CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mereka Buat Kesimpulan Saya Tak Berminat...", Tyzo Hanya Minta Naik Gaji RM500

19-1-2024 07:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14457| Komen: 89

Description: Penyampai radio Suria FM, Tyzo menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang ...



Penyampai radio Suria FM, Tyzo menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang tadi.

Katanya, kebiasannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum kontrak tamat.

Namun, katanya, dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.

"Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak 'update' pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

"Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

"Saya mengaku ada minta naikkan gaji RM500 walaupun pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu.


"Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji," katanya kepada BH Online.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 19-1-2024 08:37 PM
Mana official statemnt dj lin weh?nak bacaaa
Quote LadyCarefree 19-1-2024 10:46 PM
Edited by LadyCarefree at 19-1-2024 09:47 PM

Dia ingat dia menang award maka sama taraf dgn Sy Shahirah tu boleh suka2 kontrak 6 bulan? Dahlah tak professional pi canang org lain punya kontrak berapa lama.

Divalah tu demand naik gaji lepas menang award. Kalau bagus sgt, company yg akan offer habuan supaya awak stay.

Yang pi libatkan DJ Lin sampai dia kena maki hamun dan org nak dia kena buang kerja tu kenapa? Kenapa pula tuduh DJ Lin aniaya sampai tular video fitnah tu?

Oh ya, Diva lah tu nak tunggu last minute baru nak bagitau nak sambung kontrak atau tak. Pihak pengurusan dah meeting dgn awak kan? Dah tanya, kan? Padan muka pihak pengurusan tak hadap pun dgn dia.

Quote delia3003 19-1-2024 10:52 PM
Edited by delia3003 at 19-1-2024 10:53 PM
LadyCarefree replied at 19-1-2024 10:46 PM
Dia ingat dia menang award maka sama taraf dgn Sy Shahirah tu boleh suka2 kontrak 6 bulan? Dahlah ta ...


Bukan dia sorang je complain pasal si dj l tu. Dia sebagai orqng besar s kena la hadap, maybe ada kepincangan kat situ. Si dj l tu pun dulu ada merempan pasal fizi ali,  pun nampak tak professional.

#takteambossyoksendiri
Quote LadyCarefree 19-1-2024 11:08 PM
delia3003 replied at 19-1-2024 09:52 PM
Bukan dia sorang je complain pasal si dj l tu. Dia sebagai orqng besar s kena la hadap, maybe ada  ...

Gasaklah yg hal lain. Ni psl mamat diva ni.
Quote delia3003 19-1-2024 11:18 PM
LadyCarefree replied at 19-1-2024 11:08 PM
Gasaklah yg hal lain. Ni psl mamat diva ni.

Maybe bos pun diva dan syok sendiri. So diva vs diva.
Quote fatimahmarkonah 19-1-2024 11:23 PM
Sbb 2 kali tyzo kne cm gini under suria. Tu dia merempan.
Quote msdummy.2018 19-1-2024 11:25 PM
delia3003 replied at 19-1-2024 11:18 PM
Maybe bos pun diva dan syok sendiri. So diva vs diva.

Aku caya jer spesies bos mangkuk hayun mcm ni..tp masih nk slhkan staff..pas tuh nk ckp diri sndr teepaling perfect buat kerja..kalo smpurna sgt sila buat sndr. Jgn upah pekeeja...pas tuh bila staff2 yg bagus ni mntk gaji, dibantainya tekan2..bila staff tuh rela hati resign, xpuas hati lagi siap smbung mengutuk depan staff lain.poyo...ko rasa ko bagus sgt, ko uruslah company ko sorang2
Quote naina 19-1-2024 11:40 PM
Aku rasa sesuai lah tu dengan pengalaman berpuluh tahun sebagai DJ, sehingga menang Abpbh. Aku dari tak kenal sapa tyzo jadi kenal dia lepas memang ABPBH. Nama dia disebut2 je..padahal abpbh tu sendu je pada aku..setakat rm500 je PON nilai naik taraf dia.. berbanding usaha dan pengalaman dia..dan dia xpatut la dilayan sebegitu..Macam budak baru kerja kontrak 6 bulan je dilayan.
Quote kalchi 20-1-2024 12:12 AM
Tp tyzo ni borak mcm org tua tua borak hehe. Sbb dia mmg da berumur la kot. Penah bbrp kali tebuka segmen dia ni, kalau bukan sbb sh shahirah i rs xbest segmen tu.  Sh shahirah tua gak tp dia best sikit. Tyzo mcm old skool dan sesuai untk radio Pahang fm. Ni bukan kecaman tapi jujur dari sanubari i
Quote mishungu 20-1-2024 12:33 AM
Rasa patut je dia mintak gaji naik.. Sbb keje dok ganti si lin tu bila mc.. Byk kali ye dia kena ganti.. Kira tyzo ni flexi la blh je ganti memana..
Quote silampumeja 20-1-2024 01:13 AM
LadyCarefree replied at 19-1-2024 02:46 PM
Dia ingat dia menang award maka sama taraf dgn Sy Shahirah tu boleh suka2 kontrak 6 bulan? Dahlah ta ...

