CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Matin Peluk Mommy Macam Matin Peluk Ibu", Anak Tiri Suka Peluk Watie Hanifiah, Puji Layanan Sama Seperti Arwah Ibu

19-1-2024 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11362| Komen: 31

Description: Sejak perkahwinan pelawak Shuib dan Watie Hanifah, banyak berita gembira dikongsi terutamanya melibatkan anak-anak Shuib.


Sejak perkahwinan pelawak Shuib dan Watie Hanifah, banyak berita gembira dikongsi terutamanya melibatkan anak-anak Shuib.
 
Memetik mStar, kehadiran Watie Hanifiah dalam keluarga Shuib memberi peluang kepada anak-anak pelawak itu untuk kembali merasai kasih sayang seorang ibu.

Menurut Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, anak-anak Shuib terlalu gembira dengan kehadirannya kerana mereka kini dapat merasai semula momen bersama ibu kandung mereka iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Malah, anak ketiga Shuib iaitu Matin mengakui suka tidur bersama ibu tirinya itu kerana merindui pelukan seorang ibu.



"Pernah anak-anak cakap terutamanya bab pelukan. Daddy (Shuib) dia pernah tanya Matin kenapa suka tidur dengan Mommy? Matin cakap sebab bila Matin peluk Mommy macam Matin peluk ibu.

"Baru-baru ni anak ada cakap sewaktu mereka masih ada ibu, situasi itu sama seperti mereka ada saya sekarang," katanya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok produk kecantikan Cubremi.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga mengakui Watie sangat menjaga pemakanan sama seperti dilakukan oleh arwah ibu mereka.

"Kata mereka, sewaktu ada ibu mereka tidak boleh minum air gas dan banyak benda yang dikawal.

"Jadi sewaktu ibu sudah tiada mereka kata semua makanan mereka boleh makan (mi segera dan air karbonat)... Tetapi bila sudah ada saya kehidupan mereka sudah kembali seperti mereka ada seorang ibu.

"Saya larang mereka untuk minum air gas, makan ringan tak boleh ambil banyak sangat dan kena kurangkan minum air manis.

"Saya hanya akan beri mereka makan sebulan sekali dan itulah persamaan yang pernah disamakan oleh anak-anak,” cerita Watie.

Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.


Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 19-1-2024 09:02 AM
Semoga kebaikan berterusan.
Semoga keluarga ini diberkati.
Kurangkan bercerita kepada publik.
Netizen sentiasa menunggu masa untuk menghencap...
Semoga tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini... amein.
Quote talapia 19-1-2024 09:08 AM
nampakla ikhlas watie ni dengan anak2 tiri..
mungkin sebab dia memang seorang yang penyayang n mudah mesra dengan kanak2..

anak2 pon memang nampak sayang betul kat dia.
alhamdulillah.
Quote becir 19-1-2024 09:38 AM
Tengokla jantan, bini meninggal biar je anak2 makan apa diaorg nak. Sulung tu dah terlebih berat badan dah
Quote chocobozhere 19-1-2024 09:44 AM
Edited by chocobozhere at 19-1-2024 09:51 AM

Sekarang aku suka tengok watie ni . Aku rasa dia ni memang betul ikhlas dengan anak-anak tiri dia.
Quote blekkep 19-1-2024 10:30 AM
chocobozhere replied at 19-1-2024 09:44 AM
Sekarang aku suka tengok watie ni . Aku rasa dia ni memang betul ikhlas dengan anak-anak tiri dia.

khen..bkn senang nk sayang anak2 tiri mcm anak sndiri..mmg penyayang watie ni...untung shuib.
jaga leklok watie ni shuib oiii...kalo sheols mintak nak mkn nasi dgn telur mata tgh2 malam chuols jgn nak merungut yach mcm arwah kena dlu
Quote DeLuna85 19-1-2024 10:31 AM
Baguslah wati ni. Kalau aku susah nak sayang anak orang lain. Walaupun dah mencuba tetap tak boleh.
Quote shida81 19-1-2024 10:34 AM
Honestly ak kesian kt watie.. Bpk and ank2 anggap dia pengganti je... Sorry la klu ak x boleh.. Jgn nk banding2kan.. Sama2kan ak ngn arwah or ex bini ko.... Bdk2 ni ak paham la.. Ni yg bpknya...
Quote Mimo.mimo 19-1-2024 10:39 AM
Semoga watie ikhlas sayang anak2 tiri. Kalau ada anak sendiri nanti, jangan pilih kasih puleks.
Quote Suchi 19-1-2024 10:39 AM
Bila pakai warna lembut nude gitu nampak la classy
Betapa warna ni main perasan yachhh
Quote MistrezHermanaz 19-1-2024 10:39 AM
mcm nk sama dh muka watie dgn talita tu
Quote jihyomelly 19-1-2024 10:41 AM
bab jaga anak2 sayang anak2 memang iols puji watie ni..bagus nampak ikhlas..cuma jgn somi tlg stop meratib arwah..jgn nak compare..dpt bini baru jaga sayang anak2 dah cukup bagus..
Quote sofi_sofia 19-1-2024 11:04 AM
sejak ada watie barulah nampak organize anak2 nya ... wangi, baju cantik2 semua .. klu tak dah mcm anak gelandangan meols tgk ari tu ...
Quote lilacomot 19-1-2024 11:08 AM
bagus laa jenis mudah mesra ngn bdk2...kira shuib x salah memilih watie la kan...
Quote menjad 19-1-2024 11:12 AM
Da latu nak compare... Wangi lagi
Quote slyfynx 19-1-2024 11:41 AM
Mcm2 cara dah deme ni buat nk bg org puji.
Ntah la.
Aku rase patut mende ni die cakap, ko simpan la untuk diri kau.
Jadahnye ayat tu pun nk kene share ngn public.
Ko mmg dahaga sgt approval dari netizen, nk jgk diorang cakap ko ibu tiri yang baik.
Quote brunesss 19-1-2024 11:54 AM
kesian dengan anak2 arwah. nasib baik dapat seorang ibu tiri yang penyayang
Quote Belibis 19-1-2024 12:15 PM
Berkat jumaat..acik porum dah jadi lembut hati..tiada kencaman..alhamdulillah.
Quote aciksenah 19-1-2024 12:15 PM
sofi_sofia replied at 19-1-2024 11:04 AM
sejak ada watie barulah nampak organize anak2 nya ... wangi, baju cantik2 semua .. klu tak dah mcm a ...

Rasanya masa time arwah masih ada..memang anak2 dia mcm tak terurus kalau bab pakaian tu. Yang sulung tu selalu pakai baju besar sampai ke lutut. Sejak dengan watie baru nampak bergaya masing2..
Quote ezacbee 19-1-2024 01:01 PM
Akan datang x tau lagi. Klo tiap2 tahun dok meratip arwah. Mau watie angkat kaki blah.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059335 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top