CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rating DJ Lin Tinggi, Tiada Sebab Untuk Pecat” – Pengerusi SMRG Respon Petisyen Desak Dj Lin Letak Jawatan

20-1-2024 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18081| Komen: 125

Description: Baru-baru ini, wujud petisyen mendesak DJ Lin meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Suria FM. Mohd Faizal Legacy yang memulakan petisyen itu meminta segmen yang dikendalikan DJ Lin iaitu Suria Ci ...


Baru-baru ini, wujud petisyen mendesak DJ Lin meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Suria FM. Mohd Faizal Legacy yang memulakan petisyen itu meminta segmen yang dikendalikan DJ Lin iaitu Suria Cinta dibubarkan.

Dalam sidang media pada petang Jumaat, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata tiada sebab untuk memecat DJ Lin.

Katanya, DJ Lin sebagai penyampai menunjukkan prestasi yang sangat baik. Buktinya, segmen Suria Cinta mempunyai rating pendengar yang tinggi setiap minggu.

Ujar beliau lagi, dua segmen Suria FM yang bersaing sengit adalah Suria Cinta (DJ Lin) dan Gaya Suria (Cik Piah).


Beliau juga tiada sebarang masalah dengan penyampaian DJ Lin, jadi tiada sebab penyampai itu perlu dipecat atau melepaskan jawatan.

Terdahulu, beliau turut memberi penjelasan berhubung kontrak Tyzo Xander yang tidak disambung. Beliau menafikan dakwaan DJ Lin adalah punca pemecatan Tyzo.

Kredit: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 20-1-2024 11:15 AM
Edited by shida81 at 20-1-2024 11:17 AM

Yg netizen pun ak x paham klu org tu perform knp nk pecat dia.. Prob dia as manager kot bkn dj... Ak pun Kdg2 dgr slot dia.. Wpun cringe
Tp dia sllu mc
Quote beta_carotene 20-1-2024 11:18 AM
menunggu2 komen netizen x sekolah.. in 3..2..1..
Quote delia3003 20-1-2024 11:23 AM
Edited by delia3003 at 20-1-2024 11:30 AM
shida81 replied at 20-1-2024 11:15 AM
Yg netizen pun ak x paham klu org tu perform knp nk pecat dia.. Prob dia as manager kot bkn dj... Ak ...


Setakat cakap tinggi je tapi tak disclose berapa. Slot malam bukan ada persaingan sangat. Dan tinggi yang dikatakan tu berapa? Slot radio paling hot, slot 6-10am (1) 4-8pm (2). Dua slot ni biasa ranking paling tinggi.

Apa2 pun suria ranking no4 ye. Takde apa yang boleh dibanggakan. Lain lah overall ranking meningkat.

Antara taktik nak naik kan rating, cari sponsor untuk buat contest.
Quote noor2 20-1-2024 11:24 AM
Tu maknanya rezeki DJ lin masih ada...konsep rezeki ni manusia x faham...

Esok2 bila dia berhenti..maknanya rezeki dia bekerja kat radio tu takat tu..

Cari rezeki tempat lain la pulak yg hilang kerja tu..
Quote shida81 20-1-2024 11:42 AM
delia3003 replied at 20-1-2024 11:23 AM
Setakat cakap tinggi je tapi tak disclose berapa. Slot malam bukan ada persaingan sangat. Dan ting ...

Ye la.. Based apa yg bos besar ckp la kan..rating dia tinggi.. Tu dia punye justification...
Klu as a dj dia bagus.. As manager dia fail.. Suppose tindakn atas portfolio manager dia..
Quote delia3003 20-1-2024 11:47 AM
Edited by delia3003 at 20-1-2024 11:55 AM
shida81 replied at 20-1-2024 11:42 AM
Ye la.. Based apa yg bos besar ckp la kan..rating dia tinggi.. Tu dia punye justification...
Klu a ...


Sebagai pengurus besar dia memang fail dan nampak tak professional (kes fizi ali yang i nampak hari tu). Kes Tyzo ni sampai orang besar sekali turun padang buat pc dan jadi shield. Sebagai pengurus besar, overall ranking pun kena tengok. Kalau overall rating dan ranking meningkat, dia boleh claim credit sebagai pengurus besar.


