CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Hanya Berkawan", Heboh Gosip Bercinta, Noki Tampil Ulas Status Hubungan Dengan Ezzanie Jasny

19-1-2024 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10739| Komen: 11

Description: Baru-baru ini kecoh mengenai pelakon Ezzanie Jasny dan penyanyi Noki K-Clique yang dikatakan bercinta jesteru Noki tampil menjelaskan status hubungan mereka itu.


Baru-baru ini kecoh mengenai pelakon Ezzanie Jasny dan penyanyi Noki K-Clique yang dikatakan bercinta jesteru Noki tampil menjelaskan status hubungan mereka itu.

Menurut mStar, Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 30, berkata dia dan Ezzanie hanya berkawan rapat dan bukanlah sedang bercinta seperti diperkatakan netizen.

Kata Noki, buat masa ini dia selesa bersahabat dengan aktres drama I Love You Stupid itu.


"Maaf saya tidak mahu bercakap tentang soal ini (gosip cinta). Kami hanya berkawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan.

"Saya malas untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Ya benar video tular itu adalah foto terbaru kami tetapi kami hanya berkawan dan saya tidak pernah memberitahu yang kami sedang bercinta," katanya kepada mStar.


Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok Ezzanie memuat naik video dia dan Noki meluangkan masa bersama dengan kapsyen 'Lepak dengan kawan gaduh je'.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen membuat spekulasi mendakwa pasangan itu sedang hangat bercinta dan turut merestui hubungan itu.

Sebelum itu, menerusi temu bual bersama media, Noki mengakui kini dalam proses mengenali seorang wanita dan berharap dapat mendirikan rumah tangga memandangkan usianya sudah menginjak 30 tahun.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 19-1-2024 09:12 AM
Bestnya muda dan flirting cinta cinta tak ngaku sorok sorok ni.
Haish I wish I coulf turn back time; hihi.
Quote lilacomot 19-1-2024 11:04 AM
ala kalu bercinta pun pe salahnye..sama cantik...sepadan dh tu
Quote Kancilkering 19-1-2024 11:43 AM
moga berjodohan

acik porum takat tgk tiak noki je
Quote brunesss 19-1-2024 11:55 AM
macam nyommy pulak si noki ni. tapi tak senyommy somi emma kembong..... tiberrs
Quote kakakgarang 19-1-2024 12:04 PM
badan noki ayooo
Quote heythere123 19-1-2024 12:18 PM
maaf la dah terpitenah ingatkan noki ni gayah haritu
Quote I.K.A888990 19-1-2024 01:02 PM
nampak sepadan pulak
ehhh tiberr
Quote Carcosa 19-1-2024 09:49 PM
Gambar yg atas sekali tu, kenapa gambar yg belah kiri tu lazat sungguh dan boleh dibuat modal. Sedangkan gambar yg kanan, agak kelam malam sepi melamar kerinduan?
Quote Tunan 19-1-2024 11:14 PM
Pelakon perempuan ni kan pernah berkahwin
Dah berpisah ke dgn pasangan
Quote flipolivio 19-1-2024 11:33 PM
Tunan replied at 19-1-2024 11:14 PM
Pelakon perempuan ni kan pernah berkahwin
Dah berpisah ke dgn pasangan

Umur berapa perempuan tu? Mcm muda lagi.. janda da ke?
Quote Perawankota 20-1-2024 02:05 AM
Perempuan muda lg, tapi muka matured betul

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.185856 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top