontrak pada 2012,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah DJ Lin lagi, ketika dia dilantik sebagai Pengurus Besar Suria FM, antara langkah pertama yang dibuat adalah memanggil kembali tiga bekas penyampai dan salah seorangnya adalah Tyzo.

“Ketika saya usulkan nama dia kepada pihak pengurusan tertinggi Suria FM, Alhamdulillah dia diberi rezeki untuk kembali berkhidmat semula pada 2016.

“Sejak itu juga hubungan kami semakin rapat. Saya tak nampak di mana silapnya. Saya tidak mengatakan orang tak berhak benci saya, cuma saya sayangkan ikatan yang sudah terjalin,” katanya.

Dalam masa sama, DJ Lin berkata, dia belum bersedia untuk berjumpa empat mata dengan Tyzo buat masa sekarang sementara isu masih lagi panas.

“Kalau dia nak jumlah biarlah antara dia dengan pihak pengurusan Suria FM saja,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-1-2024 10:55 AM
Bape byk thread nk bukak ttg mende ni?
Quote September14 20-1-2024 11:49 AM
Ada yg jenis baik dia redha je… dpt jnis x duk diam mmg btemu buku n ruas lah….
Quote aldinaa 20-1-2024 11:52 AM
Lambat nau baru mengaku adik. Udah basi! Bak kata dian sastro
Quote mawardia 20-1-2024 11:58 AM
Gitulah MO dia. Sebak-sayu-dah-anggap-adik-beradik everytime kena kecam. Masa kes FA dulu gitu jugak. FA senyum sinis jer lah.
Quote zuriey 20-1-2024 12:09 PM
Kalau sorng je mengata ko mungkin la ini beramai2 dj mengata ko
Quote delia3003 20-1-2024 12:11 PM
Edited by delia3003 at 20-1-2024 12:12 PM
mawardia replied at 20-1-2024 11:58 AM
Gitulah MO dia. Sebak-sayu-dah-anggap-adik-beradik everytime kena kecam. Masa kes FA dulu gitu jugak ...


Masa kes tarik tali dengan FA hari tu, lepas tu Fa tak sambung contract, terima offer radio lain, dj l pun merempan jugak. Time Tyzo ditamatkan contract awal, Tyzo merempan. So, merasa lah buku bertemu ruas.
Quote Purplehaz 20-1-2024 12:17 PM
Gitulah kehidupan...bagai kcg lupakan skin??.

Kdg jadi bos ni..org atas yg tegur, ..kita yg dipersalahkan..dituduh x jaga..mulalah msm muka..buat perangai
Quote dua_chzy 20-1-2024 02:06 PM
Anggap adik taik kucen la suma ni.

You co workers are not your family hokeh. Kau mati sok, lek2 ja kau digganti dengan orang lain. Takdanya co worker kau nak berkabung bersedih macam kematian adik beradik sedarah sedaging sundri.
Quote fido_dido 20-1-2024 04:07 PM
dah2 la bukak benang pasal ni hoih menyampah dah aku. yang penting tetap xde jawapan kenapa nama si tyzo xdihtr ke abpbh
Quote seripahzeripah 20-1-2024 04:17 PM
Kak saripah jumpa ni dlm comment fb si tua ni...wowwww hangat...jemput mengata semua.. Screenshot_20240120-161536_Facebook.jpg Screenshot_20240120-161544_Facebook.jpg Screenshot_20240120-161555_Facebook.jpg
Quote sharlenetexas 20-1-2024 04:39 PM
seripahzeripah replied at 20-1-2024 04:17 PM
Kak saripah jumpa ni dlm comment fb si tua ni...wowwww hangat...jemput mengata semua..

Semoga dj sonic menang abp kali ni. Dari tahun lepas lagi dia nk menang. Satu angkasapuri undi dia tau!

Quote sxxsso 20-1-2024 05:42 PM
Tak berkenan tengok dj lin, kalau buka radio keluar segmen dia je memang iolls tukar
Quote lilacomot 20-1-2024 05:50 PM
seripahzeripah replied at 20-1-2024 04:17 PM
Kak saripah jumpa ni dlm comment fb si tua ni...wowwww hangat...jemput mengata semua..

Wow... Panassss...btul la scandal rentua seperti ug ku duga smlm
Quote jihah_kudat 20-1-2024 05:59 PM
seripahzeripah replied at 20-1-2024 08:17 AM
Kak saripah jumpa ni dlm comment fb si tua ni...wowwww hangat...jemput mengata semua..

wow panas patut la backup bukan main siap mention semua atas tanggungjawab saya rupanye.. siap cakap nak amek tindakan kalau ada komen yg burukkan suria rupanya nak coverline kes lain. tyzo dah boleh duk diam2..ini lagi hot ni..so reporter malaysia apa lagi cepat la cedok hot gosip nie
Quote Denco 20-1-2024 05:59 PM
Alasan bodoh nenek kebayan, terperanjat konon. Masa last day tyzo pun ada ke ko bg kata² semangat... Berdiri tepi pintu mcm mak tiri, klu aku jd tyzo pun x hingin nk manis muka
Quote Piramida 20-1-2024 06:42 PM
seripahzeripah replied at 20-1-2024 04:17 PM
Kak saripah jumpa ni dlm comment fb si tua ni...wowwww hangat...jemput mengata semua..

Wah panas ni.
Patutlah back up baik punya... Walau pun selalu sakit MC bagai tetap kesayangan company.
Quote Piramida 20-1-2024 06:45 PM
fido_dido replied at 20-1-2024 04:07 PM
dah2 la bukak benang pasal ni hoih menyampah dah aku. yang penting tetap xde jawapan kenapa nama si  ...

Tp ada cerita panas. So benang ni x salah hehehehe
Quote VespaSilbe 20-1-2024 06:47 PM
seripahzeripah replied at 20-1-2024 04:17 PM
Kak saripah jumpa ni dlm comment fb si tua ni...wowwww hangat...jemput mengata semua..

Jj tu sapa kek pah
Quote eyansss 20-1-2024 07:07 PM
adik beradik kandung pun bersepah toxic lin oiiiii…  ni kan pulak acah anggap adik…

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.224754 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top