Suria pernah dapat ranking no3 tapi sekarang no4.
Quote mawardia 20-1-2024 11:54 AM
Kabel mesti cekang sis. Nak idoppppp.
Quote jiwakacau06 20-1-2024 11:56 AM
rating tinggi sbb lagu.  bkn sbb dj...credit dkt org yg susun lgu2
Quote shida81 20-1-2024 11:59 AM
delia3003 replied at 20-1-2024 11:47 AM
Sebagai pengurus besar dia memang fail dan nampak tak professional (kes fizi ali yang i nampak har ...

Tu yg ak ckp.. Klu as dj dia ok... OK fine.. Tp skang dia as manager fail.. So patutnya trunkan la pangkat dia.. X gitu.. Atau x yah jd manager lg.. Jd je dj...
Quote alesandra 20-1-2024 12:10 PM
Aku ada kemusykilan.kira rating ni bukan slot siang je ke? especially pagi,ptg. zaman ni mlm  bukan ada org dengar radio sgt.
Quote LuvAurora 20-1-2024 12:24 PM
Dia ckp tyzo punya rating jatuh.. tapi iols pelik kenapa kak rara ada lagi? dah tu skrg petang still sama mcm dulu tetap ada karok mcm biasa.. Ubah lah tema dah ckp rating jatuh kan.. Ni sama jaaaa
Quote jalfa 20-1-2024 12:32 PM
Rating rating ni bukan syok sendiri cakal.mulut..on paper kan..terpulang kat bod la..lin tu level pengurus je bukan bod pon nak terminate staff ikut suka dia...korang tanya sapa dgr radio memalam...aku kekadang trbangun mlm tgk org dok live shopee tik tok ada je yg dok tengok depa live..radio mestila ramai dgr sebab leh layan jiwa
Quote delia3003 20-1-2024 12:37 PM
Edited by delia3003 at 20-1-2024 12:48 PM
alesandra replied at 20-1-2024 12:10 PM
Aku ada kemusykilan.kira rating ni bukan slot siang je ke? especially pagi,ptg. zaman ni mlm  bukan  ...


Semua kira tapi slot paling popular dan ramai pendengar kat mana2 radio dan persaingan sengit:

1. Slot pagi 6-10am
2. Slot petang 3-7pm atau 4-8pm

Sebab tu la dj famous biasa kat 2 slot ni. Slot 6-10am paling popular.

So, yang dia komen slot dj l ni tinggi, maybe tinggi untuk slot tu je dan tak semestinye lagi tinggi daripada slot petang Tyzo dan Rara.

I pun tak tau slot dj l pukul berapa tapi bukan 2 slot ni. Sebab I dengar radio biasa time pergi dan balik kerja je dan weekends time drive (setakat dengar lagu je)

Quote Ayda89 20-1-2024 01:13 PM
Tak habis2 lg kisah rupanya. Angkara laki lembut tu kecoh habis dunia penyiaran radio. Dah orang taknak sambung kontrak blah jela radio lain. I tgk dina tu dari era ke hot skrg sinar pulak okay je
Quote Manusiabesa 20-1-2024 01:18 PM
Seram dgn politik kt tmpt keje... moga laki aku kt tmpt keja slmt dri politik2 kotor mcmnie.... aku xkeje sng..aku xpkir nk facing mslh prngai setan iblis onglen... aku xtau aku dpt handle ke x mslh2 remeh mcmni klu tkdir bekeja... tkot kdg2
Quote Madel 20-1-2024 01:22 PM
Asikkk MC manjang pun rating tinggi?
apooo
Tentu2 la DJ ganti yg kasi sumbangan rating tinggi tu.
Itu pun si tua ni tak leh nak hadam ke.
Umpama lembu punya susu, DJlin dapat nama.
Quote Dolmat 20-1-2024 01:22 PM
Cantik tersusun gigi Tyzo..
Quote MissYouSayang 20-1-2024 01:24 PM
Linbacul mc kuat tu ada skandel ke dgn pokcik tua botak ni nokk..kemain bekap..suria tu sendu jah, harap kan slot tyzo ja aku bertahan dgr. slot linbacul tu takde pon xpe. Yg dgr pun byk pilot2 darat yg sangap apom jah
Quote YomiuriLandMae 20-1-2024 01:29 PM
gaya dato ni bercakap pun dah tau membongak.. semua by assumption.. kalo btol facts keluarkan la figure data dia how many percent.. nmpk sgt kau as chairman know nothing what actually happen dkt bwh.. yg kau kesah attend la meeting 2-3 kali sebulan lps tu amek komisyen..

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059326 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top