Tular satu video menunjukkan pendakwah, Ustazah Norhafizah Musa berkongsi doa dalam satu acara khususnya untuk para wanita undang perhatian ramai. Menerusi X The Mamu, rupanya doa yang dikongsikan Ustazah Norhafizah itu dipercayai untuk alat kelamin suami kuat dan kekal tahan lama. Bukan tu jer, pendakwah itu juga meminta para wanita yang hadir ketika itu untuk merakam video dan diajar kepada suami nanti. "Rekod jelah, tapi nanti nak ajar suami ye".
Difahamkan, acara tersebut adalah acara anjuran selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa bagi melancarkan produk kesihatan wanita. Ternyata perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai pengguna X. Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir yang meluahkan rasa kurang senang apabila pendakwah tersebut berkongsi doa itu kepada wanita. Namun, ramai juga yang berpendapat perkongsian doa oleh Norhafizah tersebut tidak menjadi kesalahan sebaliknya satu ilmu baharu untuk dipelajari. Kredit: X The Mamu/Ohmedia |
mamapea replied at 19-1-2024 03:14 PM
baru kawen x sampai 5 thn hajah dh jd pakar dalaman wanita utk rumahtangga...dasyat...aku yg dh kawe ...
jihyomelly replied at 19-1-2024 03:17 PM
stuju dgn chuols…kita yg dah kawin more than 20 years bab ngensek tu bukan keutamaan..nak hidup a ...
mamapea replied at 19-1-2024 03:28 PM
kalau tgh bergaduh laki bini ada nafsu ke? masa tu mood tgh marah...xtau la pulak gen z nafsu kuda ...
jihyomelly replied at 19-1-2024 05:39 PM
merepek ntah apa2..heran betul kan…takkan gaduh2 terus on..lps tu branak..larat ke tiap tahun bra ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.298158 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.