Betullah. Kalau memang bagus betul, mangement yg akan offer and reward u. Menang award semata sebagai indicator dia boleh demand, tak bolehlah. Lagipun award undian. Bukan professional jury. Tp tak significant dgn rating pulak tu. Dah dia pulak nak contract 6 bulan. Pastu macam jejaskan imej syarikat dgn buat live dan dalam masa sama ko masih dibayar gaji oleh syarikat tu. Semua ko buat benda yang menyebelahi ko lebih drpda syarikat.
Looking into this case i syukur sebab haritu i dpt upgrading waktu i cuti panjag sbb kesihatan. Tapi bila tengok performance i, tak sangkalah sbb performance bagus dlm masa 5 tahun ni.
Quote j3m4h 20-1-2024 03:03 AM
LadyCarefree:  Edited by LadyCarefree at 19- ...
wahhh…sabauuu sisss…jgn hentam kromo jeks…ayat se minggu tggu PC dah karang siap2 tau nk   back fire tyzo tu…tok sah nk play victim sgt la… 500 je naik pon bkn 5k sisss…bangkai gajah kalo tutup lelama bau pekong naik …fight mahkamah la kalo berani kerana benar khenz…
Quote nw111 20-1-2024 06:23 AM
Betul ke umur dia 48...nmpk muda..mcm early 30s je
Quote Kurex 20-1-2024 06:50 AM
Sesuai la nyah mintak naik gaji sebab kena ganti djlin yg saban hari mc
Quote Perils 20-1-2024 09:04 AM
Edited by Perils at 20-1-2024 09:06 AM

Ooo haritu ko pun xde plak cite psl ni ek tyzo....dah ada pc barulah ko nak ngaku ada "demand" sikit gaji wpun aku tau 500 tu apa la sgt brbanding talent ko...psl kontrak pun 1hal jugak....ko yg x nak sambung lama sgt pastu expect org merayu2 suruh ko sambung?Syukur je la gaji ko still jalan wpun dlm garden leave.... dah tu malukan management buat live mcm tu....kalau tmpt aku mcm ni habuk apa pun x dpt .....
Quote missyL 20-1-2024 09:07 AM
Klo btol die mitak 500 je.
Mcm ok la kot 500 peningkatan gaji
Cm normal je
Klo x nk bg ckp la xnk bg. Knp buang tros
Quote she 20-1-2024 09:09 AM
Deme ni tak boleh bersemuka ke
Bincang secara profesional
Dah macam kekanak remaja
Bergaduh kat status

Aku baca status kau
Japg aku jawab balik
Pastu lawan ss
Wakakaka
Quote she 20-1-2024 09:13 AM
Oooo jadi dia minta kontrak 6 bulan
Sebab nak ikut cara Rara ke
Mungkin dia bajet dalam tempoh Sept-March ni
Usul naik gaji 500 akan diterima stesen
Rupanya stesen bolayan

Bab keje kontrak ni jangan memain
Kalau kita sendiri minta
Habis kontrak…habislah
Untung sabut orang sambung
Untung batu orang cari lain ganti
Quote Denco 20-1-2024 09:20 AM
j3m4h replied at 20-1-2024 03:03 AM
wahhh…sabauuu sisss…jgn hentam kromo jeks…ayat se minggu tggu PC dah karang siap2 tau nk   back f ...

Tyzo mmg tunggu dulu pihak suria yg kuarkan statement, baru dia nk ckp side dia plak..takut² nnti klu dia ckp sblm suria buat pc, dorang bole spin balik. Pengalaman org² lain sblm ni yg buat dorang lg berhati². Klu x, x kan la LO sedap² je nk petik kan.
Ok la klu betul suria x nak tyzo..lantaklah kan. Tp paling bodoh sgt suria tu knp beria backup DJ kaki MC? Tang ni xde ke nmpak pelik teramat sgt? Rata² komen kat IG tu sume mnganjeng slot bodoh suria cinta...org dh muak.. pakcik botak je yg hadap sgt slot bangang tu

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.104930 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top